Baru-baru ini sama ada di Youtube, Facebook, Instagram atau Twitter semuanya dimonopoli dan dikuasai oleh #PPAP. Sekiranya anda masih tidak mengetahui apa itu PPAP, anda boleh dikatakan ketinggalan zaman atau tidak 'trendy'! Apakah ia sebenarnya?
Sehingga sekarang masih belum ada sebarang video yang mampu memecah rekod yang dicapai oleh 'Gangnam Style' iaitu lagu terpopular yang mempunyai 'view' tertinggi di Youtube dan di seluruh dunia.
Sejak disiarkan pada tahun 2012, video lagu tersebut sehingga sekarang telah berjaya mengutip jumlah tontonan mencecah 26 bilion, suatu pencapaian yang sungguh mengagumkan!
Pada ketika itu lagu-lagu popular lain seperti Gwiyomi dari Korea, Little Epal dari China, Bi Bi Little Chicken dari Taiwan dan The Fox dari Eropah pun hanya menjadi popular buat sementara waktu sahaja.
sumber foto: keratan gambar dari Youtube
Kali ini, Jepun pula menghasilkan lagu Pen Pineapple Apple Pen yang dinyanyikan oleh pelawak popular negara tersebut yang dipanggil Pico Taro.
Lagu tersebut kini telah menjadi lagu kegemaran seluruh warga Jepun, bukan sahaja rata-rata masyarakat membuat rakaman dengan meniru gayanya, malah termasuk artis di seluruh dunia turut "terjebak".