CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9075|Reply: 12

‘Grace Kelly’, Koleksi Jovian Mandagie Untuk Zalora Raya 2016

[Copy link]
Post time 17-6-2016 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Koleksi-koleksi busana hari raya dari pereka fesyen tersohor, Jovian Mandagie sememangnya dinantikan oleh setiap wanita setiap kali menjelang hari raya Aidilftri.


Dibawakan oleh LUX Magical Spell,Jovian Mandagie sekali lagi menghasilkan koleksi sentuhan ikonik ala "Grace Kelly" khas untuk Zalora.


Membawakan 40 rekaan kurung moden Ready-To-Wear dengan pelbagai warna dan fabrik bertekstur seperti kain krep mewah, Jovian berusaha mempamerkan personaliti klasik Hollywood, mendiang Grace Kelly yang akhirnya menjadi Puteri Monaco.  


Apa yang lebih menarik tentang koleksi ini adalah didatangkan dengan haruman dari wangian Lux Magical Spell yang berkekalan sehingga 8 jam.



Grace Kelly



Menurut Jovian, dia memilih Grace Kelly sebagai ilhamnya untuk koleksi hari raya ini kerana sangat mengagumi keperibadiannya sebagai ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini.

“Grace Kelly menarik perhatian saya sebagai tema tahun ini dan koleksi yang terhasil dari kerjasama ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan ciri lain dari kehidupan ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini, setiap reka bentuk yang dibuat adalah disediakan untuk semua wanita di luar sana tidak kira umur,” kata Jovian Mandagie.

“Saya sentiasa mendapat ilham oleh wanita cantik dan dengan konsep tahun ini, ia mempesonakan saya untuk memberikan setiap wanita perasaan Grace Kelly.” tambahnya lagi.


Koleksi ini direka khas untuk setiap wanita yang mahu kelihatan feminin serta luxe dengan daya tarikan diraja. Harga untuk koleksi ini adalah antara RM320 hingga RM590. Jovian Mandagie untuk ZALORA, yang dipersembahkan kepada anda oleh Lux, boleh didapati di ZALORA.com.my, aplikasi mudah alih ZALORA, dan di kedai-kedai Jovian bermula bulan Jun . - CARI Infonet.


















Sumber - utusan.com.my
Kredit foto - safura3.rssing.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 04:24 PM | Show all posts
OK le not bad ada kelainan sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole tahan cantik tp rega mampu tgkje buat masa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2016 05:39 AM | Show all posts
Pesen tah hapa2 tah...tak boleh lawan baju kurung asli jugak...kalau badan kurus kerimping bolehlah Pakai baju camni...yg pungkok besar elakkan lah Pakai baju mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2016 02:00 PM | Show all posts
Retis boleh lah pakai baju yg lengan bersayap tu.. Kalau org biasa nampak pelik
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 07:48 AM | Show all posts
yg pki ni selim melim cntk la di mata..
kalo yg debab pakei...haukkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2018 09:51 AM | Show all posts
Tahun ni mmg design baju keras kejung kan. tak boleh imagine ddk kat kmpg pakai cmni, mmg berkicap la jwbnya. panas oiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x basuh pinggan masa raya,boleh lah melawa pakai mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2018 10:28 AM | Show all posts
orang yang betul betul body cam cutting model je lawa pakai baju ni

kalau gendut sikit confirm hodoh yang amaks
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:30 AM | Show all posts
Tak minat baju raya macam ni. Seksa rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 12:40 PM | Show all posts
tu gambar baju JM tahun 2016 ke tahun ni?? awat thread tahun 2016 naik balik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
590 tu ai bole dpt 5 helai baju raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 06:05 PM | Show all posts
Edited by michaepham at 9-1-2021 10:07 AM

Thank you for sharing the article.Street View Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.256675 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list