CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3779|Reply: 4

Buat Tatapan Majlis Raja2 - Tuanku Adalah Cabang ke 4 Negara

[Copy link]
Post time 2-6-2016 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 2-6-2016 10:15 PM




Buat Tatapan Majlis Raja2 - Tuanku Adalah Cabang ke 4 Negara, Harapan Terakhir Rakyat ! ( Video Hanif Khatri )




Dalam artikel terbaru Chedet # 2140 - Deklarasi Rakyat, selepas Tun Mahathir menyenaraikan semula ( untuk kesekian kalinya tanpa jemu ) antara sebab2 kenapa najib perlu diundurkan. Selain dari skandal 1MDB dan duit 2.6 bilion yang dimiliki Najib tanpa penjelasan yang boleh diterima akal, Tun juga menyebut kesalahan Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya sebagai PM di mana terhapusnya prinsip semak dan imbang ( check and balance ) bilamana 3 cabang utama negara telah dicabulinya -

4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.

Rakyat sudah tidak punya ruang lagi untuk mengadu, maka wujudlah Deklarasi Rakyat yang mengharap cabang negara terakhir, yang selama ini kita take for granted sebagai memenuhi tugas adat istiadat Melayu dan Islam semata2, iaitu Majlis Raja2 @ Yang Dipertuan Agong.


27. Walaupun tidak ada peruntukan untuk Raja-Raja bercampur tangan, namun terdapat cara dan kaedah untuk Raja-Raja menyelamatkan negara ini dari segala penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri Najib.

Kebetulan semalam dalam temuramah saya bersama peguam Hanif Khatri di mana beliau memberi pandangan mengenai isu 1MDB @ Goodstar dan mengenai Laporan ketua Audit yang masih di OSA kan( KLiK ) , ada satu segmen mengenai Kuasa Majlis Raja2 @ Yang DiPertuan Agong vs cabang Eksekutif.

Saya siarkan segmen itu di bawah dan sama2 kita fahami pandangan penting dari Peguam Hanif Khatri ini -


Tiga Hujah Majlis Raja2 Berkuasa Imbangi Kuasa Eksekutif ( PM )




KLiK untuk ke Youtube

Mana2 negara punya 3 cabang kerajaan iaitu pihak kementerian atau Eksekutif, pihak penggubal undang2 atau Parlimen dan pihak Kehakiman atau Judiciari.

Ketiga2 cabang ini diharap dapat menyemak dan mengimbang ( check and balance ) kuasa masing2. Maknanya kalau ada mana2 pihak salah satu kuasa ini menyalahgunakan kuasa, pihak yang satu lagi boleh memperbetulkan kesilapan tersebut melalui kuasa2 yang ada.

Di Malaysia kita mengamalkan sistem Parlimen Beraja, di mana kuasa Raja diperuntukkan secara khusus di dalam Perlembagaan seolah2 sebagai satu lagi cabang, yang ke 4 dalam menyemak dan juga mengimbangi kuasa pihak2 lain.

Sekarang ini bila isu salahlaku kewangan atau salahlaku perjawatanan di dalam kerajaan menjadi satu permasalahan, maka kita perlu lihat samada Raja2 yang kita hormati boleh mengambil langkah2 yang perlu didalam Perlembagaan.

Daripada Perkara 36 - 42 ( dari Perlembagaan ), terserlah kuasa Majlis Raja2 dan Yang diPertuan Agong.

Pertama - mana2 Menteri terutamanya Perdana Menteri sebelum mengambil jawatan akan pergi mengadap ke hadapan Yang diPertuan Agong untuk mengangkat sumpah. Dalam sumpah tersebut beliau berikrar untuk menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan undang2 dan peruntukan perlembagaan.

Apabila perkara ini dimungkiri persoalannya adalah, bukankah dia mengengkari sumpah tersebut ? Dan apabila sumpah tersebut dipercaya diengkari, maka semestinyalah pihak di hadapan mana dia mengangkat sumpah tersebut, mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa2 proses untuk menentukan Perdana Menteri mematuhi ikrar yang telah diambil.

Kedua - di dalam Perlembagaan dinyatakan Majlis Raja2 yang mana melantik Agong setiap 5 tahun berhak untuk berbincang hal2 yang menjadi isu, polisi kerajaan sekalipun. Iaitu isu yang di dalam bidang Eksekutif menteri sekalipun, Majlis Raja2 berhak untuk mempertimbangkan, bukan saja berbincang,

"Mempertimbangkan" membawa maksud langkah positif  yang selepas perbincangan. Mereka tidak hanya berbincang kemudian selesai, mereka boleh mengambil langkah seterusnya selepas pertimbangan dibuat, berpandukan kepada budibicara Majlis Raja2 menurut kuasa yang ada.

Mereka boleh mempertimbangkan mana2 isu yang dirasai sesuai dan penting yang menyentuh isu rakyat, boleh dibangkitkan oleh Majlis Raja2.

Dengan sebab itulah Majlis Raja2 telah mengeluarkan perintah dan titah Raja2 kepada kerajaan untuk melihat dan menyelesaikan isu 1MDB dalam bulan Oktober tahun lalu.

Titah Majlis Raja2 adalah menurut Perlembagaan. Ia bukan semata2 mengikut adat istiadat bangsa Melayu tapi telah disahkan melalui Perlembagaan. Jadi apabila Raja telah bertitah, maka di manakah tanggungjawab kerajaan untuk mematuhi titah tersebut ?

Majlis Raja2 boleh meminta Yang DiPertuan Agong untuk melaksanakan tanggungjawab dan juga kuasa Agong untuk mengarahkan Perdana Menteri mengadap tuanku untuk menjawab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap Perdana Menteri di bawah ikrar yang dilafazkan.

Ketiga, Perdana Menteri adalah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Menurut perlembagaan, ianya adalah budi bicara mutlak Yang DiPertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri. Tidak ada sesiapa boleh mencemari budi bicara ini.

Satu2nya formula yang ada berhubung dengan cara bagaimana budi bicara ini dijalankan mengatakan, di dalam pandangan dan kepercayaan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, mana2 orang ahli parlimen yang baginda tuanku mempercayai mempunyai konfiden majoriti dalam Parlimen hendaklah dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tidak ada formula yang mengatakan bahawa semestinya dia Presiden mana2 parti. Itu adalah satu adat. Kalau tidak ada masalah lain, tidak ada isu lain dan tidak ada perkara lain maka semestinyalah baginda tuanku akan mematuhi kehendak rakyat yang memilih mana2 parti yang memiliki majoriti untuk melantik Presiden parti tersebut.

Tapi jangan kita salah anggap bahawa itu ada dinyatakan dalam Perlembagaan ! Atas dasar tersebut, apabila dan sekiranya baginda tuanku berpendapat dalam budibicara mutlaknya bahawa Perdana Menteri tersebut telah hilang kepercayaan majoriti Parlimen, maka kuasa Yang diPertuan Agong untuk melaksanakan apa yang perlu di bawah Perlembagaan.

Di atas ketiga2 isu inilah saya mengatakan bahawa di bawah perlembagaan kita, Majlis Raja2 dan baginda Tuanku mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab dan kuasa untuk memeriksa dan mengimbangi kuasa eksekutif.


                                             **************************

28. Rakyat mengharapkan Raja-Raja untuk menyelamatkan Malaysia.

29. Saya yakin Raja-Raja tidak akan mengecewakan mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2016 12:13 PM | Show all posts
Sultan semua tak suka itu pak nyanyok
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 01:56 PM | Show all posts
si-buta replied at 3-6-2016 12:13 PM
Sultan semua tak suka itu pak nyanyok

ye ke tak suka. kenapa ek?

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
watie_na replied at 3-6-2016 01:56 PM
ye ke tak suka. kenapa ek?

Pasai pak nyanyok punye pasal kuasa raja2 di kurangkan...la ni nak mintak raja2 jadi penyelamat..,
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 02:41 PM | Show all posts
nour2001 replied at 3-6-2016 02:32 PM
Pasai pak nyanyok punye pasal kuasa raja2 di kurangkan...la ni nak mintak raja2 jadi penyelamat..,

oooo... ok. nak kena backlog balik kuasa apa yg dihadkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 1.120734 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list