CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5337|Reply: 23

Mahu Kesayangan Anda Jadi Mr. Pilot? Nah, Juruterbang Ini Berikan Tipsnya

[Copy link]
Post time 20-10-2016 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: The Pilot




Drama yang meletup-letup di Saluran Astro Ria sekarang ini iaitu Suri Hati Mr pilot nampaknya berjaya memberi kesan kepada penonton dan ramailah antaranya yang berangan nak jadi juruterbang macam Kapten Ejaz Fakhri.


Garapan cerita yang menarik dan watak juruterbang yang dipegang pelakon kacak yang sedang meningkat naik, Fattah Amin ini memang menjadikan ramai lelaki di luar sana mengimpikan kerjaya di awan biru, dengan harapan dapat kekasih macam Neelofa. Betul ke?

Dalam keterujaan ramai tentang drama ini, seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama sebagai The Pilot atau nama sebenarnya Mohd Hairul Sanot telah memuat naik status berkongsi tentang tips untuk mencapai cita-cita menjadi seorang juruterbang.


Hairul yang sekarang ini sudah 9 tahun menjadi juruterbang berkata kepada Astro Awani, "Sejak drama bersiri itu disiarkan, menerusi laman Facebook, ramai yang mula menghantar mesej secara peribadi kepada saya. Itu yang menyebabkan saya rasa sudi untuk kongsikan tip kepada mereka. Jadi lebih senang. Lagipun kadang kala saya tidak dapat membalasnya dengan cepat kerana bertugas."


Berikut adalah 6 tip yang dikongsikan The Pilot untuk menjadi Airline Pilot:

1. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM. Fokus 3 subjek dalam SPM. Hanya 3 subjek sahaja, amat mudah. Subjek tersebut ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau Fizik), selain subjek Bahasa Melayu yang wajib lulus.


2. Cari sekolah penerbangan yang baik. Anda bernasib baik jika dapat mengikuti latihan kadet pilot yang diambil oleh Airline sendiri. Jadi tidak perlu risau untuk mencari kerja selepas mengikuti latihan penerbangan.


3. Jaga kesihatan. Salah satu syarat untuk diambil bekerja ialah anda sihat. Bersukanlah tapi bukan mengikuti sukan yang ekstrem. Tiada gunanya jika sampai cedera. Anggota fizikal anda adalah aset dalam kerjaya ini.


4. Simpan duit. Sekolah penerbangan memerlukan belanja sehingga RM300,000. Oleh itu jika tidak mampu, salah satu caranya ialah anda boleh memohon sebagai kadet pilot airline. Ia diiklankan dari semasa ke semasa.


5. Berlatih soalan interview. Salah satu ujian yang mesti dilepasi ialah interview. Boleh beli dan baca buku-buku interview. Salah satu soalan yang famous ialah, kenapa anda mahu jadi pilot?


6. Tambah ilmu penerbangan. Dunia penerbangan adalah dunia teknologi yang baru. Setiap masa ada sahaja update terkini yang boleh dipelajari. Ini amat membantu anda untuk menjadi seorang juruterbang airline yang berkaliber.


7. Berdoalah. Firman Allah SWT berdoalah, nescaya akan Aku perkenankan.


Tips tersebut mendapat perhatian netizen dengan ratusan 'like' dan share'. Nampaknya ramai kaum lelaki yang teruja dengan status ini.

Sumber Foto: FB The pilot



Tidak ketinggalan adalah para ibu yang berharap agar anak-anak mereka juga akan berjaya menjadi seorang juruterbang kelak.


Sumber Foto: FB The Pilot




Secara kesimpulannya, impak drama terhadap masyarakat memang tidak dapat dinafikan lagi. Tengok sahaja penangan drama-drama bersiri yang bersiaran di televisyen, pastinya ada yang menjadikan penonton terbawa-bawa dengan perasaan marah, sedih dan ada juga yang menjadikannya sebagai inspirasi.


Pendek kata, perkongsian dari The Pilot ini amatlah berguna dalam membantu orang di luar sana mencapai cita-cita menjadi 'Airline Pilot'. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 01:09 PM | Show all posts
Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau Fizik)


mat ngan sains paling aku benci. tak dapatlah jadi pilot... mungkin bukan rezeki aku nak dapatkan neelofa  

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 01:17 PM | Show all posts
yang menggedik nak pilot tu dorang ingat irl pilot semua handsome kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayah laa tips2, sedia duit 500k, makcik aku elok je anta anak dia yg tgh belajar 1st sem kt uitm ke pilot course.. Hujung2 dah habis belajar ni,nak kerja pon probs,lambakkan juga pilot skrg
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 02:04 PM | Show all posts
tak ada ke tips nak jadi abam bomba??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
duit ade confirm dapat jadi pilot kikiki..

p/s : jangan hengat semua pulot handsome hokeh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2016 03:07 PM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 20-10-2016 01:25 PM
Tayah laa tips2, sedia duit 500k, makcik aku elok je anta anak dia yg tgh belajar 1st sem kt uitm ke ...

Haah.. yg ko cakap ni sama dgn kalangan rakan2 adik ai.. ambik course ribu riban kat pantai timur samapi la ke aussie.. takde keja.. melainkan kat middle east.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 04:32 PM | Show all posts
applemy replied at 20-10-2016 03:07 PM
Haah.. yg ko cakap ni sama dgn kalangan rakan2 adik ai.. ambik course ribu riban kat pantai timur  ...

ader la juger tuh keje...wpon kt middle east......

biar panas tapi semua terjamin...arituh juper ex engineer mas keje kat qatar....puji melangit dia dgn qatar airlines....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
applemy replied at 20-10-2016 03:07 PM
Haah.. yg ko cakap ni sama dgn kalangan rakan2 adik ai.. ambik course ribu riban kat pantai timur  ...

Khueennn tapi untunglah boleh bervangga dgn tittle abam pilot
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 07:04 PM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 20-10-2016 01:25 PM
Tayah laa tips2, sedia duit 500k, makcik aku elok je anta anak dia yg tgh belajar 1st sem kt uitm ke ...

dahtu, anak makcik chuols keje apa skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 07:08 PM | Show all posts
sepertiitu replied at 20-10-2016 02:58 PM
duit ade confirm dapat jadi pilot kikiki..

p/s : jangan hengat semua pulot handsome hokeh!

cer tgok pilot dalam gmbar di atas
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-10-2016 07:04 PM
dahtu, anak makcik chuols keje apa skrg?

Keluarga prominent.. Tak kerja pon baru naik rumah berapa tingkat tah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kitaorg nk abam pilot yg ala2 ejaz fakri je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 09:14 AM | Show all posts
Ada cerita pilot, ramai nak jadi pilot. Aku pun nak jadi pilot. Dah jadi pilot dapat awek Neelofa atau salah sorang Senrose sisters. Perghhh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-10-2016 07:08 PM
cer tgok pilot dalam gmbar di atas

jahatnya chuols!      
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:22 PM | Show all posts
Adik I pilot.
Ala..kerja pilot taklah se glamer mana!!!
Dia bekerja dengan AA,. Kerja macam bawa bas express. Berhenti cuma 25 minit aje and balik semula ke  origin. Pastu takda night stay macam MAS.
Dulu dia kerja dengan MAS, pastu gatal nak ke AA bila habis kontrak. la ni menyesal pulak sebab dia kata dah mcm takda life untuk diri sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Meletup2 ke drama tu??
Selagi org cam ai yg x minat tgok drama (omputih/korea/malay- no bias)
x terdetik nk tgok, idoklah meletup mana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah rase jd bini pilot.Kaki mencelup sana sini.Tak best pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 10:53 AM | Show all posts
AvaRose replied at 24-10-2016 12:12 AM
Pernah rase jd bini pilot.Kaki mencelup sana sini.Tak best pun..

bersabarlah kak.. client2 yg suami pilot semua ade pengalaman kena pukul dengan laki pilot dorang n panas baran hehe tapi xsemualah abang2 pilot gitu..n xsemua abg2 piot ni hensem huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi hi lawak.semua dok nk jd pilot..belambak ok yg x dpt keje.bayo dh la mhl 300-500k..slu nye mak pilot nih sombong2 ok..end up kwen dgn stewardess je pon..adeh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053360 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list