CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 10

[Tempatan] Ketum: Tidak Semua Perkara Boleh Ditangani Dengan Fatwa

[Copy link]
Post time 2-8-2016 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cecite at 2-8-2016 05:28 PM

CYBERJAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, susulan gesaan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berhubung isu penanaman ketum secara komersial.

Beliau berkata banyak perkara yang perlu diambil kira terutamanya kemudaratan dan manfaat kepada kesihatan serta struktur sosial masyarakat.

"Isu berkaitan fatwa adalah tanggungjawab pihak negeri, bagaimanapun Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam boleh berbincang mengenai hal ini tetapi bukanlah pandangan bersifat mengikat seperti fatwa.


"Kita harus perhalusi kerana tidak semua perkara harus ditangani dengan fatwa. Kita tidak boleh bercakap soal hukum halal atau haram sahaja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam masyarakat," katanya kepada pemberita pada Jamuan Aidilfitri TV AlHijrah di AlHijrah Big Studio, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan garis panduan berhubung isu penanaman ketum secara komersial.


Isu itu menjadi perdebatan pelbagai pihak selepas Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mencadangkan ketum ditanam secara besar-besaran untuk dieksport susulan permintaan tinggi di luar negara.- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 05:37 PM | Show all posts
Legalize and tax it lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganja juga patut dihalalkan utk tujuan perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 07:44 PM | Show all posts
alah... kuar fatwa pon bukan ada org ikut pon.... bkn ada fatwa kata rokok haram ker???
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 08:03 PM | Show all posts
semua kasi haram laaa ... dunia lagi aman .. kasi jadi IS
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni cubaan nak ban ketum pulak ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2016 08:45 PM | Show all posts
phonon replied at 2-8-2016 07:44 PM
alah... kuar fatwa pon bukan ada org ikut pon.... bkn ada fatwa kata rokok haram ker???

Akak nak tanya, Berapa ramai yg ikut fatwa ni dan menjauhkan diri...?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal boleh kembongkan tembolok sendiri dengan anak2, agama pun boleh lacur.

Sebab company malaysia xde tanam tembakau, boleh pakai fatwa? Sebab vape x boleh tax, pakai fatwa?  Sebab pokemon go xde kene mengena dgn company bapak dia, pakai fatwa.

Kalau bongok, silalah bunuh diri. X payah susahkan orang lain kene kutuk diri kamu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
phonon replied at 2-8-2016 07:44 PM
alah... kuar fatwa pon bukan ada org ikut pon.... bkn ada fatwa kata rokok haram ker???

A ahh fatwa psl rokok haram tkde sape peduli pun..yg ptg bukan babi n anjing..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hukum die harus. jika dikomersilkan utk tujuan perubatan, dan haram jika digunakan untuk tujuan memabukan. x yah tny majlis fatwa,basic punya hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu I dah lama my ass kan aja fatwa segala bagai ini.....tapi @dodolgemok terasa seperti perlu akur dan kena dictate macam takda life.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.068313 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list