|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://media.themalaymailonline.com/
Beregu lelaki badminton negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 17-21, 21-18, 21-19 sebentar tadi.
V Shem-Wee Kiong akan menentang pasangan China, Chai Biao-Hong Wei yang menewaskan Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 21-13, 16-21, 21-16 di separuh akhir esok.
Sementara itu, hasrat untuk menyaksikan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei melangkah separuh akhir Sukan Olimpik 2016 tidak kesampaian selepas tumpas 16-21, 21-18, 9-21 kepada pasangan No.1 dunia dari Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi di Rio, sebentar tadi.
Manakala, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mengalahkan Robert Maeusiak-Nadiezda Zieba dari Poland 21-17, 21-10 dalam suku akhir semalam akan menentang pasangan No. 2 China yang juga pemenang pingat perak Olimpik 2012, Xu Chen-Ma Jin pada separuh akhir pukul 5.30 pagi ini pada waktu Malaysia.
Bagi pemain No. 1 dunia, Chong Wei pula hanya akan turun ke gelanggang esok untuk pertemuan suku akhir di antara Chou Tien-chen dari Taiwan atau Hu Yun dari Hong Kong.- CARI
sumber info: Bernama |
|