CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5056|Reply: 5

Tentera Laut AS Bakal Miliki USS Zumwalt, Kapal Pemusnah Terbesar

[Copy link]
Post time 17-5-2016 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Amerika Syarikat memiliki sebuah armada laut yang sangat besar dengan jumlah kapal perang terbanyak selain Rusia dan China.

Terbaru, Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) akan memiliki kapal pemusnah berteknologi tinggi dan tercanggih, USS Zumwalt, pada minggu depan.


Zumwalt merupakan kapal perang kelas baharu yang pertama dibina di Bath Iron Work sejak kapal pemusnah, Arleigh Burke, digelongsorkan ke Sungai Kennebec pada 1989.  Dermaga itu dijangka menyerahkan kapal pemusnah tersebut kepada tentera laut AS pada minggu depan.

Bentuk kapal dengan pelbagai sudut itu membuatkannya 50 kali lebih sukar dikesan radar, kuasanya diperoleh menerusi elektrik yang dijana oleh turbin-turbin yang sama digunakan oleh pesawat Boeing, B777, senjatanya direka supaya boleh menyasarkan sasaran pada jarak 100 batu (161 kilometer), automasi tercanggih akan membolehkan kapal yang besar itu dikendalikan dengan bilangan anak kapal yang kurang berbanding kepal pemusnah generasi masa kini.

Kos akhir untuk membina Zumwalt dijangka sekurang-kurangnya AS$4.4 bilion.

Konsep awal untuk kapal pemusnah serangan darat itu dicetuskan lebih daripada 15 tahun lalu ketika beberapa perubahan dilakukan. Rekaan akhir diputuskan untuk membina sebuah kapal pemusnah dengan bentuk 'stealthy' dan menggunakan sistem senjata terkini yang boleh melancarkan peluru dengan sasaran yang tepat.

Bagaimanapun peningkatan kos memaksa tentera laut mengurangkan progam asal dengan pembinaan 32 buah kapal kepada tiga buah kapal. Berikutan tiada skala ekonomi telah mingkatkan kos pembinaan kapal tersebut.

Kerja-kerja pembinaan yang perlahan serta peningkatan kos memeranjatkan apabila Pejabat Perakaunan Awam memberi amaran bahawa tentera laut cuba menyerapkan terlalu banyak teknologi baharu ke dalam kapal itu.

"Membina Zumwalt merupakan satu cabaran kerana ia membabitkan semua teknologi baharu, tetapi percubaan di lautan menunjukkan ia adalah sebuah kapal perang kelas baharu dengan keupayaan yang unik," kata penganalisis kanan pertahanan Lexington Institute di Virginia, Loren Thompson.

Sebahagian daripada 143 anak kapal telah berada di Bath lebih daripada dua tahun untuk menyediakan diri bagi mengendalikan kapal itu.

Para kelasi terus menyambung latihan untuk menyediakan diri berkhidmat di atas kapal yang akan ditauliahkan secara rasmi sebagai USS Zumwalt pada Oktober ini di Baltimore, kata Kirk. Dari situ, kapal tersebut akan belayar ke San Diego untuk menjalani beberapa ujian lagi.


Memang canggih, rekabentuk kapal pemusnah ini pun antara termoden saat ini. Adakah dengan penerimaan kapal pemusnah ini akan membuatkan "musuh" Amerika Syarikat mula "goyang"? - CARI Infonet.















Sumber - malaysiagazette.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 12:48 PM | Show all posts
kalau akak kan nak musnahkan kapal ni guna teknologi EMP

tapi berbentuk laser

sebab EMP dapat hapuskan electricity

jimat peluru
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 11:20 AM | Show all posts
stealth kat radar jer..fizikal orang masih leh nmpk..kalo letak c4 banyak2 tengelam gak kapal nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 10:06 PM | Show all posts
Bukan dh lama terima....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 11:01 PM | Show all posts
Malaysia plak...kapal selam cokia yg najib beli pukal dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha najib kan suka bekas orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053035 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list