CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 8

Tragedi MH17: Najib Ke Rusia Jumpa Putin

[Copy link]
Post time 20-5-2016 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Hingga kini tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Timur Ukraine belum menemui jalan penyelesaian. Bagaimanapun Malaysia tetap berpendirian mahukan kes itu diselesaikan sampai penghujungnya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, beliau memaklumkan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin bahawa kerajaan mahu memastikan segala tindakan adalah berdasarkan proses keadilan yang boleh memberi kepuasan kepada keluarga mangsa.


"Sehubungan itu, kita bersetuju supaya sebarang langkah selanjutnya hanya akan dibuat selepas pembentangan laporan berhubung siasatan dalam unsur jenayah oleh Pasukan Penyiasatan Bersama Oktober depan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.


Najib berkata, dalam pertemuan 30 minit itu beliau dan Putin juga mengambil maklum hubungan perdagangan kedua-dua negara walaupun memuaskan tetapi tidak sampai ke tahap memberangsangkan dan usaha perlu ditingkatkan bagi merebut peluang yang terbuka luas. Oleh itu, katanya, Malaysia berhasrat untuk meneroka peluang menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan lima negara Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU), termasuk Russia.


Menurut Perdana Menteri, Putin pula melahirkan hasratnya supaya kerjasama meluas dapat dilaksanakan dalam bidang ekonomi, teknikal, pendidikan, pertahanan dan menangani isu keganasan melampau seperti Kumpulan Negara Islam (IS). Beliau juga menyatakan kesediaan Russia membekalkan peralatan pertahanan jika Malaysia ingin meningkatkan lagi keupayaan pertahanan kita," katanya. Mengenai kerjasama dalam bidang pelancongan, Najib berkata kedua-dua pihak bersetuju kemungkinan mewujudkan semula penerbangan terus Kuala Lumpur-Moscow, selain meningkatkan kekerapan penerbangan sewa khas.


Pesawat Boeng 777-200 itu ditembak menggunakan peluru berpandu jenis 9N314M dilancar oleh BUK di ruang udara Donetsk yang dikuasai pemberontak Ukraine menyebabkan 283 penumpang dan 15 anak kapal terkorban, termasuk 44 warga Malaysia. - CARI Infonet.






Sumber : www.bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2016 10:04 AM | Show all posts
bukan sbb ni la
perbincangan mh17 tu topik sampingan je la

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebamnya Pee Em aku nih. 370, 17 tak setel setel.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 10:19 AM | Show all posts
pertemuan pun 30 minit je
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ada agenda lain le tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Padahal depa pun dh lupa pasal mh370 17 tu sume
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 01:54 PM | Show all posts
Babushka mama Birkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2016 02:21 PM | Show all posts
Sembang kencang je pemimpin ni semua. Konon dia pembela utk tragedi mh17.  Taik je kau jaga tembolok sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.072031 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list