View: 2212|Reply: 9
|
Selfie Dengan Kucing, Tidak Haram Di Sini - Mufti N9
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Jika sebelum ini masyarakat terkejut dengan fatwa pengharaman bergambar dengan kucing yang dikeluarkan oleh ulama Arab Saudi, namun rasanya kini anda boleh menarik nafas lega.
Ini kerana Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad telah menjelaskan tindakan merakam gambar kucing dalam dalam bentuk foto merupakan sesuatu yang harus.
Malah, tiada nas dalam al Quran atau hadis yang melarang perkara seperti itu. Beliau menjelaskan menerusi portal Sinar Harian.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah melatah. Berdasarkan penelitian dan pemahaman saya, beliau mengharamkannya disebabkan bimbang trend dari Barat itu menular di Arab Saudi. Ini yang saya tidak faham… mengapa beliau perlu takut?
“Sedangkan sahabat Rasulullah SAW sendiri dinamakan sebagai Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing kerana terlalu menyayangi haiwan berkenaan.
"Apatah lagi kucing memang menjadi peliharaan di negara ini. Cuma kebetulan trend itu dipopularkan oleh Barat,” katanya.
Oleh itu, boleh disimpulkan pengharaman selfie atau bergambar dengan kucing itu tidaklah terpakai di negara ini. Jadi jangan bimbang ya! - CARI Infonet
Sumber: Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke arab tu sekutu amerika ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Bencohen at 1-6-2016 05:20 PM
Bini check handphone laki tak haram jugak ke kat malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
lega, sok phone baru sampai. boleh lah selfie bebanyak wuhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lol. Banyak jenis agama Islam. Matilah ummah semakin keliru
................. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka kucing tapi tak suka selpie..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
I suka kucing tp jrg selfie ngan kucing. Kalau snap pic kucing semata2 mmg hobi le |
|
|
|
|
|
|
| |
|