oleh Adib Za
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang kekal berbau wangi ketika baru bangun dari tidur?
Mustahil wangian yang dipakai seharian pada hari sebelum itu kekal hingga waktu pagi, kan?
Sebenarnya tak sukar untuk tampil segar dan wangi ketika bangun tidur di pagi hari.
Tipsnya, sebelum tidur malam, oleskan buah lemon (yang telah dihiris) di bawah lengan anda. Cara ini akan mengelakkan badan berbau hasil daripada peluh ketika anda tidur sepanjang malam.
Selain mengekalkan kesegaran, bawah lengan anda juga menjadi semakin cerah dan membantu menghilangkan bau badan secara kekal.
Ingat ya, sebelum tidur oleskan lemon di bawah lengan. Jika wajah dan badan anda selalu disapukan dengan pelembap dan pencerah badan, mengapa tidak menjaga zon bawah lengan, kan? - CARI
Sumber foto: Carian google
|