Menggunakan ilmu pengasih, sihir atau memohon bantuan daripada jin bukanlah perkara baru dikalangan masyarakat kita.
Selain itu, ada juga dikalangan isteri yang sanggup melakukan perbuatan khurafat seperti membuat "nasi kangkang" untuk menundukkan suaminya. Dalam kepercayaan sesetengah masyarakat, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, antaranya menggunakan minyak guna-guna dan bermacam cara lagi.
Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cheng Li mula viral gara-gara memaparkan aksi seorang amah yang berjaya ditangkap oleh majikannya kerana cuba melakukan perkara yang menjijikkan.
Amah tersebut ditangkap bersama "bahan-bahan mandrem" miliknya iaitu sehelai seluar dalam yang diperam dalam sebekas air. Difahamkan air seluar dalam tersebut dicampur kedalam makanan dan diberikan kepada majikannya. Cara jijik ini dipercayai dapat "menundukkan" majikannya dan membuatkan amah ini akan lebih disayangi.
Dalam video dibawah ini, kelihatan amah tersebut dengan "muka terpaksa" sedang meminum air seluar dalam tersebut. Mungkin dia dipaksa berbuat demikian kerana majikannya sangat marah apabila mengetahui perkara ini.
Dari raut wajah amah tersebut, mungkin dia merupakan warga Indonesia atau juga Filipina.
Lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan namun dari bahasa pertuturan majikannya itu, ada kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara Timur Tengah. - CARI
maid negara mana lg yg suka main rendam2 spenda nih
susah sgt ke kerja dgn jujur dan ikhlas... kalo ko rajin dan efisyien haruslah disayangi majikan. drpd ko gigeh mandrem. kan dah kantoi, ko minumlah sampai kenyang air spenda ko tuhh