Susulan kisah perkahwinan Awie dan pasangan di Siam, dia dicabar membuktikan kenyataannya yang mempunyai susur-galur keturunan dari negara jiran itu.
Sumber foto: KedahNews.com
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof dilaporkan meminta penyanyi Rock itu mengemukakan dokumen salasilah keluarganya sebagai bukti. Awie bagaimanapun enggan beri kerjasama.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut," kata Awie.
Penyanyi Rock yang selamba ini tak ambil pusing dengan cabaran itu, malah dia menegaskan maklumat mengenai susur-galur keluarganya bukan untuk tatapan umum.
"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai," katanya lagi.
Sumber foto: Carian Google
Dalam satu laporan media selepas dia diijabkabulkan dengan Sharifah Ladyana, Awie menyatakan dirinya berketurunan Raja Siam melalui moyangnya, Raja Sulaiman. - CARI |