Alahai manisnya, selepas gambar penyanyi Janet Jackson yang kini sedang mengandung menjadi viral, terbaru paparazi sempat merakam gambar Janet dan suaminya, seorang jutawan Qatar kelihatan sedang membeli-belah di kota London.
Yang menjadi perhatian adalah Janet didapati mengenakan persalinan yang menutup kesemua auratnya, pendek kata memakai pakaian muslimah sebenar!
Janet dipercayai telah pun memeluk Islam selepas berkahwin dengan suaminya Wissam Al Manna, 41 pada tahun 2012.
Gambar yang dirakam di London itu memaparkan kedua pasangan kelihatan sangat gembira sambil membeli-belah pakaian dan barangan untuk bayi mereka.
Janet bakal menjadi ibu untuk kali pertama dalam hidupnya pada usia 50 tahun. Penghibur wanita yang telah terjual lebih 100 unit album seluruh dunia ini, merupakan antara artis wanita paling berjaya dalam sejarah seiring nama lain seperti Madonna dan juga Mariah Carey. - CARI
Sumber foto: XPOSUREPHOTOS.COM |