Beberapa hari lalu, sebuah video mengenai teh ais yang dijual dengan harga RM 3.50 dimuat naik oleh Penang Kini di laman Facebook dan mula mendapat perhatian orang ramai.
Video itu memaparkan seorang lelaki berang kerana teh ais yang dipesannya dijual dengan harga yang agak melampau selain pesanan yang tertera pada resit tidak sama dengan apa dipesannya.
"Mana ada harga teh ais RM3.50. You bukan duduk di hotel. Kenapa harga RM3.50?
"Hampa tengok teh ais RM3.50 di Shell Sungai Dua, Plus Highway.
"Saya beli teh ais, dapat resit milo yang berharga RM3.50, GST lagi 20 sen. Okay, terima kasih, saya akan pastikan video ini sampai kepada KPDNKK," katanya.
Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Lebuhraya PLUS menuju Tol Sg. Dua arah utara.
Video yang dimuat naik itu mendapat hampir 3,000 perkongsian pada saat artikel ini ditulis. Dalam pada itu, video itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menontonnya.
Walaupun ramai pihak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut memuatnaik video itu, ada juga pihak lain yang kurang bersetuju dengan tindakan lelaki itu memarahi pekerja di stesen itu. - CARI |