|
"Harus difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.
Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak itu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya.
Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.
Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan. |
|