CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CARI-LTS

Lelaki Hilang Sejak Dua Bulan Lalu, Rangka & Tengkoraknya Dijumpai!

[Copy link]
Post time 29-10-2016 07:11 AM | Show all posts
cupu replied at 28-10-2016 10:57 PM
berita ni xlengkap la.. arwah umur bapa pun xbgtau..muda ke,tua ke... wartawan ni klu xdetail point  ...
JEMPOL - Tengkorak milik seorang lelaki yang hilang pada 28 Ogos lalu di jumpai kawasan paya blok 11 Felda Palong 5, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, rangka tulang dan tengkorak tersebut telah disahkan oleh adik mangsa, Mohamad Sham Harun, 33, yang sebelum ini membuat laporan mengenai kehilangan abangnya.

Katanya, mangsa baru sahaja dibebaskan dari penjara akibat kesalahan penyalahgunaan dadah sebelum dijumpai mati.

Menurut Noorzainy, mayat Mohamad Sham, 39, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan hanya tinggal rangka disebabkan mangsa telah meninggal dunia hampir dua bulan lalu.

"Rangka badan manusia itu ditemui oleh penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 6.30 petang.

"Hasil siasatan lanjut kita temui pula tengkoraknya dalam kawasan kebun getah dan kelapa sawit, iaitu kira-kira 25 ke 30 meter dari lokasi rangka badannya ditemui.

"Kita telah membawa adik mangsa ke tempat kejadian, proses pengecaman telah pun dilakukan dan disahkan bahawa barang yang ditemui adalah milik abangnya," katanya.

Tambahnya, pengecaman berdasarkan kepada tali pinggang, seluar dan motosikal yang ditemui di lokasi kejadian.

Kata Noorzainy, mayat mangsa dipercayai telah dihanyutkan oleh air sungai, berdasarkan lokasi barang-barang dan motosikal yang ditemui adalah berbeza jarak.

Kesemua rangka dan tengkorak di bawa ke Hospital Jempol untuk tindakan susulan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2016 07:25 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-10-2016 12:21 AM
tengkorak patut ada gigi ka takde?...
soalan yang bagus bang Decaff

erm..
dah google ..
rata-rata ada gigi


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 07:40 AM | Show all posts
2bulan orang2 kampung xlalu kawasan itu..
kawasan terpencil agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 28-10-2016 11:19 PM
Gigi dia mmg rongak byk tempat ke atau patah kena kena belasah right before dia mati

Ikut berita arwah ni bekas penagih..byk penagih dadah mmg gg akan cepat reput..so mmg x mustahil la gg dia byk yg da cabut atau patah
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list