View: 3592|Reply: 30
|
Harga RON95 Dan RON97 Turun 5 sen, Diesel Kekal Untuk September Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: 1.bp.blogspot.com
Untuk bulan September ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen manakala harga runcit diesel kekal pada harga RM1.70 sen seliter.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Nor Manshor Abdul Ghafar berkata, harga runcit bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 berharga RM2.05 seliter.
Sementara itu, harga runcit bagi diesel untuk September kekal seperti Ogos.
Harga runcit petrol sepanjang Ogos bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala RON97 berharga RM2.10 seliter.- CARI
Sumber berita : Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
si sotong gemuk lapiji tak demo sbb tauke stesen akan bangkrap? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Harga minyak dunia turun berkali ganda, mesia turun 5 sen saja?????? Huhhhh.. kerajaan zalim...
(contoh ayat provoke) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau turun sahaja takpe la juga
ini bagi turun sekejap
bulan depan naik balik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 1-9-2016 09:46 AM
Kalau ikut cadangan Rafizi, tak sampai sebulan, seminggu dah berubah harga..
PKR: Tetap harga minyak secara mingguan 2 Jan 2015, 1:00 tengahari 2 Jan 2015, 1:06 tengahari
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan menetapkan harga minyak secara mingguan dan bukan secara bulanan seperti dilakukan sejak sebulan lalu.
Menurut Rafizi, penetapan harga mingguan itu bagi memanfaatkan trend kejatuhan harga minyak yang dijangka akan berterusan sepanjang tahun 2015.
Katanya, penetapan harga bulanan sekarang akan menyebabkan orang ramai akan membayar harga minyak tinggi yang merupakan purata harga sebulan sebelumnya.
"Apabila semakan dan penyelarasan harga lambat dilakukan, rakyat terpaksa membayar harga sebulan yang lepas yang sudah tentu jauh lebih tinggi dari harga dan kos sebenar yang ditanggung syarikat minyak," kata Rafizi dalam kenyataan.
Rafizi mendakwa, amalan pada masa ini membolehkan kerajaan memanipulasi perbezaan di antara harga minyak pasaran yang jauh lebih rendah daripada harga minyak apungan untuk membolehkan ia mengutip "cukai tersembunyi" dari orang ramai.
Menurut hitungan yang dilakukannya, dalam bulan Disember 2014 sahaja, kerajaan didakwa mengutip cukai tersembunyi sebanyak RM633 juta, dakwanya.
Tegasnya, jika sistem apungan terkawal bulanan sekarang berterusan, cukai tersembunyi bagi tahun 2015 itu dijangka berjumlah di antara RM3 bilion sehingga RM5 bilion.
"Saya menggesa supaya Kerajaan Persekutuan menukar jadual menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali.
"Harga bagi minggu ini adalah harga purata petrol dan diesel bagi 7 hari sebelumnya," katanya.
Harga runcit minyak petrol RON95 turun kepada RM1.91 seliter mulai tengah malam 1 Januari lalu. Harga diesel pula turun kepada RM1.93 seliter dan RON97 pula turun kepada RM2.11 seliter.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak tetap sahaja harga ?
letak sahajalah harga RM1.50 seliter.
kalau berlaku lebihan, kerajaan subsidikan sahaja lebihan itu
bukankah lebih baik wang rakyat digunakan untuk memberikan subsidi minyak dari dihabiskan kepada private jet, membeli barangan mewah dan rasuah
|
|
|
|
|
|
|
|
bln ni trun 5 sen, bln dpan naik 15sen perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Dulukan dah buat macam itu, harga petrol ditetapkan dalam tempohmasa yg agak lama, naik turun harga petrol semasa, kerajaan yg tanggung, yg beri subsidi.
Tapi bila harga minyak jatuh teruk tempohari, rakyat mintak ikut harga semasa, itu yg ditetapkan harga sekarang ikut harga purata bulanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu bergantung kepada harga pasaran minyak dunia,
jika turun, bulan depan turun lagi, jika naik endadak, maka naiklah harga bagi bulan depan, mungkin lebih 15 sen. Jika turun mendadak mungkin turun lebih 15sen.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau harga minyak turun, turunkanlah ikut harga semasa
apa masalahnya
rakyat tidak terbeban...
kalau harga minyak naik, kerajaan subsidikanlah
apa masalahnya juga
rakyat juga tidak terbeban
sekarang dah ambil duit rakyat (GST)
lepas itu rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur... bln dpn trn la lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Semoga bulan depan turun lagi. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..sekarang pun kerajaan meletakkan harga minyak yg boleh dikatakan tidak membebankan.
Dikalangan negara Asean, kita diantara yg terendah begitu jugak dgn gst dikalangan negara jiran kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
negara lain mana ada minyak macam malaysia
kita negara pengeluar minyak
tetapi harga minyak cukup membebankan rakyat
cuba tengok negara yang ada minyak
semua bawah 50 sen seliter
tetapi harga minyak di malaysia antara termahal di dunia(antara negara pengeluar minyak tapi harga minyak yang mahal)
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika nak buat perbandingan dengan negara pengeluar minyak yg lain,
kena jugak tengok
berapa pengeluaran minyaknya,
berapa jumlah penduduknya,
berapa jumlah pengguna minyaknya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|