Wales berjaya menduduki tempat pertama dalam Kumpulan B Euro 2016 dengan mengumpul enam mata sekali gus mengesahkan kelayakan mereka ke peringkat 16 pasukan terakhir
Kejayaan Wales itu sedikit sebanyak dibantu oleh keputusan seri tanpa jaringan antara England dengan Slovakia, sekaligus meletakkan skuad Three Lions di tempat kedua dengan lima mata.
Rusia tidak mampu menyaingi Wales apabila tewas 3-0 menerusi jaringan Aaron Ramsey pada minit ke-11 dan Neil Taylor menambah lagi gol pasukannya itu sembilan minit kemudiannya.
Bintang Real Madrid, Gareth Bale memastikan kemenangan adalah milik Wales apabila penyerang itu menyumbatkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-67 perlawanan dan secara langsung menjadi penjaring terbanyak kejohanan itu setakat ini dengan tiga jaringan.