CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4883|Reply: 42

[Tempatan] TMJ mula dedah rahsia dalam 'pendrive'

[Copy link]
Post time 19-7-2016 02:14 PM | Show all posts |Read mode
                                        BELUM reda mengenai isu bersara, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencetuskan tanda tanya dengan mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

        Malah TMJ mendedahkan memiliki pendrive yang menyimpan maklumat termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

        Berikut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers yang didakwa diperolehi menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur:-

        Sesetengah maklumat di halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 yang telah dicetak dari sumber dalaman FAM dan salah satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bolasepak Malaysia

        PASUKAN KEBANGSAAN

        Masalah:
        - Kekurangan kualiti kejurulatihan
        - Kualiti pada jurulatih tidak memuaskan
        - Terlalu banyak bereksperimen dalam pemilihan pemain - kekurangan perpaduan di kalangan pemain, jurulatih dan pasukan teknikal
        - Jurulatih tempatan (merujuk kepada Ong Kim Swee) kurang pendedahan antarabangsa/kualiti kejurulatihan
        - Jurulatih mempunyai idea yang berbeza/strategi-tiada falsafah asas
        - Pemilihan pemain di tahap liga-diganggu oleh pegawai-pegawai atasan FAM
        - Pemain muda tidak mempunyai pendedahan yang mencukupi
        - Jurulatih-jurulatih di peringkat remaja yang tidak mempunyai kemampuan/kualiti untuk membangunkan pemain dengan cara yang holistik
        - Sekolah adalah kilang untuk menghasilkan pemain-tiada padang bola sepak-tiada guru-guru yang berdedikasi di sekolah-80% guru adalah kaum wanita
        - Kekurangan program akar umbi
        - Perlawanan dimanipulasi dan masalah mengatur perlawanan tidak ditangani-FAM tidak mengambil berat tentang masalah mengatur perlawanan kerana sesetengah kakitangan di dalam FAM adalah sahabat kepada bekas pemain kebangsaan yang terlibat dalam mengatur perlawanan
        - Perlu ada perancangan jangka panjang dan bukan perancangan jangka pendek.
        - Jurulatih tempatan mempunyai masalah keegoan dan kurang pendidikan kejurulatihan
        - Kem latihan untuk pasukan kebangsaan terlalu panjang

        PENGURUSAN

        Masalah:
        - FAM menggunakan kaedah lama dalam pengurusan bolasepak, pentadbiran kekurangan kakitangan yang berkualiti
        - FAM terlalu lambat dalam pembangunan
        - Jurulatih tidak profesional, tidak mengikuti falsafah asas
        - Terlalu banyak memberikan tumpuan kepada kejohanan AFF Suzuki/pertandingan Sukan SEA
        - Tindakbalas lemah pengurusan berkaitan krisis media
        - Terdapat perbelanjaan yang tidak diperlukan, tanpa sebarang analisis
        - Gaji jurulatih tempatan dan jurulatih pasukan kebangsaan terlalu tinggi
        - Tidak pernah mengambil serius skandal mengatur perlawanan
        - Wang dalam FMLLP tidak digunakan dengan betul oleh kerana kepentingan hanya diberikan kepada pihak pengurusan bukan kepada kelab-kelab yang bertanding
        - Tiada usaha daripada pihak pengurusan FAM untuk berkembang.

http://www.sinarharian.com.my/su ... m-pendrive-1.542669

                            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh yeah for the first time sapot tmj ni
Spill the tea
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:51 PM | Show all posts
Tu bukan bukti tapi statement kan... ke aku tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:53 PM | Show all posts
I am still waiting.... setakat buat statement macam tu, tak da pendrive pun boleh! It is common knowledge!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
benda tu rakyat dh pernah suarakn dh:zz:zz

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Part ni aku support mu tmj.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by oppol at 19-7-2016 04:14 PM

Pong pang pong pang,tak palah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu bukan bukti kepincangan ttp fakta. Ini utk tulis karangan/artikel `kenapa sukan bolasepak di malaysia kurang berkembang` bolehla pakai point2 di atas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 04:02 PM | Show all posts
down la FAM
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:04 PM | Show all posts
bangsa sembang kencang

orang² dalam FAM mesti gelak kalau baca

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru statement ke?rahsianya bila nak dedah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:16 PM | Show all posts
kecik besor je tgk presiden die. xmau2 ag lepas jawatang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:19 PM | Show all posts
ni bukan lg rahsia kot
semua org tau

btw, mod, bleh x sambung jer kat thread yg ade
pasal pendrive tmj ni
sbb benda ni panjang lg nih
aku rase
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:27 PM | Show all posts
Rahsia mender gitu,

jawapan UPSR
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni semua orang tahu..  cepat laaa dedah.. takkan sembang kencang je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:34 PM | Show all posts
confuse noks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu ker bukti? budak tgkt 4 pun boleh buat karangan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:40 PM | Show all posts
Jurulatih tempatan (merujuk kepada Ong Kim Swee) kurang pendedahan antarabangsa/kualiti kejurulatihan ..itu je jurulatih mesia yg paling hebat..bilala nk pg world cup??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia apa itu. Tak brp phm
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen2 menghina kat atas ni semua tgah apply pr kat Sweden ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.709078 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list