Sumber Foto: IG UqashaSenrose
Sebaik mengumumkan keputusannya untuk tidak lagi berhijab, nama Uqasha Senrose terus-menerus dikecam dan dikritik ramai.
Sampai sekarang orang tak habis-habis melabel pelakon jelita ini dengan gelaran dan kata-kata yang negatif.
Baru-baru ini dia telah bertindak menutup ruangan komen dalam ruangan Instagramnya dan pengikutnya cuma boleh 'like' sahaja.
Mungkin Uqasha melakukannya kerana sudah tidak tahan membaca kecaman dari pengikutnya. Siapa pula yang tahan bila kena keji hari-hari kan?
Miss K yang menulis dalam Astro Gempak menyatakan, "Mungkin dia sudah tidak mahu menghiraukan lagi komen-komen negatif yang dilemparkannya dan mahu terus pandang kehadapan dengan kehidupannya yang baru."
Imej yang dibawa Uqasha selepas tidak bertudung menjadi bahan kutukan utama kerana dia dikatakan berpakaian seksi, berambut 'karat' dan semakin gedik.
Setakat ini, persoalan mengapa dia menutup ruangan komen belum lagi terjawab, kita tunggu sahajalah yang empunya diri berikan penjelasan.
Dan kalau perasan, Uqasha jarang muat naik gambar sekarang. Pos terbarunya di Instagram adalah lima hari yang lepas. Kenapa agaknya. Sibuk sangat ke? -CARI |