Rentetan kes perceraian pasangan 'hot' Angelina Jolie dan Brad Pitt memasuki babak baru. Selepas Angelina mengajukan tuntutan cerai pada September lalu, kini keduanya mula membicarakan isu pembahagian harta.
Dalam pada para peminat mengharapkan hubungan kedua mereka kembali bersama, Contact Music pula melaporkan mereka malah menjual rumah yang pernah didiami bersama.
Pasangan selebriti tu mengambil keputusan untuk menjual harta mereka di New Orleans French Quarter bernilai hampir RM17 juta.
Pada 2007, rumah bergaya 1830-an itu dibeli Angelina dan Brad selepas Taufan Katrina dengan harga kira-kira RM 15 juta. Di sekitar kawasan itu, Pitt juga membangunkan yayasan Make it Right untuk meningkatkan pembangunan perumahan baru di sekitar New Orleans’ Lower Ninth Ward. Rumah tiga tingkat itu memiliki lima bilik tidur, tiga bilik mandi dan dua bilik air.
Sumber foto: http://www.stuff.co.nz
Mungkinkah mereka akan turut menjual ladang anggur yang mereka beli usai mengikat janji suci mereka di situ? - CARI
Post time 1-11-2016 05:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rumah New Orleans tu dari 2015 lagi dah put on the market. Katanya, nak cari yang " something off the beaten path down the road.” Baru sekarang terjual. Bukan jual sebab nak cerai.