CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77613|Reply: 763

CINTA 11 SYARAT (AQASHA , BELLA DALLY) ASTRO MAYA [Isnin-Jumaat 6pm]

[Copy link]
Post time 7-6-2016 10:02 PM | Show all posts |Read mode





JUDUL : CINTA 11 SYARAT

EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Jun 2016
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly, Anne Abdullah , Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Cinta Deline, Syamin Azlah, Kazar, Delimawati, Helmi Husaini, Syahera Manrose, Kuna Muzaini, Lazizah Ahmad, Noor Ismaliza

WATAK PELAKON
Aqasha sebagai Haziq
Bella Dally sebagai Rasya
Iqram Dinzly sebagai Syahrie
Anne Abdullah sebagai Saodah
Farisha Irwayu sebagai Jannah
Afifah Nasir sebagai Hana
Cinta Deline sebagai Syairah
Syamin Azlah sebagai Jaslene
Kazar sebagai Pak Omar
Delimawati sebagai Mak Eton
Syahera Manrose sebagai Abirah
Kuna Muzaini sebagai Laila
Idan sebagai Haziq
Lazizah Ahmad sebagai Markonah
Noor Ismaliza sebagai Mak Siti

LAGU TEMA / OST CINTA 11 SYARAT
Lagu : Katakan
Artis : Harris Baba
Video & Lirik : Link


SINOPSIS CINTA 11 SYARAT
Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2016 10:07 PM | Show all posts
ost  

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Best jg layan cerita ni sbb ada aqasha..n bella not bad too..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Best jg layan cerita ni sbb ada aqasha..n bella not bad too..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh..sinopsis novel rasha terlanjur ek..

Dlm drama ni, diorg kantoi berpegang2 tepi sungai je kn..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 8-6-2016 05:39 AM
Oh..sinopsis novel rasha terlanjur ek..

Dlm drama ni, diorg kantoi berpegang2 tepi sungai je kn..

Rasya kena rape
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2016 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tiey replied at 8-6-2016 05:43 AM
Rasya kena rape

Dlm drama pun ada kne rape ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:35 PM | Show all posts
tq2 TT buka ghomah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh bce novel ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari semlm tercari2 thread ni.. Tq tt tolong bukak..

Rasya kena rape ke? Episod semlm x ada bgtau pun.. Cuma syahrie pegang bahu Rasya je..

Best gak citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:35 AM | Show all posts
menachi replied at 8-6-2016 11:04 AM
Dari semlm tercari2 thread ni.. Tq tt tolong bukak..

Rasya kena rape ke? Episod semlm x ada bgtau ...

dia tukar cerita ni jadi camtu je kot. sbb eton suka selfie terhantar gambar syahrie slumber badak pegang bahu rasya.

cerita ni best. walaupun belum part haziq aka komeng offer diri nak kawin dengan rasya..

aku rasa aqasha dgn bella dah bagi 'rasa' kat aku semalam..

hati aku bunga2 kot..bella daly pandai belakon la.. aqasha x yah cakap la..memang memenuhi expectation. adik anzalna afifah pun x nampak fake ataupun annoying.

aku anticipate cerita ni lebih dari cerita irham gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:46 AM | Show all posts
sambil masak..sambil intai jeling2 tv..best gak sebab ade aqasya..cool n slumber ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 10:03 AM | Show all posts
aireen24 replied at 9-6-2016 09:35 AM
dia tukar cerita ni jadi camtu je kot. sbb eton suka selfie terhantar gambar syahrie slumber badak ...

Muahahaha.. eton tu over bebenor selpie sampai ke dlm utan...
aku mmg x baca/beli novel melayu sejak dua menjak ni sebab banyak sgt jalan cerita cliche.. xleh nak hadam..
Elok gak diorang tukar bab rogol tu kalau tak lebih kurang ngan jalan cerita Nora Elena

Citer ni pun aku tertgk dah episod ke-2 terus jatuh ati ngan lakonan diorang especially Aqasha la..
cuma lakonan gf syahrie tu ada sikit kayu...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 10:19 AM | Show all posts
layan citer ni sebab aqasha. tapi mcm potong mood lah si bella ni berlakon. tak berapa nak best.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah x suka ngan aqasha ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Best pula lyn cerita ni..xsabar arini tgu aqasha offer nk kawen tu...cerita ni psl org2 biasa ni..i suka la..si iqram aka abg ri knp ehh mental sgt? Bhy tol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 08:04 PM | Show all posts
besttt...i is minat tgk aqasha berlakon dr dlu lagi..bella pun not bad..ayu je
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita yg boleh lyn..cinta mati betul aqasha kat bella..huhu..biar xmeletop top2 mcm dsh pn i suka..tenang sket tgk..hihi..aqasha forever romantik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh lama gila x tengok citer rakyat biasa ni. Selama ni asyik tengok hero jadi CEO je. Tak pun citer orang kaya raya memanjang
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 11:53 AM | Show all posts
bila ai nak start pollow drama nie....x sempat langsung nak tgk...ptg memang la...hadap jem nak balik rumah dh berjam...malam dengan terawih....nak masak utk sahur lagi....adoiii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.123673 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list