Sumber Foto: mStar Online
Kerajaan akan memastikan Bajet 2017 digunakan sebaiknya, terutama dalam menangani isu kos sara hidup yang makin meningkat serta menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan muda.
Selain itu, bajet akan digunakan untuk langkah persediaan awal bagi memastikan rakyat mempunyai simpanan mencukupi sehingga akhir hayat.
Dasar lain termasuk sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kepada Mstar Online, Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.
Beliau juga menyangkal andaian pengulas bahawa bajet tahun ini akan menjadi bajet 'Pilihan Raya Umum' -CARI
|