|
ladyFinger12 posted on 24-4-2013 11:30 AM
Liurnya ditelan perit. Wajah Najiha, gadis yang telah berjaya menempati kekosongan hatinya, gadis ...
Nak like seribu kali
|
|
|
|
|
|
|
|
---edited---- Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 12:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
pengsan terus fahmi pasni...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Jiha..."
Membundar luas kedua biji mata hitamnya. Wajah temannya direnung tak berkesip. "Aku dah warning kau Eddie.... jangan ganggu Jiha."
"Aku tahu... tapi aku tak boleh lupakan dia. Dia asyik hadir dalam ilusi aku. Aku rasa macam dah nak gila. Aku pejam mata nampak dia. Aku tutup mata pun nampak dia." Eddie membalas renungan Fahmi.
Fahmi meraup wajah. Sungguh dia tak menyangka semua ini akan berlaku. Memang dia mengharapkan Eddie berubah dan menerima kaum hawa di sisi, tapi bukan dengan Jiha. Eddie tak layak buat gadis sesuci Jiha.
"Kau tak sukakah aku berubah, Fahmi? Atau hati kau sebenarnya ada pada aku?"
Soalan Eddie mematikan kata-katanya. Mulutnya menggumam, kelu. Ah! Dia sendiri tak pasti tentang hatinya.
"Tapi Jiha gadis yang terlalu baik. Kau tak layak untuk dia."
"Apakah aku tak layak mengecap bahagia?"
Fahmi kembali terdiam. Liurnya ditelan dalam kepayahan.
"Kau ada perasaan terhadap aku, Fahmi?" Soal Eddie. Fahmi membungkam cuma.
"Jadi betullah selama ini kau tak pernah ada hati terhadap Dona pun, kan? Malah dengan Jiha pun tidak." Rantaian soalan dari Eddie terus mengelukan lidahnya. Kata-katanya hilang dikulum bibir yang terkunci rapat. Sungguh dia keliru...
"Fahmi!" Tubuhnya yang tadinya bersandar pada kepala katil, ditegakkan pula. Kedua tangannya memaut kejap bahu teman tapi mesranya itu. Lantas wajah suram itu direnungnya dalam-dalam. Mata yang berkaca menggambarkan isi hati sebenar pemiliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 24-4-2013 03:46 PM
"Jiha..."
Membundar luas kedua biji mata hitamnya. Wajah temannya direnung tak berkesip. "Aku dah ...
Ayo, amma, appa fahmi why why why, tell me why
|
|
|
|
|
|
|
|
Fahmi menunduk. Puas dia cuba menolak kehadiran cinta songsang. Benar kata Eddie, mulutnya boleh menafikan tapi hatinya tidak. Hatinya tak mampu menipu. Kedua tangan Eddie di bahu ditepis perlahan. Kemudian dia berpusing. Menghindari wajahnya dari renungan mata Eddie yang mencengkam jiwa, dan memanah asmara. Gelodak jiwanya semakin membara.
Sebuah keluhan berat yang panjang dilepaskan. Betapa sukarnya memenjara naluri bagi memelihara nurani. Mukanya diraup sambil menyeka mata yang berkaca. Sesungguhnya pengakuan Eddie mengundang rasa cemburu. Ah! Dia kena kuat dalam menahan godaan perasaan yang menerpa.
Eddie beralih duduk dan menghampiri Fahmi. Sebelah tangannya memaut kembali bahu Fahmi. Buat beberapa detik lamanya kedua teman tapi mesra itu dilingkari kebisuan. Suasana tiba-tiba jadi hening. Masing-masing melayani kata hati yang menerawang entah ke mana.
Nafasnya Eddie hela berat. Tangan Fahmi digenggamnya erat. "Kau kata kita kena kuat. Atas dorongan semangat dari kau dan Jiha, aku cuba melepasi halangan ini. Dan aku rasa aku semakin mampu. Aku ingat selama ini kau tak main-main dengan keputusan kau. Setelah aku mula reda dan ingin melepaskan kau, kenapa kau mahu menoleh ke belakang, bro?" Sekali lagi dia menghela nafas berat. Kedengaran jelas di cuping telinga Fahmi keluhannya itu.
"Tolong, jangan semarakkan kembali api yang sudah mula pudur. Aku tak sanggup lagi membiarkan nerakaku semarak menyala sehingga merentungkan nafsu dan jiwa. Aku sudah temui seseorang yang boleh mengguyur neraka aku, bro."
Tiada sebarang bicara dari Fahmi. Dia diam tak berkutik. Tangan Fahmi yang digenggam kuat ditarik rapat ke dada. Kemudian tubuh Fahmi didakapnya erat. Dakapan dari seorang sahabat bukan lagi kekasih. Dia benar-benar yakin akan itu. Sahabat yang selama ini telah berkali-kali cuba menyedarkannya untuk tidak terus terjerumus di lembah noda.
"Fahmi, kita sama-sama perangi gelora jiwa ini. Kau ada Dona, dan aku ada Jiha." Air matanya menitis, jatuh ke bahu Fahmi. Dan Fahmi nampaknya juga begitu. Sama-sama sengsara dalam perangkap naluri songsang yang sudah lama membelenggu diri. Sudah tiba masanya kedua insan terpilih yang diuji fitrah dari Allah ini kembali ke jalan yang lurus dan melupakan segala kisah silam yang hitam.
Astaghfirullahala'zim! Astaghfirullahala'zim! Istighfar adalah pendinding hati. Benteng pertahanan diri dari godaan syaitan. Fahmi tahu dia harus pasrah dan sedia melepaskan...
TING TONG... |
|
|
|
|
|
|
|
fahmi tak pengsan...usu yg pengsan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah hagak! Kalau takde feeling bagai...awat duduk serumah?
Pssttt Lady...setahu iols...Gayah tak panggil 'Bro' sesama theyolss...
Tapi kes Eddie Fahmi ni tak tau le. Since Fahmi belum di 'apa-apakan' oleh Eddie so okay le kot penggunaan 'Bro' |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka saling berpandangan. Waktu-waktu begini, sama sekali mereka tak menjangkakan kedatangan sebarang tetamu.
Bunyi loceng yang sekali lagi ditekan memaksa Fahmi melepaskan tautan tangan Eddie pada bahunya. Dia bangkit dari katil dan keluar dari bilik Eddie.
"Rahul?" Terkejut dia dengan kedatangan tetamu yang tak dijangka-jangka. Hatinya tertanya-tanya bagaimana Rahul boleh mengetahui tempat tinggalnya. Seingatnya bukan sahaja Dona, Jiha juga tidak tahu.
"Berkali-kali aku call kau, kenapa tak jawab? Mesej pun kau tak balas."
"Err... sorry! Aku... aku tak perasan. Mungkin aku buat silent mode." Terpaksa bohong sunat nampaknya.
"Tapi, kenapa kau datang cari aku malam malam ni? Ada hal mustahak kah?" Jantungnya berdegup sebaik sahaja nama Dona melewati fikirannya.
"Siapa yang datang malam-malam ni, Fahmi?"
Bunyi suara yang bertanya menyebabkan bebola mata Rahul pantas berkalih lalu jatuh ke wajah pemuda yang sering dilihatnya bersama Fahmi di gym. Ternyata dugaannya selama ini tidak salah. Alamat internet protokol yang dikesannya tidak menipu. Mereka memang tinggal serumah. Wajah Fahmi, Rahul tenung dalam-dalam. Dahinya berkerut sementara mindanya cuba memproses sesuatu.
"Siapa tu?" Rahul menyoal untuk kepastian. Dia tak mahu meneka-neka dalam kesamaran.
"Err.. kawan." Fahmi serba-salah.
"Kawan?" Perkataan itu diulangnya dalam bentuk pertanyaan.
"Housemate." Fahmi memperincikan maksudnya.
"Atau skandal?" Soalan sinis itu terpacul sebaik sahaja dia melihat Eddie menghampiri. Dengan hanya memakai seluar bermuda paras betis tanpa berbaju Pelbagai andaian boleh terlintas pada minda. Apatah pula panggilan langsung tak berjawab dari siang tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 03:56 PM
Dah hagak! Kalau takde feeling bagai...awat duduk serumah?
Pssttt Lady...setahu iols ...
eddie belajar2 tukar panggilan... Jiha dah bertakhta di hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 24-4-2013 03:59 PM
Kalu dona dah takda...jiha lak dah berpunya...
Apa sudahnya diorg berdua nih....?...:' ...
cinta bertaut kembali....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 03:56 PM
Dah hagak! Kalau takde feeling bagai...awat duduk serumah?
Pssttt Lady...setahu iols ...
psstt...jadi apakah panggilan mereka tu nicki...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Fahmi menoleh ke belakang sebaik sahaja tauk langkah Eddie ditangkap gegendang telinganya. Terpinga-pinga Eddie melihat kedatangan lelaki tak diundang. Beberapa saat kemudian mindanya mula mencerna. Ini lelaki yang pernah dilihatnya bersama Najiha. Tapi, apakah hubungannya dengan Fahmi?
"I'm not sure how sincere your love for Dona. If all this while you just pretend that you love her, then this will be a good news... Dona is dying. She's in the icu. But it's ok if you don't come because you won't be able to see her anyway."
Sejurus dia menuturkan kata-kata itu, Rahul meninggalkan Fahmi tanpa menoleh lagi. Dan Fahmi berdiri kaku dengan kelopak mata yang terkejip-kejip memerhatikan Rahul berlalu.
**********
Fahmi duduk di birai katil bujangnya. Entah berapa banyak panggilan tak berjawab sudah diterimanya. Bukan saja dari Rahul, bahkan juga dari Jiha. Kemudian satu persatu mesej pesanan ringkas yang diterima dari Rahul dan Jiha dibacanya pula.
Where the hell are you? Answer my call.
Fahmi, Dona sedang tenat. Aku call kau banyak kali tapi kau tak jawab. Doakan kejayaan buat Dona melepasi saat getirnya.
Fahmi, Dona masih lagi koma.
Aku takut Fahmi. Aku tak sanggup kehilangan Dona.
Tak sanggup lagi dia membaca mesej-mesej pesanan ringkas yang seterusnya. Di depan matanya terbayang-bayang wajah Jiha yang sedang menangis. Terbayang juga wajah Dona yang sedang bertarung dengan ajalnya. Sungguh dia kesal kerana tak membalas panggilan dari Jiha mahu pun Rahul. Semuanya gara-gara melayani jiwa kacau yang dihadapi oleh Eddie sehingga dia langsung tak perasankan panggilan dan mesej yang masuk. Sebenarnya bukan Eddie sahaja yang jiwa kacau, malah jiwanya sendiri sedikit tergugat.
Jam yang tergantung pada dinding biliknya direling. Sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Hendak menelefon Jiha pada waktu ini, dia bimbang sekiranya sahabatnya itu sudah tidur. Puas bermenung, Fahmi bingkas dari katil. Dia menuju ke bilik air di luar biliknya. Dia mahu mempersembahkan hajatnya kepada Ilahi. Hanya kepada-Nya saja tempat dia memohon pertolongan dan perlindungan.
**********
edited: duhh... lady sendiri dah kompius... Jiha dgn fahmi beraku engkau jahhh!
Last edited by ladyFinger12 on 24-4-2013 04:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|