|
|
Nah, santapan rohani... iols gigih type semula. Kalo ikutkan artikel ni, tahun 2004. Cara citer si dia jeles tu mcm si dia keja cikgu pulak 
PENGALAMAN PUTUS CINTA
Mengimbas kembali pengalaman putus cinta, Zamani akui sedih, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bercinta dan memiliki isteri jika bertemu jodoh dalam tempoh terdekat.
"Dalam kamus hidup saya tak ada istilah putus asa, jadi selagi hidup saya perlu berusaha," katanya.
Ketika diminta mengimbas kembali pengalaman putus cinta, Zamani mengaku pernah melalui saat getir itu, kira-kira empat tahun lalu.
"Ketika itu saya berusia 29 tahun dan benar-benar berhasrat untuk menamatkan zaman bujang, tapi apakan daya jodoh kami tiada. Saya berkawan dengannya sejak awal pembabitan saya dalam bidang seni."
"Bagi saya, tempoh enam tahun bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Dalam tempoh itu, cukup untuk saya mengenali hati budinya, tapi apakan daya perpisahan akhirnya terjadi, walaupun berat untuk saya terima, sebagai hambaNya saya harus redha dengan ketentuan Allah," katanya.
Malah untuk melupakan kisah silamnya, Zamani akui banyak menghabiskan masa bersendirian dengan bermain gitar dan menyanyi, kerana baginya dengan cara itu jiwanya akan lebih tenang.
Zamani mengakui terpaksa akur dengan ketentuan tersebut kerana punca perpisahan terjadi adalah kerana dirinya yang sentiasa sibuk dengan karier sebagai artis.
"Sebagai artis jadual harian saya sentiasa penuh, jadi bukan mudah untuk si dia menerimanya. Saya tak punya banyak masa bersamanya, masa yang ada banyak saya luangkan bersama peminat."
"Ini kerana sebagai seorang artis, masa adalah harga yang perlu saya bayar, tapi si dia tidak dapat menerimanya, jalan akhir yang kami ambil adalah berpisah, sekalipun sukar untuk saya melepaskannya, namun saya harus tabahkan hati menerimanya. "
Bahkan, dia tidak dapat menerima sikap cemburu yang timbul dalam diri bekas kekasihnya itu.
"Yalah sebagai seorang wanita, sudah tentu dia akan berasa curiga sekiranya saya kurang meluangkan masa untuknya. Berikutan itu, timbul rasa curiga dalam hatinya, sekalipun puas saya terangkan keadaan sebenar padanya, namun dia tetap tidak dapat menerimanya dan menganggap saya berlaku curang padanya dan takdir yang menentukan segalanya akhirnya hubungan kami putus di tengah jalan." katanya.

Credit gambar: fans kuburan
|
|