"Buat masa sekarang saya kena kumpulkan semua tangkap layar yang diberikan orang ramai.
"Saya kena cetak semua tangkap layar itu untuk dijadikan bahan bukti.
"Laporan polis dan SKMM saya tetap akan buat walaupun individu itu tidak berada di Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Jaclyn meluahkan rasa kesal apabila namanya dikaitkan terlibat dengan kes jenayah.
Lebih memalukan apabila wajahnya disunting pada foto wanita berbogel yang digari polis.
Dalam perkembangan lain, album ‘Glorious’ yang memuatkan sembilan buah lagu dilancarkan bagi meraikan ulang tahun ke-20 Jaclyn sebagai penyanyi.
Tidak hanya memuatkan tujuh buah lagu berbahasa Melayu, Jaclyn memberitahu Glorious turut menampilkan dua karya berbahasa Inggeris khas buat peminat.
Ini termasuk versi berbahasa Inggeris lagu ikonik Jaclyn iaitu Gemilang.
Sumber: mStar