|
Oleh Izzah Abbasy
Setiap negara mempunyai pantai yang cantik dan menjadi pilihan untuk menenangkan diri juga sebagai destinasi percutian mahupun berbulan madu.
Laut yang bersih, air berwarna biru kehijauan, pasir yang putih dan ombak yang berdesir memanggil hawa telinga anda untuk terus menikmati keindahan pantai yang dikunjungi.
Begitulah juga 10 pantai terbaik di dunia ini. Serius cantik! Ia juga bukanlah pantai biasa. 10 pantai ini masing-masing memiliki keunikan tersendiri dan sebab itulah ia dikatakan pantai terbaik di dunia. Jom, intai keindahan pantai-pantai menerusi gambar-gambar di bawah. Buat anda yang mencintai pantai, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke 10 pantai terbaik dunia ini ya. - CARI
1) Pantai Baia do Sancho, Fernando de Noronha, Brazil
Foto : TripAdvisor
Pantai ini terkenal dengan air lautan yang jernih dan terumbu kerang di kawasan itu.
2) Pulau Grace Bay di Turks and Caicos
Foto : TripAdvisor
Selain daripada keindahannya, daya tarikan Pulau Grace Bay di Turks and Caicos terletak kepada keunikan bukit-bukau dan pokok-pokok kaktus di kawasan itu. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan menyelam utama dunia di mana ia berhampiran dengan laluan migrasi ikan paus kelasa.
3) Pulau Isola dei Conigli atau 'Pulau Arnab', Itali
Foto : TripAdvisor
Di Itali pula, Pulau Isola dei Conigli atau 'Pulau Arnab' merupakan tempat utama penyu jenis 'Loggerhead Sea' naik ke pantai untuk bertelur. - Foto TripAdvisor
4) Pantai Playa Sirena dan Playo Paraiso di Cuba
Foto : TripAdvisor
Pantai Playa Sirena dan Playo Paraiso di Cuba terpisah hanya satu kilometer antara satu sama lain. Semasa air surut, pantai-pantai ini akan bersambung menjadi satu.
5) Pantai Playa, Sepanyol
Foto : TripAdvisor
Dikelilingi oleh pasir putih yang halus dan sangat lembut. Ia adalah salah satu pantai yang paling indah di Formentera.
6) Pantai Anse Lazio, Seychelles
Foto : TripAdvisor
Pantai Anse Lazio di Seychelles ini yang terletak di utara Pras, dikenali sebagai pantai terbaik di Praslin oleh Lonely Planet. Air di persisiran pantai ini sangat jernih dan sesuai untuk aktiviti snorkeling dan renang.
7) Pantai Putih, Boracay, Filipina
Foto : TripAdvisor
Pantai ini menjadi tarikan utama di Boracay yang terletak di sebelah barat pulau dan dilindungi daripada angin. Ketika musim Amihan season, air-air di Pantai Putih ini dilihat begitu licin seperti kaca.
8) Pantai Flamenco, Culebra, Puerto Rico
Foto : TripAdvisor
Pantai ini terkenal dengan tempat memancingnya dan lokasi pilihan bagi mereka yang suka aktiviti menyelam.
9) Pantai Whitehaven di Pulau Whitsunday, Australia
Foto : TripAdvisor
Whitehaven Beach terkenal dengan pasir putihnya yang mengandungi 98% silika asli.
10) Pantai Elafonissi, Greece
Foto : TripAdvisor
Merupakan sebuah pulau kecil yang dikelilingi pasir putih. Namun disebabkan ribuan kerang pecah, pantai itu kadang kala berwarna merah jambu. Air biru kehijauan yang jernih pasti akan membuat anda terasa seperti di syurga.
|
|