View: 31505|Reply: 9
|
Pakai tudung sekadar gaya je, Zahnita Wilson belum sedia nak berhijab
[Copy link]
|
|
Model dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, mengakui bahawa dirinya masih belum membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Perkara ini mula menjadi tanda tanya apabila Zahnita beberapa kali tampil berhijab dalam sesi fotografi dan turut menutup rambut dalam beberapa hantaran di Instagram.
Tampil anggun berhijab pada majlis pelantikannya sebagai wajah sebuah jenama kosmetik baru-baru ini, Zahnita menjelaskan bahawa ia sekadar gaya yang digayakannya buat masa ini.
"Saya masih belajar dan mencari gaya yang sesuai untuk diri sendiri.
"Saya belum bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya. Doakan yang baik-baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zahnita turut mengakui bahawa dirinya sudah bersedia jika kes perceraiannya dengan suami, Abdul Zackery, 47, berlarutan di mahkamah.
"Nak buat macam mana, mahu atau tidak saya perlu bersedia sekiranya prosiding perceraian saya akan terus berpanjangan.
"Apapun saya berharap semuanya akan selesai secara harmoni dan tak perlu bergaduh. Saya cuma mahu 'dilepaskan' dengan baik," katanya.
Dunia hiburan dikejutkan pada 3 Disember tahun lalu apabila Zahnita nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang, susulan pendedahannya berdepan penderaan domestik.
Abdul Zackery ditahan pada hari yang sama bagi membantu siasatan, namun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan isteri.
Sebaliknya, Zackery mendakwa dirinya adalah mangsa keganasan sebenar dan mendakwa Zahnita sudah meminta cerai daripadanya sepanjang 20 tahun mereka berkahwin.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.
Sumber: Gempak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mental illness is real. toksah disanjung dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hope she’s doing good.. harapnye xde la masalah mental ke ape |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia cam kecut cam umur tua sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah itu bayang hati. Jika hati tidak tenang, memendam perasaan, kecewa dn stress, tentulah keceriaan tidak akan terpancar di air muka. Dukacita dan tak bahagia itu carilah puncanya, adakah oleh diri sendiri atau datangnya drp pasangan atau orang lain? Muhasabah, koreksi diri dn carilah jalan memperbaiki namun jgn biarkan diri dizalimi. Baik dn buruk, kita boleh memikirkannya seraya kpd Allah mohon ditunjukkan jalannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun sistur kenapa dah macam sotong kering je... kecut je kaka melihatnya...
anyway sheols kalau bertudung dapat tutup leher tu.. nampak anggun... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lawa2 tu semua filter la ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayg masak tu dia dah mekap pakai foundation ke, muka nampak tua. Ntahlah ramai je ofg ada masalah rmhtangga tapi takde lah teruk mcm ni. Aku agak dia ni mmg jenis cepat tua lah sbb suara cara cakap pun dah tua mcm makcik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar2 akbil mcm model tu dgn mekap filter lightning membantulqh nampak muda tp klu takde semua tu dah nmpk tua acikk ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|