|
LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D
[Copy link]
|
|
pas ni bila plak akan kuaq statement "kickstart our season"?  |
|
|
|
|
|
|
|
poyo jer pak rapa nak tiru taktik Man Utd n Chelsick nak lawan arsengal last2 mungkos... 
Pak Rapa2 ape yg ko repek nie.. pakai taktik sendiri ler jgn ler nnt bg alasan tiru taktik org lain punca kekalahan fools...  |
|
|
|
|
|
|
|
Anfield gets a double dose of Gerrard
11th February 2010 – One of the world’s most famous footballers came face to face with himself today, as Steven Gerrard was introduced to his new wax figure on the famous pitch at Anfield. The footballer’s busy training schedule meant he was unable to get to London for the unveiling, so our team happily brought the figure to visit him at the famous home of Liverpool FC.
The football star’s figure is attired in a Liverpool kit which Gerrard donated along with his football boots. When the figure returns to London on Sunday (14th February) it will be positioned nearby England team mates David Beckham and Wayne Rooney in our interactive Sports Zone. You will be able to test your own skills with a fun soccer shootout over half term next week.
Gerrard is the first footballer to gain entry into Madame Tussauds since Wayne Rooney in 2005, and as well as his soccer colleagues, will be in the company of a host of sporting legends past and present - from Mohammad Ali and Jesse Owens to Sachin Tendulkar and Lewis Hamilton.
On meeting himself, Gerrard, who gave a sitting for the sculptors and was involved in the figure creation, said ‘It been an absolute thrill to have my very own figure within Madame Tussauds’.
Liz Edwards, our PR Manager said: “We very rarely ‘unveil’ our figures outside of the attraction in London so being in Liverpool at Anfield makes this a very special occasion. It is particularly appropriate that Steven joins the Madame Tussauds line up in World Cup year. His inclusion is in response to huge demand from the public and we know fans are going to enjoy getting up close to him in the run up to the competition in June.”
The figure took four months to create at a cost of £150,000. |
|
|
|
|
|
|
|
The Reds membara

LIVERPOOL - Selepas gagal beraksi pada pusingan kedua kempen Liga Juara-Juara, pengurus Liverpool, Rafael Benitez (gambar) tetap yakin anak-anak buahnya mampu beraksi cemerlang dalam saingan Liga Europa.
Liverpool sepatutnya beraksi dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara minggu ini tetapi mereka tersingkir secara mengejut selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.
Awal pagi esok, skuad The Reds akan menanti kunjungan kelab Romania, Unirea Urziceni di Anfield bagi menghadapi aksi pertama pusingan kedua Liga Europa yang sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA.
Ini adalah kali pertama Benitez membimbing Liverpool beraksi pada kempen kelas kedua di pentas Eropah itu sejak dia membantu Valencia memenangi gelaran Piala UEFA 2004.
Kini pengendali dari Sepanyol itu yakin Liverpool berkemampuan untuk melangkah ke saingan final yang akan diadakan di Hamburg, Jerman pada 12 Mei depan.
"Apabila kamu memiliki pengalaman, kamu akan memiliki kelebihan. Jelas sekali, kini saya perlu bertarung untuk gelaran itu (Liga Europa).
"Kami perlu positif dan menjadikan ia memihak kepada kami. Kami memperoleh peluang yang lain (beraksi dalam kempen Liga Europa) dan kami perlu berusaha untuk terus bermain dengan baik," kata Benitez.
Sementara itu, pengurus Everton, David Moyes menganggap peluang pasukannya untuk meneruskan kemaraan dalam tersebut masih terbuka luas.
Terdahulu, skuad kendalian Moyes sekadar mampu mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas kelab Portugal, Sporting Lisbon di Goodison Park.
Everton sepatutnya mencatat keputusan selesa untuk mara dalam kelompok 16 pasukan terbaik selepas memperoleh dua gol awal menerusi jaringan Steven Pienaar dan Sylvain Distin.
Bagaimanapun, Lisbon memperoleh satu gol hasil jaringan Miguel Veloso menerusi sepakan penalti pada minit ke-86.
"Kami seharusnya menang 3-0 tetapi ia tidak berlaku. Kini kami pula menghidupkan pula peluang mereka (Sporting)... inilah bola sepak," kata Moyes. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
boooooooooooooooooooooooo rapa!! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool, Juventus menang
PARIS: Pasukan pilihan, Liverpool memulakan kempen Liga Europa dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Romania, Unirea Urziceni, dalam perlawanan pertama pusingan 32 pasukan pagi tadi.
Juara Eropah sebanyak lima kali itu gagal menyempurnakan banyak peluang sebelum David Ngog memecah kebuntuan dengan gol kemenangan pada minit ke-81.
Pemain Perancis itu menanduk masuk dari jarak dekat selepas hantaran Ryan Babel dikembalikan Daniel Pacheco untuk memberi pasukan Rafael Benitez kelebihan tipis sebelum perlawanan kedua pada 25 Feruari.
Juara bertahan Piala UEFA, Shakhtar Donetsk tewas mengejut 2-1 kepada Fulham selepas Bobby Zamora menjaringkan gol kemenangan dengan rembatan kencang ke penjuru kanan gawang pada minit ke-63.
Gergasi Serie A, Roma pula tewas 3-2 kepada pasukan Greek, Panathinaikos.
Pasukan tuan rumah itu dua kali ketinggalan tetapi menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi Lazaros Hristodoulopoulos sebelum bekas penyerang Liverpool, Djibril Cisse merembat gol kemenangan seminit sebelum permainan tamat.
Terdahulu, dua gol daripada penyerang Brazil, Amauri memberi Juventus kemenangan berharga 2-1 ke atas Ajax di Amsterdam. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
David Ngog got on the scoresheet with his seventh of the season.
Scoring Summary | Liverpool | Unirea Urziceni | David Ngog (81) | |
Match Stats | | Liverpool | Unirea Urziceni | Shots (on Goal) | 21(11) | 4(1) | Fouls | 15 | 8 | Corner Kicks | 14 | 1 | Offsides | 1 | 0 | Time of Possession | 59% | 41% | Yellow Cards | 1 | 2 | Red Cards | 0 | 0 | Saves | 2 | 10 |
Match Information | Stadium: Anfield, England
Attendance: 40,450
Match Time: 20:05 UK
Official(s):
E Braamhaar (Referee)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik manang nasib.. |
|
|
|
|
|
|
|
ahhh.....wa malas nak komen..boring la |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik si ngog tu ada....patut boleh mng banyak goal lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ngog selamatkan maruah Liverpool

| Pemain liverpool, David Ngog (tengah) menanduk masuk gol bagi membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 menewaskan Unirea Urziceni di Anfield dalam saingan Liga Europa, semalam. - REUTERS
|
LIVERPOOL - Steven Gerrard menegaskan, Liverpool mampu mengatasi Unirea Urziceni dengan mudah apabila kelab England itu berkunjung ke Romania minggu depan.
Jaringan David Ngog cukup buat Liverpool mencatat kemenangan 1-0 pada pusingan pertama Liga Europa di Anfield, kelmarin.
Anak-anak buah Roni Levy ternyata tidak memberi laluan mudah kepada Reds sebelum Ngog tampil menyelamatkan pasukannya sembilan minit sebelum tamat permainan.
Setelah tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, Liverpool mengharapkan dapat mengatasi Unirea.
Gerrard berpendapat, juara Romania tersebut perlu lebih positif pada perlawanan timbal balik kedua menentang pasukan dari Merseyside itu.
Malah, pemain tengah England itu yakin Liverpool mampu mengharungi perlawanan Liga Europa dan sekali gus memenangi trofi pertama kelab itu sejak 2006.
''Mereka pasukan yang sangat liat tetapi kami sudah menjangkakannya. Mungkin kami perlu lebih klinikal tetapi kami mahu bermain dalam suasana yang lebih menyeronokkan di tempat lawan.
''Kami perlu bersabar untuk membolosi pertahanan mereka, lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan dan kami pula perlu menumpaskan mereka. Ia memang sukar tetapi kami yakin kami mampu mengatasi mereka,'' kata Gerrard.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez turut melahirkan keyakinan bahawa pasukannya mampu menewaskan Unirea pada perlawanan kedua nanti.
Dengan kemenangan tipis kelmarin, Liverpool bakal menghadapi lawan yang lebih getir apabila akan berkunjung ke Manchester City pada aksi Liga Perdana England, esok.
Namun begitu, Benitez tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.
''Kami memang menantikan gol dan kami berpuas hati apabila kami mampu melakukannya. Kami perlu menyerang kerana dengan cara itu ruang akan lebih terbuka dan mungkin kami juga perlu mengubah corak permainan kami.
''Dalam masa yang sama kami juga perlu mengekalkan rentak menyerang kerana mereka terus bertahan untuk menunggu peluang melakukan serangan balas.
''Ia amat penting menjaringkan gol dan tidak mudah mengaku kalah. Keputusan ini bukanlah yang terbaik tetapi ia masih boleh dianggap bagus,'' ujar Benitez.
Liverpool menewaskan Real Madrid 4-0 di Anfield, musim lalu, tetapi selepas itu mereka tewas sebanyak tiga kali di gelanggang sendiri untuk perlawanan peringkat Eropah.
Walaupun berjaya menewaskan Unirea, kelab itu masih gagal menjaringkan lebih daripada dua gol sejak September lalu.
Namun begitu, Benitez tetap optimis bahawa Liverpool sedang bergerak ke arah laluan yang betul.
''Anda tidak boleh bermain seperti mana ketika kami menentang Real Madrid dalam setiap perlawanan lebih-lebih lagi pasukan yang kami temui telah bertahan dengan baik sekali. Kami perlu bersabar,'' ujarnya.
Benitez turut menegaskan dia akan tetap bersabar menunggu pemain tengah, Alberto Aquilani yang dibeli dengan harga $20 juta paun (RM105.3 juta) bagi mempamerkan aksi terbaiknya di Liverpool.
''Dia perlu bermain lebih kerap, ini semua melibat jangka masa, memang sukar apabila lawan kita bermain dengan gaya bertahan dan ia akan menyebabkan kita gagal melakukan hantaran yang baik,'' kata Benetiz.
Meskipun pasukannya bermain dengan corak yang lebih berhati-hati di Anfield, Levy yakin Unirea mampu memberi masalah kepada Liverpool di Bucharest.
Jurulatih Israel itu yang baru sahaja mengambil alih tanggungjawab daripada Dan Petrescu pada Januari lalu, menegaskan, dia tidak terkejut menyaksikan Unirea mampu mengekang asakan Liverpool. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
seri lagi ngan man siti malam ni....
torres dah boleh main dah lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
emmmm..
rasa mcm tipis je harapan nak dpt no 4 ni..
aston villa dgn spurs plak menang mlm td..
nampaknya tahun ni tahun paling teruk liverpool.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shaun Wright-Phillips vies for possession with Javier Mascherano
Scoring Summary | Manchester City | Liverpool |
Match Stats | | Manchester City | Liverpool | Shots (on Goal) | 5(1) | 7(1) | Fouls | 9 | 15 | Corner Kicks | 8 | 6 | Offsides | 3 | 2 | Time of Possession | 44% | 56% | Yellow Cards | 1 | 6 | Red Cards | 0 | 0 | Saves | 1 | 1 |
Match Information | Stadium: City of Manchester Stadium, England
Attendance: 47,203
Match Time: 15:00 UK
Official(s):
Peter Walton (Referee)
|
* harap kad kuning jer sampai 6, gol satu pun tak de..  |
|
|
|
|
|
|
|
City, Liverpool buntu cari jaringan
MANCHESTER: Kedudukan tempat keempat bagi laluan ke Liga Juara-Juara masih menjadi realiti buat Manchester City walaupun sekadar mampu seri 0-0 ketika menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri, lewat malam tadi.
Dalam perlawanan lain, Aston Villa bertindak garang membelasah Burnley 5-2 di tempat sendiri - pencapaian yang membantu mereka terikat mata sama dengan Liverpool dan melonjak ke tangga keenam yang mungkin bertahan sementara andai Tottenham menewaskan Wigan.
Fulham turut ceria dengan kemenangan 2-1 ke atas Birmingham manakala Blackburn menewaskan Bolton 3-0 di tempat sendiri.
Aston Villa meningkatkan asakan untuk meraih tempat Liga Juara-juara dengan jaringan pertama Stewart Downing buat kelabnya menyuntik inspirasi bagi kemenangan besar 5-2 ke atas Burnley.
Pasukan bergelut, Burnley mengambil pendahuluan mengejut menerusi Steven Fletcher, tetapi Ashley Young menyamakan kedudukan sebelum rehat dan itu adalah isyarat buat Villa untuk bermaharajalela dengan empat gol dalam tempoh 12 minit separuh masa kedua.
Sementara itu, pengurus Blackburn, Sam Allardyce menolak bekas kelabnya, Bolton terperosok ke dalam zon bahaya selepas kemenangan di Ewood Park dengan gol daripada Nikola Kalinic, Jason Roberts dan Gael Givet.
Dengan Blackburn kekal di zon pertengahan, Bolton kini berada di tempat ketiga tercorot liga dan satu mata daripada kedudukan selamat selepas menang hanya sekali dalam lapan perlawanan liga sejak Coyle mengambil alih daripada Gary Megson. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
http://soccernet-assets.espn.go.com/design05/images/2010/0221/shaunwright-phillips,javiermascherano20100221_350x197.jpg
Shaun Wright-Phillips vies for possession with Javier Mascherano
S ...
along3746 Post at 22-2-2010 08:02 
Main macam budak sekolah. Apa yang Lukas dah jampi Pak Rapa?  |
|
|
|
|
|
|
|
game yg buhsan nak mampos...patut bg ngok main..baru besh... |
|
|
|
|
|
|
|
Man city nak beli gerard...
Katanye rega dlm 100m... |
|
|
|
|
|
|
| |
|