Pemilihan Presiden Amerika Syarikat Ke-45, Donald Trump, tidak disenangi banyak pihak. Malah, kemenangannya ke atas calon Demokrat, Hillary Clinton, juga tidak disenangi beberapa selebriti Hollywood.
Antara selebriti terkenal seperti Lady Gaga bukan sahaja meluahkan kekecewaan di laman sosial, namun turut membantah kemenangan itu di hadapan Trump Tower di New York.
Penyanyi Katy Perry yang menyokong Hillary turut meluahkan perasaannya di laman Twitter: "Jangan berdiam diri. Jangan bersedih. Bangkit. Kita bukan suatu kaum yang hanya membiarkan 'kebencian' memimpin kita."
Sumber foto: IG Lady Gaga
Manakala penyanyi rap, Macklemore menulis di laman Instagramnya: "Saya kecewa dan terkejut dengan apa yang terjadi malam ini."
Sumber foto: IG Macklemore
Apabila ditanya bagaimana 'teruskan kehidupan', penulis novel bersiri Harry Potter, JK Rowling menjawab di laman Twitternya: "Kita bekerjasama. Kita bantu mereka yang berada dalam kesusahan."
Beberapa selebriti lain turut menunjuk perasaan sama mengenai keputusan itu.
Sumber foto: Twitter Lily Allen
Sumber foto: Twitter Madonna
Sebelum itu menurut BBC News, Hillary berjaya mendapat sokongan beberapa selebriti terkenal untuk berkempen bersama beliau seperti Lady Gaga, Madonna, dan Katy Perry yang membuat persembahan di hadapan penyokongnya.
Sumber foto: IG Madonna
Namun, dia tidak berjaya menafikan kemenangan Trump sebagai Presiden AS ke-45. Apakah kesan daripada pemilihan itu akan turut menjejaskan pertumbuhan negara kita? - CARI |