CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2008|Reply: 15

Sambutan Hillary & Trump Agak Setanding, Undi Atas Pagar Menjadi Taruhan

[Copy link]
Post time 8-11-2016 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Pemilihan Presiden Amerika Syarikat bakal membuka tirai pada waktu tempatan iaitu 8hb November atau waktu Malaysia Selasa jam 1 petang.


Berikutan sambutan calon parti Demokratik Hillary Clinton dan calon parti Republikan Donald Trump boleh dikatakan agak setanding, justeru itu kedua-dua pihak sedang bertungkus lumus mengadakan kempen pada saat-saat terakhir ini.


Ia bagi memastikan masing-masing mampu menambat hati pengundi atas pagar demi menambahkan lagi peluang memenangi pemilihan kali.


sumber foto: internet



Menurut media antarabangsa, setakat ini sokongan rakyat Amerika, Hillary Clinton dilaporkan sedikit mendahului Donald Trump, namun demikian Hillary kini masih berusaha mengadakan kempen besar-besaran di tiga negeri yang berpengaruh buat dirinya bagi memastikan keadaan peratusan undi terkawal.


Manakala, presiden Barack Obama dan isterinya turut mewakili Hillary Clinton hadir ke kempen yang diadakan di beberapa kawasan pemilihan yang lain termasuk acara kemuncak di Philadelphia sebagai usaha membantu memancing undi.


Selain presiden Barack Obama dan isteri, difahamkan penyanyi rock terkenal Princeton turut akan hadir membantu Hillary untuk memancing undi.


Menurut Hillary, "sekiranya pada masa akan datang anak atau cucu anda menanya, pada tahun 2016 apa telah anda lakukan, anda boleh dengan lantang beritahu mereka anda telah mengundi bagi memberi sokongan ke atas Amerika Syarikat yang lebih adil dan saksama."


sumber foto: internet



Sementara itu, bagi calon parti Republikan Donald Trump pula mengadakan kempen besar-besaran di Florida yang dianggap negeri yang paling ramai pengundi atas pagar.


Ketika berucap, Trump bersumpah sekiranya dipilih menjadi presiden, dia akan memastikan terdapat perubahan yang ketara hubungan antara negara lain di dunia ini dengan Amerika Syarikat.


Pusat pengundian pemilihan Presiden Amerika Syarikat akan ditutup pada 9hb November jam 8 pagi waktu Malaysia, manakala keputusan dijangka akan diketahui pada 9hb November jam 12 tengahari waktu Malaysia.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 02:10 PM | Show all posts


semoga Trump tidak menang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Presidential USA yang paling menarik dan paling kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 02:58 PM | Show all posts
Trump for president.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem sokong trump..

Trump jujur dan berpaksikan realiti.. manifesto trump sebenarnya apa yang rakyat amareka nak kan..

Hillary clinton pula mencerminkan kepura puraan dan political correctness dalam amerika je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 03:10 PM | Show all posts
Dah ada thread lah

http://mforum.cari.com.my/forum. ... page%3D1&page=1

Beza Trump dan Clinton

1. Jual Beli Senjata Api
Clinton: Ketatkan semakan kelayakan membeli senjata api
Trump: Menyokong kebebasan memiliki senjata api

2. Arang batu dan Alam Sekitar
Clinton: Menyokong kawalan ketat pengeluaran arang batu dan kawalan pencemaran yg mengakibatkan climate change
Trump: Percaya climate change ialah kajian palsu. Akan meningkatkan penggunaan arang batu

3. Kesihatan
Clinton: Menyokong Obamacare yg diperkenalkan Obama tapi akan mengubahsuai kerana semakin mahal
Trump: Akan menghapus terus Obamacare

4. Pengguguran
Clinton: Menyokong hak wanita untuk menggugurkan atau tidak janin yang bermasalah atau tidak diingini (mangsa rogol dsb)
Trump: Tidak menyokong sebarang alasan pengguguran

5. Perkawinan sejenis
Clinton: Menyokong hak gay dan transgender untuk berkahwin dan memiliki anak
Trump: Menentang hak gay dan transgender. Akan melantik hakim yang anti-gay supaya menghapus kebenaran gay berkahwin

6. Ekonomi
Clinton: Cukai lebih tinggi untuk golongan kaya supaya duit untuk pembangunan
Trump: Cukai lebih rendah untuk golongan kaya supaya mereka boleh mengembangkan bisnes dan menyumbang kpd pekerjaan

7. Immigrasi
Clinton: Menyokong pemberian kewarganegaraan kepadaa pendatang yang layak
Trump: Akan menghalau semua pendatang balik ke negara masing masing. Akan membina tembok penghalang di sempadan USA

8. Kesamarataan Gaji Wanita
Clinton: Akan menggubal undang -undang supaya gaji wanita dan lelaki sama jika jawatan yang sama
Trump: Terpulang kepada majikan untuk menggajikan lebih rendah kpd wanita

9. Muslim
Clinton: Warga muslim akan dilayan sama seperti warga biasa
Trump: Muslim terutama pendatang akan dimonitor untuk mengelakkan keganasan

p/s These are simplified policies but the gist of the idea lebih kuranglah kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2016 03:48 PM | Show all posts
nk gak tgk org yg berpaksikan perniagaan dan xpernah masuk dalam arena politik menjadi presiden. idea dorg lg fresh dan berani.
drpd HC, mmg berpengalaman psl politk amurika y senantiasa bg manifesto pelesu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok_Batin replied at 8-11-2016 03:10 PM
Dah ada thread lah

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1021397&extra=page%3D1 ...

Trump ni mcm the next hitler jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 04:35 PM | Show all posts
Edited by pyropura at 8-11-2016 04:39 PM

..jangan jadi result Florida tahun 2000 sudah lah, abis segala lubang kertas undi dibelek sampai terbeliak bijik mata, last2 Bush menang dgn court decision ... aku ada simpan badge dia nih

https://media1.britannica.com/eb-media/40/126140-004-084D7F88.jpg
http://i.ebayimg.com/images/g/vdUAAOSwyZ5UqGVv/s-l300.jpg





Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 04:39 PM | Show all posts
kemaruk replied at 8-11-2016 03:03 PM
Bangkem sokong trump..

Trump jujur dan berpaksikan realiti.. manifesto trump sebenarnya apa yang  ...

..setuju ... dulu aku harap Sanders yang naik  
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 02:07 AM | Show all posts
Edited by zasrfikri at 9-11-2016 02:13 AM

Setahu i, Trump selalu pandang rendah pada wanita, berfikiran konservatif, anti Muslim/Latin/Asian. Sebab tu ramai selebriti Hollywood & pejuang hak asasi manusia ramai sokong Hillary. Hillary mmg teruk juga la tapi teruk lagi si Trump. Siyes, isu racist akan jadi sgt ketara bila Trump pegang. Awal2x lagi dia dah label org Muslim pengganas dan org Latin ni banyak bawa masalah kepada Amerika. Sebab itu majoriti besar org Latin, Asian American, Muslim American & Black american sokong Hillary. Trump sgt racist okey. Bukti, berlambak video kat You tube dan berita antarabangsa yg sahih yg cerita pasal sifat racist Trump ni. So no to Trump walaupun Hillary teruk juga.  Trump jujur?? Dulu ada video dia sindir & hina Rosie O Donnel  dengan panggilan tidak elok. Bila masuk politik dia kata dia tak pernah sindir atau hina langsung wanita sehinggalah org ungkit balik isu Rosie O Donnel. Mula2x ala nak cover line sehinggalah diasak kaw kaw, barulah last last ngaku gak mmg dia benci Rosie O Donnel. Ada banyak lagi la isu Trump niey. Yuna kita pun tak sokong Trump uollsss.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap Hillary menang,dpt ke Umah Putih buat kali ke 2,tp kali nie sbagai Puan.Presiden...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 10:44 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 8-11-2016 03:48 PM
nk gak tgk org yg berpaksikan perniagaan dan xpernah masuk dalam arena politik menjadi presiden. ide ...

bak kata azmin, menifesto bukan janji
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 10:46 AM | Show all posts
kalau ikut tradisi US orgnya akan pilih parti pemerintah secara berselangseli, tapi I vote for Hillary lah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 10:49 AM | Show all posts
kaum wanita patut vote hillary sebab kata girl power dan bakal jadi president wanita US yg pertama
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 10:52 AM | Show all posts
58% probability that TRUMP will be the next US PRESIDENT.........New York times.......latest....

DUTERTE.......CHINA..........you may just meet your match......

scary..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.150573 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list