CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 6

[Tempatan] kita geng

[Copy link]
Post time 5-9-2016 06:50 PM | Show all posts |Read mode



[youtube]IGpt006CmAs[/youtube]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2016 06:51 PM | Show all posts
Tun Dr Mahathir datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan bertemu serta bersalam dengan Anwar.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang sangat bersejarah itu lapor Malaysia Dateline.
Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan beliau bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.
Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.

Turut serta datang bersama Mahathir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, ketua sekretariat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan Mahathir, Datuk Kamarudin Jaffar dan pembantu khas Mahathir, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan.
Hubungan antara kedua-dua pemimpin ini sangat teruk sejaka Anwar dipecat dari jawatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Ia semakin bertambah buruk apabila Anwar mengetuai pembangkang dan mencabar kepimpinan negara di bawah Mahathir.
Namun suasana mula berubah apabila Mahathir mula menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
[size=0.8em]Tun Dr Mahathir bersama tetamu yang lain duduk di galeri awam selepas berjumpa Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pelbagai pihak memberikan tekanan agar kedua-dua pemimpin ini melupakan permusuhan antara mereka bagi membolehkan usaha bersama mereka mahu menjatuhkan Najib berjaya.
Usaha Mahathir menubuhkan Deklarasi Rakyat disokong Anwar melalui satu kenyataannya. Namun begitu, Anwar berubah arah apabila Mahathir terus menyerang beliau selepas itu.
Orang kepercayaan Mahathir, Khairudin Abu Hassan pernah membawa mesej dari Anwar dipenjara agar menemukan keluarga Anwar dengan Mahathir tetapi tidak berjaya.
Khairuddin ditahan polis mulai 18 September 2015, beberapa hari sebelum pertemuannya dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat.
Khairuddin ditahan 24 hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, lima minggu ditahan di Penjara Sungai Buloh dan dimasukkan 11 hari ke wad Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam denggi.
Semasa di penjara Sungai Buluh beliau berjumpa dengan Anwar dan membawa pesan itu keluar.



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 06:52 PM | Show all posts
BOD viral lebih sesuai

@spiderman80
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2016 06:53 PM | Show all posts
cecite replied at 5-9-2016 06:52 PM
BOD viral lebih sesuai

@spiderman80

viral korok lu...

ni penanda perubahan politik malaysia.






Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 07:00 PM | Show all posts
harus la satu geng
satu tujuan satu matlamat satu wawasan   
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 07:08 PM | Show all posts
menunggu spin dr macai dan lobai...
kalu berbaik dgn dapig dikata pengkhianat bangsa dan agama
berbaik dgn nuart tatau lah depa nak kata apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2016 07:14 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048640 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list