View: 1563|Reply: 7
|
Demi Ubah Tabiat Gemar Minuman Bergula, Philadelphia Kenakan Cukai
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Punca utama mengakibatkan masalah obesiti atau kegemukan adalah minuman ringan atau soda, jadi bagi menyelesaikan masalah tersebut, Majlis Bandaraya Philadelphia meluluskan untuk pelaksanakan cukai ke atas minuman bergula atau cukai soda pada Khamis lalu.
Cukai yang akan dikenakan itu menetapkan AS$0.50 bagi setiap liter, berkautkuasa 1hb Januari tahun depan dengan harapan dapat membantu mengurangkan tabiat yang tidak sihat orang ramai yang menganggap minuman soda sebagai air.
Menurut laporan, Majlis Bandaraya Philadelphia dengan hasil undian 13 undi berbanding dengan 4 undi memperolehi kelulusan cadangan tersebut yang merangkumi minuman ringan yang biasa, minuman ringan tanpa gula, minuman tenaga, minuman sukan dan minuman bergula yang tanpa alkohol.
Ia sekali gus menjadikan Philadelphia sebagai bandar utama pertama di Amerika Syarikat yang mengenakan cukai soda bagi memelihara kesihatan 1.5 juta penduduknya.
Pengedar perlu membayar pada semua minuman bergula atau dan boleh memilih sama ada untuk meminta pengguna menanggung kos itu.dan bandar itu diunjur menerima sejumlah AS$90 juta daripada cukai berkenaan tahun depan.
Menurut Datuk Bandarnya, Jim Kenny, perolehan cukai itu akan dibelanjakan untuk pra sekolah dan sekolah komuniti serta pusat-pusat rekreasi.- CARI Infonet
sumber : http://www.malaysiandigest.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
bijan sengih je nak tiru |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak kisah dia nak tiru, tp pastikan benda mcm susu murah. Ini susu mahal, air gula pun ko nak cukai |
|
|
|
|
|
|
|
Dan pastikan duit itu utk kesihatan mcm philipine.
Bukan ambik bagi tok arab abu dhabi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by merrissa at 23-6-2016 12:49 AM
kannn
bab mengamik duit rakyat laju je bijan nak tiru....
pendidikan percuma
bas sekolah percuma
dan lain-lain yang percuma
xde lak dia nak ikot
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya nak implement di malaysia ni adalah masyarakatnya yg pprt jua. Jika dikenakan tax sebegini, dikatanya harga barang naik. |
|
|
|
|
|
|
|
idea untuk najib jua |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-LTS replied at 20-6-2016 09:34 AM
Oleh : TS LOO
Malaysia juga patut cukai org yg OBES... Hasil dari cukai ini blh digunakan utk merawat org2 yg ada diabetes |
|
|
|
|
|
|
| |
|