Jakim: Mi Ramyeon Korea halal, tiada DNA babi
13 Jun 2016, 6:07 petang
Mi segera Ramyeon daripada Korea mempunyai tidak mempunyai bahan meragukan dan mempunyai sijil halal Persekutuan Muslim Korea (KMF), menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kenyataan bahagian hab halal jabatan itu menjelaskan pengeluarnya patuh terhadap piawaian ditetapkan, malah pemantauan berkala turut dilaksanakan.
“Kenyataan ini diperkukuhkan lagi, turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia yang mana tiada DNA babi dikesan pada produk tersebut,” katanya.
KMF satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim.
Jakim juga menasihatkan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan status makanan segera itu – yang turut viral dan “menerjah” akaun hab halal Jakim.
Maklumat palsu itu antaranya mendakwa terdapat kesan babi dalam produk itu.
VIRAL MEE SEGERA RAMYEON - SAMYANG:- BHG III Viral mengenai status halal produk ini kembali menerjah akaun FB Bahagian Hab Halal. Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim. Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini. KMF mendakwa bahawa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut. Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |