View: 1584|Reply: 5
|
Empat Mangsa Culik Abu Sayyaf Selamat Tiba Di Sibu
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: https://4.bp.blogspot.com/
Empat rakyat Sarawak, yang dibebaskan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 8 Jun lepas, tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 8.45 pagi kemarin.
Sebelum sempat mendapat pelukan dan ciuman daripada anggota keluarga masing-masing, keempat-empat mangsa culik itu dikerumuni anggota media yang turut menantikan kepulangan mereka sejak dari hari mereka dibebaskan.
Namun, usaha menemu bual mereka tidak berhasil kerana kesemua lelaki itu segera dibawa ke kereta yang diletakkan di luar bangunan lapangan terbang.
Difahamkan sidang media akan diadakan hari ini oleh keluarga mangsa terbabit untuk memberi penghargaan ke atas pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia, PDRm yang berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka.
Bagaimana pun, perihal mengenai wang tebusan, pihak keluarga mangsa telah diarahkan pihak berkuasa tidak dibenarkan memberi sebarang penjelasan kepada media.- CARI Infonet
sumber berita: https://www.malaysiakini.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-LTS replied at 15-6-2016 02:06 AM
Oleh : TS LOO
Canadian dah mampus sbb enggan bayar wang tebusan... |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mustahil seleepas ini mereka memeluk islam setelah menyaksikan pegangan agama dan kesantunan abu sayyaf mengikut islam the way of life... |
|
|
|
|
|
|
|
apa ni rakyat sarawak, bangsa johor |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak fikir cuma indon saja yg mampu melepaskan tawanan warga mereka...rupanya indon belum cukup mendunia lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|