Waduh, gawat! Sering bertengkar, kumpulan duo Azhael yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi mengakui mereka sering tidak sependapat.
Sumber foto: Utusan
Menurut Azhar, 28, ia adalah perkara biasa kerana mereka ialah dua individu berbeza dan mempunyai persepsi mereka sendiri yang saling melengkapi satu sama lain.
"Apabila ada dua 'kepala' untuk semua perkara perselisihan pendapat atau bergaduh itu perkara biasa kerana masing-masing ada pendirian sendiri.
"Saya pula melihat, apabila kami tidak sependapat dalam soal karier ia adalah perkara positif kerana kita akan lebih kenal pasangan dan memperbaiki apa yang kurang," katanya kepada mStar Online.
Walaupun sering berselisih pendapat, ia tidak pernah melibatkan soal peribadi sehingga menjejaskan hubungan mereka sebagai artis profesional.
"Kami tidak pernah mencampur-adukkan soal kerja dengan peribadi kerana pada akhirnya ia tidak mendatangkan sebarang kebaikkan.
"Satu perkara baik apabila kami tidak sependapat idea selalunya akan datang mencurah-curah," katanya.
Sumber foto: Carian Google
Dalam pada itu, mereka juga sempat merakam ucapan syukur kerana impian untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik tercapai dan mereka akan memberi persembahan terbaik pada separuh akhir nanti.
Semoga mereka berjaya capai impian dan yang penting, jangan gaduh-gaduh tau! - CARI
|