Sumber Foto: Berita Harian
Hanya sekadar bermula sebagai hobi memelihara arnab, seorang graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah menjadikan perkampungan arnab miliknya itu telah menjadi suatu tarikan pelancong.
Bagi pencinta arnab, tempat yang terletak di Kampung Purakagis, Ranau, Sabah ini adalah destinasi yang tepat untuk dikunjungi.
Perkampungan arnab milik Jubair Juhinin itu sekarang menjadi sebagai salah satu destinasi pelancongan wajib singgah yang terbaru di samaping tempat menarik yang lain seperti Gunung Kinabalu, Kolam Air Panas Poring dan juga Ladang Sabah Tea serta tagal ikan Kampung Luanti.
Tempat yang diberi nama sebagai 'Arnab Village Homestay' ini mempunyai sekurang-kurangnya 200 ekor arnab yang terdiri daripada pelbagai spesies.
Antaranya, Holland Lop Ear, Standard Rex, Netherland Dwarf, New Zealand White, France White, Lion Head, Mini Satin dan Anggora.
Haiwan comel ini dibiarkan sahaja bebas berlari dalam kawasan berpagar seluas 100 meter persegi.
Bayaran sebanyak RM3 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak akan dikenakan bagi pengunjung yang mahu bermain dengan arnab.
Jom, tunggu apa lagi? Idea bermain dengan arnab ini mungkin boleh menjadi sebab utama kita terbang ke Sabah! -CARI |