CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 7

Peminjam PTPTN Bermasalah, Kami Sedia Berunding- Pengurusan PTPTN

[Copy link]
Post time 27-9-2016 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: assets.hmetro.com.my



Susulan baru-baru ini Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak menganiayai mana-mana peminjam dalam usaha mengutip semula tunggakan pinjaman daripada peminjam.


Justeru itu, organisasi terbabit tampil memberi penjelasan bahawa ruang rundingan sentiasa dibuka kepada semua peminjamnya yang mempunyai masalah membuat pembayaran.


Memetik berita Bernama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, PTPTN menjelaskan selama ini tindakan yang diambil terhadap peminjam bukan bertujuan menekan mereka tetapi demi kepentingan pendidikan negara dalam menyediakan dana secukupnya untuk pelajar lain.


Sebarang tindakan yang diambilnya mengambil kira semua aspek dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya kerana ia sentiasa berpegang kepada konsep mesra pelanggan dan mempelbagaikan pendekatan dalam mencapai sasaran kutipan balik pinjaman.


Pendekatan itu antara lainnya bertujuan meringankan beban peminjam termasuk dengan mengadakan rundingan bagi penstrukturan semula pinjaman, membuka pejabat PTPTN negeri dan cawangan, menjalankan operasi pada hujung minggu dan selepas waktu pejabat bagi sesetengah cawangan, serta menyediakan perkhidmatan pembayaran semula dalam talian.


Dalam pada itu, PTPTN turut menyatakan bahawa ramai peminjam mula membuat bayaran balik pinjaman berdasarkan kadar peminjam yang tampil membuat rundingan dan jumlah bayaran balik berbanding sebelum ini.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 03:57 PM | Show all posts
Bila spending duit pt tu macam air je, bila nak bayar terkemut2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 04:31 PM | Show all posts
dengan muka tak malu nak mintak mansuhkan apadaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dh pinjam please bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayaaa replied at 27-9-2016 05:52 PM
dh pinjam please bayar.

tak semua yang tak bayar tu sengaja tak nak bayar.ada yg belum dapat pekerjaan lagi.masa dibagi lepas habis blaja 6 bulan pastu blacklist.mana cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 09:27 AM | Show all posts
nikola.tesla replied at 27-9-2016 10:06 PM
tak semua yang tak bayar tu sengaja tak nak bayar.ada yg belum dapat pekerjaan lagi.masa dibagi le ...

Semua boleh bawak bincang la. Aku pon pernah kena blacklist lepas 6 bulan grad. Pi pejabat PTPTN, bincang dengan pegawai. Dapat kerja boleh terus start bayar mana yang termampu. PTPTN bukan kejam sgt. Peminjam je yang asyik salahkan PTPTN padahal sendiri yang malas nak jumpa pegawai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2016 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 28-9-2016 09:27 AM
Semua boleh bawak bincang la. Aku pon pernah kena blacklist lepas 6 bulan grad. Pi pejabat PTPTN,  ...

masalah nya sekarang kena blacklist tu rekod kewangan kita akan buruk jadi nya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 09:54 AM | Show all posts
Edited by azimodin at 28-9-2016 01:59 AM
nikola.tesla replied at 28-9-2016 01:53 AM
masalah nya sekarang kena blacklist tu rekod kewangan kita akan buruk jadi nya.

Itu semua dimomokan je. Boleh clearkan lepas habis bayar

Here are 10 useful PTPTN blacklist remove tips that you can try.

1. Do postpone your housing loan application if you know for the fact that your PTPTN loan payback is not in a steady term. If you still want to proceed, there is high possibility that your application will be rejected.

2. Print out your CCRIS record and do a double check with PTPTN CCRIS Department.

3. Go to the nearest PTPTN branch and bring along your CCRIS report.

4. Inform the in-charged PTPTN officer that you wanted to clear up your name from the PTPTN CCRIS record.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064095 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list