CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 131143|Reply: 793

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
Post time 18-7-2016 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by 9teen at 20-11-2016 07:23 PM

Hai korang! Selama ni aku memang jadi SR je dekat board MPS ni.
(Thread tadi aku delete sebab belum habis cerita dah ter-publish)


Ni pun memang baru je daftar, so that aku dapat kongsikan sikit sikit pengalaman yang berkaitan dengan misteri & seram bagi akulah. Tak tahulah kalau bagi korang, tak seram kan?


Tujuan aku bukak thread dekat board MPS ni pun just nak share cerita cerita yang terjadi dalam hidup bestfriend aku & jugak aku secara langsung dan tak langsung sejak aku kenal kawan baik aku yang sorang ni. Just nak share je. Jadi, untuk percaya atau pun tak percaya, adalah hak milik setiap insan. Cewah!


Sebelum tu, meh aku declare siap siap. Aku & bestfriend aku adalah lelaki.

Saja declare awal awal, so korang tak terlebih speku akan gender kami nanti.

-----------------------------------------------------------

CERITA PERTAMA - MALAM PERTAMA

Mari aku mulakan dengan kisah pertama!

Pengalaman pengalaman yang aku akan ceritakan ni berlatarbelakangkan sebuah sekolah berasrama penuh aliran Sains yang agak terkenal di Selatan Semenanjung Malaysia.

Sekolah ni ada lelaki dan perempuan. Form 1 sampai Form 5. Nak masuk sini pun kena apply dan mostly yang dapat masuk sini budak budak yang cemerlang masa UPSR. Termasuklah aku dan Shark (watak utama).

Aku kenal dengan Shark pun sebab kebetulan aku dengan dia roommate. Roommates yang sangat berbeza dari segi personaliti.

Aku memang spesies yang pendiam. Tak akan cakap banyak kalau orang tu tak bukak mulut dulu. Maybe, sebab tu orang ingat aku ni sombong. Maybe jugak orang ingat aku ni OKU - Bisu sebab jarang jarang dapat dengar suara aku. Maybe sebab tu jugak tak ramai orang yang tegur aku masa hari pertama daftar.

Shark pulak jenis yang talkative. Sumpah kalau sesiapa yang kenal Shark ni, akan rasa nak lempang sebab dia ada banyak sangat vocabulary & aku percaya dia ni mesti budak yang hebat gila bahasa sebab dia boleh cakap non stop. Ni first impression aku pada dialah.

Macam biasa, minggu pertama masuk sekolah mesti ada Minggu Orientasi kan? Samalah jugak keadaannya dekat sekolah asrama ni. Kitorang ada Minggu Orientasi.

Maklumlah, budak budak senior nak berkenalan dengan budak budak junior kan? Kakak aku (yang pernah sekolah asrama) pun ada cakap, minggu ni lah biasanya senior akan ushar ushar budak yang dia minat. Adeh!

Semuanya berjalan lancar je untuk hari pertama pendaftaran tu. Aku pun ingat semuanya okey je, sebab nampak macam mendamaikan sangat suasana sekolah kitorang kecuali kawanan monyet monyet yang sama sama menuntut ilmu dekat sana. Monyet monyet sini educated wo!

Lepas abis orientasi malam tu sesi suai kenal dengan warden semua, kitorang dapat minum lewat malam (supper). Supper pun dah prepare siap siap dah. Tak perlu nak pergi ke Dewan Makan (DM). Lepas supper, boleh balik bilik masing masing.

Bilik kitorang ni katil masing masing (bukan double decker). Satu bilik 4 orang. So, seriously selesa jugaklah sebab aku tak suka nak tidur macam dekat dorm dorm ni.
Bilik aku tu 4 orang membernya : aku, Shark, Panjang & Doeh. Katil Shark menghadap tingkap. Katil aku pun sama menghadap tingkap. Katil Doeh & katil Panjang menghadap ke pintu.

Aku pilih katil yang hadap tingkap sebab aku rasa tenang je bila tengok tasik depan bilik kitorang tu. Pemandangan yang menenangkan. Dekat tasik tu, ada satu pokok & 1 kerusi tempat duduk rehat rehat sebelah tasik.

Doeh ni budak asal Kedah. Kecik kecik orangnya. Comel je saiznya (saiz badannya). Panjang pulak budak Terengganu. Nama dia Panjang sebab dia tinggi lampai.

Kitorang Budak Form 1 ditempatkan dekat aras bawah. Budak Form 2 pulak ditempatkan dekat aras atas Blok A. Aku pun tak pasti apa sebab musabab kenapa budak budak junior ditempatkan dekat aras bawah.

Satu aras tu setiap bilik bertentang dengan bilik. Senang cerita bukak pintu boleh nampak muka jiran depan bilik. Bilik air & tandas dekat paling hujung sekali.

Agak agak korang boleh bayangkan tak erk condition dalam bilik & blok kitorang ni? Kalau agak agak tak dapat nak tangkap, nanti aku cuba carik solusi untuk bagi korang faham erk?

Malam tu kitorang semua tidur lepas habis supper. Tidur awal. Dalam jam 11 malam masing masing dah tidur. Malam memang agak sejuk jugaklah. Hujan lagipun.

Aku terbangun bila Shark goyang goyang badan aku. Aku memang jenis yang sensitif bila orang ganggu aku tidur. Jenis yang kena touch je, kalau terbangun memang susah nak tidur balik.

Aku baru nak bukak mulut, nak tanya apahal dia ganggu aku tidur. Shark tunjuk tunjuk dekat depan. Dia tunjuk dekat luar tingkap. Aku gosok gosok mata sebab tak pasti dengan apa yang aku nampak.

Yang aku perasan macam ada seorang perempuan berselindung muka berpakaian merah. Di genggamannya ada satu bakul anyam. Dia gendong sesuatu. Aku tak nampak apa yang dia gendong. Dia jalan jalan sekitar tasik.

Aku ingat semuanya silap mata je. Yalah, maybe sebab penat hari pertama orientasi, so salah pandang. Aku cuba tengok Shark. Kami saling berbalas pandang. Mengiyakan apa yang kami nampak masa tu.

But benda paling shit yang terjadi dekat aku & Shark adalah...

Time kitorang tengah tengok kakak berbaju merah yang tak pasti sama ada manusia atau bukan tu, sebab masa tu tak mungkin mana mana warden akan berpakaian macam tu dan melawat blok asrama pelajar lelaki waktu awal awal pagi. Sebab logiknya, mesti ada pengumuman kan kalau ada warden nak datang? (Fikiran inesen aku sebab baru first time masuk asrama)

Satu benda tiba tiba macam terjatuh dari bumbung. The best part benda tu boleh tunjuk dia terjatuh betul betul depan cermin kitorang. Macam nak buat salam perkenalan.

Best tak agak agak kalau benda yang terjatuh tu macam satu kepala yang tertanggal dari badannya? Dengan mata terbeliak beliak memandang korang di tingkap? Jatuh dari atas. Then, dia slow-mo depan tingkap. Then jatuh landing kat tanah.

Agak agak korang?

Make sure tak ada yang tidur berdekatan dengan tingkap ya malam ni? Aku risau kalau ada yang meneman korang je.

Hihihihihihi... Esok paginya abang Badan Dakwah kejut Subuh aku dengan Shark yang tidur sekatil. Abang tu macam pandang pelik sebab tengok Shark dengan aku berpelukan. Paling penting tidur dalam selimut.

Rate

2

View Rating Log

Related collections:

  • · Seram|Threads: 1, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Smbung lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ma aii.seramnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kepala tu...hantu penanggal kur
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 09:15 AM | Show all posts
haha... abeh abg dawah pk bukan2... kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 09:30 AM | Show all posts
i like!sambung please TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 09:44 AM | Show all posts
hakak suka cite ko dikk.. teruskann..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:13 AM | Show all posts
Yang aku perasan macam ada seorang perempuan berselindung muka berpakaian merah. Di genggamannya ada satu bakul anyam. Dia gendong sesuatu.


hahha... terus aku teringat the legendary hantu makcik karipap....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:28 AM | Show all posts
Sambung naaa nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:37 AM | Show all posts
taji2906 replied at 19-7-2016 10:13 AM
hahha... terus aku teringat the legendary hantu makcik karipap....

kan..aku pun pk hantu makcik karipap..
hihih..

btw..sek sains ni..kat area mana..huuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
hihihi tido sekatil tu yg tak tahan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:52 AM | Show all posts
jojie replied at 19-7-2016 10:38 AM
hihihi tido sekatil tu yg tak tahan tu..

kann..skola sy dlu harus bising budak2 biro kerohanian kalau tidur sekatil..

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 01:50 PM | Show all posts
sambung dek, tengok tajuk dan post#1 macam bersiri cita ko kan.

akak bagi A.

sambung lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:05 PM | Show all posts
hui. biar betol kepala tuu.
sambung2.

cmna la aku nk tau ko da update?
letak la tarikh last update; senang terjah trus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
seram tp ending tu lucu pulak... ...sambung lg tt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:51 PM | Show all posts
ayat last tu lawak ...

teruskan adik...cerita la lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
C4ssandr4 replied at 19-7-2016 01:38 AM
Smbung lg

Insya-Allah.
Terima kasih sudi baca pengalaman aku yang tak berapa nak seram ni   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 19-7-2016 05:54 AM
Ma aii.seramnya

Terima kasih sudi singgah sini    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 19-7-2016 06:20 AM
Yang kepala tu...hantu penanggal kur

Insya-ALLAH.
Kepala tu aku akan ceritakan nanti. Seram weh!    
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:54 PM | Show all posts
9teen replied at 19-7-2016 04:41 PM
Terima kasih sudi singgah sini

sama sama.
sekarang jarang dapat baca citer best2
kipidap TT   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.098598 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list