Post Last Edit by adabintang at 21-4-2010 13:31
Marah Itu Tanda Ghairah
Aku ada kawan. Nama dia Farah. Farah suka warna merah dan Farah juga suka marah-marah. Bila Farah marah, muka Farah merah, tapi Farah tetap comel. Bila Farah marah, aku hanya pasrah lalu tunduk menyerah. Oh, Farah.
OK. Habis cerita pasal Farah. Aku memang sengaja memilih Farah sebagai penyeri entri ini. Ada sebabnya. Farah itu ertinya kegembiraan, dan kegembiraan itulah lawannya kemarahan. Bila Farah (kegembiraan) sudah menjadi milik kita, kita tak akan marah-marah lagi. Sungguh bahagia hidup kita dengan adanya Farah.
Marah Perempuan
Ikut satu kajian, orang yang suka marah-marah adalah orang perempuan. Orang perempuan memang murah dengan kemarahan. Sama ada kajian itu satu fakta atau pun auta, aku memang tak peduli. Aku ada pandangan aku sendiri.
Bagi aku, marah orang perempuan satu anugerah. Marah mereka jadi panduan arah. Marah mereka marah kerana sayang. Marah mereka adalah kata-kata yang ikhlas. Apa yang terpendam dalam hati mereka semuanya terluah, dan mereka akan rasa puas.
Bila perempuan marah, aku hanya pasrah lalu tunduk menyerah. Aku sanggup mengalah untuk mendengar luahan mereka.
Oleh itu, bila perempuan marah, jangan kita terus menyanggah. Cubalah untuk terus berada dalam keadaan stabil ketika perempuan sedang membebel.
Oh, aku rindukan bebelan emak aku. Sudah lama aku tak balik kampung.
Marah Lelaki
Kalau perempuan marah, aku boleh faham. Tapi kalau lelaki, apa kejadah, langsung tak ada faedah. Kalau benda remeh-temeh pun kau nak marah, kau bukan lelaki. Kau tak ubah seperti daki dan kau langsung tak gentleman. Marah dan maki itu bukan budaya lelaki.
Marah orang lelaki marah yang berhikmah. Marah orang lelaki adalah marah untuk memberi pesan, bukan untuk meluah perasaan. Marah orang lelaki pasti memberi kesan, tapi bebelan lelaki sungguhlah bosan.
Oh, aku juga seorang lelaki dan aku tak suka marah-marah. Aku jarang marah kerana aku orang yang peramah. Tapi, sekali aku marah, kau pasti parah. Sudah ramai yang terkena aura kemarahanku. Oh, maafkanlah aku.
petikan dari
http://hairul.net/marah-itu-tanda-ghairah
|