CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1610|Reply: 1

[Tempatan] Najib Serah Zakat Kumpulan Felda Bagi Tahun 2015, RM16.38 juta

[Copy link]
Post time 9-6-2016 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 9-6-2016 10:29 AM

Oleh Izzah Abbasy

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan zakat Kumpulan Felda bagi tahun 2015 berjumlah RM16.38 juta kepada 13 Pusat Zakat Negeri.

Najib menyerahkan bayaran itu kepada wakil pusat-pusat tersebut yang antara lain terdiri daripada menteri besar, ketua menteri dan anggota exco kerajaan negeri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana.


Hadir sama ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Presiden dan CEO Felda Global Ventures Holdings Berhad, Datuk Zakaria Arshad; Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah juga menyampaikan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting; dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin, Klang.

Najib dan Rosmah kemudian bersama tetamu menunaikan solat sunat Tarawih. - CARI Infonet

Kredit : Bernama




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 02:49 PM | Show all posts
ni dari duit 2.6bil tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.396007 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list