Segala ubat-ubatan kini mudah didapati tanpa ada doktor yang mengawalnya. Ramai dalam kalangan usahawan pula cuba untuk menjadi doktor segera di pasaran. Pelbagai produk ubat-ubatan dijual dengan iklan yang 'bersepah' di media sosial.
Sehinggakan para pengguna kini mudah percaya dan tidak lagi mendapat rawatan dan bertanyakan doktor yang lebih pakar.
Kredit : IIUM
Jika kita lihat, iklan dan cara pemasaran setiap supplement (makanan tambahan) yang dijual begitu menjengkelkan. Mana tidaknya, semua ruangan komen akan diselitkan oleh komen iklan mereka.
Disebabkan itu, tampil seorang optometrist (ahli optik) atau pakar mata memberi penerangan agar tidak tertipu dengan supplement merawat rabun mata kerana rabun tidak hanya boleh hilang serta-merta dengan meminum atau mengambil supplement mata ini.
Supplement tinggi pun tidak akan menjadikan anda tinggi kerana bila sudah mencapai umur, makanlah apapun tidak akan tinggi juga. Ha, anda mesti pernah beli supplement tinggi tersebut kan? - CARI
tapi pelik juga Kementerian Kesihatan Malaysia buat2 tak nampak dengan iklan2 macam ni. Rampas produk yang dah buat lab test dan terbukti beracun pun masih lagi nak sorok daripada pengguna. ini yang menipu dengan terang dan jelas pun diam lagi....
mintak nasihat doktor2 pakar terlebih dulu, then kalau dia cadangkan supplement2 tertentu barulah beli. tak semua supplement tu real, byk yg fake, tp yg dicadangkan oleh doktor2 pakar biasanya betul sbb diorang mmg ada ilmu dan kepakaran.
Post time 3-9-2016 09:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
de_ikea replied at 2-9-2016 05:50 PM
Product E tu apa?
aku pun nk tahu produk E tu apa? Yg aku pernah dengar permata hijrah. aku pun rabun plus silau tp xde la berani nk cuba produk2 yg belum sahih isi kandungan lagi yg titis kt mata....
Kadang2 mmg x boleh nak halang patient dari consume so-called "supplement" ni. Being a patient, of course diorg akan try every opportunity yg boleh offer them healing from their disease or pain relief. Selalu if patient insist, aku akan advise if nak try certain supplement or cara rawatan, try ler. Tp... if after 3 months takda improvement langsung stop je la. Means it will not help. Sometimes, placebo effect jer. 1st month akn rasa improve, tp after that mcm static jer or getting worse. So called "supplement" ni bukan murah, mahal2 semua... mmg kesian kat patient banyak habiskn duit unt rawatan yg xda proven clinical research... just based on testimoni yg kekadang mcm x logik pun...
aku rabun + silau teruk... aku lagi suka pakai speck.. bila masuk tandas bukak spek gantung kat pintu.. lega tak nampak benda2 kotor sebab aku penggeli
Post time 3-9-2016 10:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu scary gila tgk member buh ubat titis permata hijrah tu..sbb dia ckp pedih gila..
Ko bygkn ntah apa2 ramuan dlm air tu buh dlm mata?
Aku air paip masuk pun takut ada kuman.
Pastu ada org kata,petua org dulu2 titis madu dlm mata nk bg tahan x rabun.
Lagi laa horror mendengarnya
alzan replied at 2-9-2016 04:20 PM
tapi pelik juga Kementerian Kesihatan Malaysia buat2 tak nampak dengan iklan2 macam ni. Rampas produ ...
betul tu..patutnya kementerian kesihatan perlu lebih tegas...mana 2 produk yang meragui hendaklah dirampas..
buat mcm KPDNKK...beg2 palsu, baju jenama palsu dirampas