Siapa tidak pernah makan makanan yang disediakan dalam kapalterbang kecuali seseorang itu tidak pernah menaiki kapalterbang.
Kini tidak perlu lagi menaiki kapalterbang, seseorang itu juga dapat menikmati juadah dalam kapalterbang, cuma lokasi restoran tersebut terletak di Wuhan, China.
Restoran tersebut dibuka pada 9 September lepas yang menggunakan kapalterbang Boeing 737 yang sudah 'bersara dari perkhidmatan'.
Menurut laporan People's Daily Online, pemilik restoran, Li Yang menghabiskan RM21,487,049.72 untuk beli dan menghiasnya menjadi sebuah restoran yang membolehkan seseorang itu betul-betul terasa dirinya sedang dalam penerbangan.
Li yang menamakan restoran tersebut sebagai 'Lily Airways' telah membeli pesawat berkenaan dari sebuah syarikat penerbangan Indonesia yang jatuh muflis pada 2013.
Menu makanan restoran pesawat tersebut difahamkan boleh mencecah sehingga RM183.66 untuk satu hidangan.
Restoran Lily Airways boleh memuatkan 70 pelanggan pada satu-satu masa.
Jadi lain kali ada peluang mengunjung ke Wuhan, China, bolehlah menjamu selera sambil merasai sendiri suasana restoran yang unik tersebut.- CARI