Sikap pemandu di kalangan rakyat negara ini ketika berada di lebuh raya sememangnya amat menyedihkan.
Memandu dalam keadaan bahaya, melebihi had laju dan paling teruk memandu di lorong kecemasan. Semua ini menunjukkan betapa ceteknya kesedaran sivik di kalangan pemandu tersebut.
Seorang netizen telah berkongsi sebuah kisah yang sangat mendukacitakan. Tanpa berselindung dia melabelkan pemandu yang pentingkan diri lalu di lorong kecemasan sebagai pembunuh. Ya, pembunuh!
"Sesiapa yang ikut lorong kecemasan masa itu, dukacita aku nak maklumkan bahawa kalian adalah pembunuh."
Satu kemalangan melibatkan penunggang motosikal telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan, kelmarin menyaksikan kesukaran pihak ambulans tiba kerana lorong kecemasan yang digunakan penuh dengan pemandu pentingkan diri ini.
"Kemalangan (berlaku) pukul 3.30 dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat-dekat pukul 6. Semua disebabkan pembunuh-pembunuh yang tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan."
"Masa ambulans sampai, mereka dan kurang respons dan semakin lemak. Sekarang di Hospital Seremban dan kami pun tak tahu apa keadaan mereka sekarang."
Begitulah antara yang diluahkan oleh netizen yang sangat prihatin ini.
Memang sangat menyedihkan kerana pihak ambulans boleh tiba memberikan bantuan lebih cepat jika semua pihak beri kerjasama dan juga laluan.
Bagi yang sering melalui lorong kecemasan, bila lagi anda mahu sedar? Takkan nak tunggu keluarga sendiri menerima nasib yang sama? - CARI Infonet
Post time 23-5-2016 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
To be honest,I pun pernah lalu emergency lane dr gopeng sampailah ke penang ms raya ke 4 tahun lps.gara2 terlampau nervous baby meragam.first time parent la katekan.gelabah x tentu pasal.tp seriously I rs sgt bersalah time tu..
patutnya ambulance kena reinforced body...then govt beri authority utk sodok je mana2 kereta yang ikut lorong kecemasan tu...dah lama aku fikir bnda ni...patutnya lah kan....
buat ja palang besi yg boleh terbenam sendiri kalo xde sesiapa lalu kt situ,
bila keta masuk je palang besi tu naik otomatik, so kete2 tu mesti tersangkot kt atas palang tu hahaa
mmg jahanam sesape yg guna emergency lane ni. aku ni walau jem dan nak exit simpang depan tu je aku tetap beratur ikut line sampai betul2 exit baru aku belok. lagi satu aku pantang, tgh2 jem ada yg mencucuk datang dari lane emergency. byk cantik orang lain penat2 beratur ko amik shortcut. aku hon kan aje makhluk2 cmni.
sampai jam 9 still jem lagi menghala tempat kejadian.. driver yg guna emergency lane nak cucuk masuk depan ai mmg dapat jelingan maut la.. pi belajar sivik dulu baru nak masuk depan ai...
aku tanya kat korang2 yg selalu bawak motor kat hway..
kalo ada kete berhenti tepi hway, kat lorong kecemasan..
mmg tak boleh agak ke kete tu tgh berhenti atau tengah bergerak?
selalu sangat dengar citer begini..
motor langgar lori/kete yg rosak kat lorong kecemasan..