CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Inessa

| V5.0 LOFALAND | Tentang Neelofa {2018}

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2018 10:33 AM | Show all posts
Edited by pinklepie at 6-12-2018 10:47 AM

HIBURANHasrat Neelofa kembangkan karier di Eropah terlaksana
Khamis, 6 Disember 2018 6:50 AM

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

[url=]
[/url]
[url=]
[/url]
[url=]
[/url]
[url=]
[/url]

image: https://www.mstar.com.my/~/media ... ?w=830&h=553&crop=1

Neelofa akan menandatangani kontrak bersama dua agensi di United Kingdom dan Perancis minggu depan.

PELAKON dan pengacara Neelofa bakal menandatangani kontrak dengan dua buah agensi masing-masing di United Kingdom (UK) dan Perancis dalam usaha mengembangkan karier dan perniagaannya di Eropah.


Neelofa, 29, berkata, kedua-dua agensi itu bakal mewakilinya bagi dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaiannya tudung jenamanya, Naelofar Hijab.


"Insya-Allah pada Selasa depan saya akan berangkat ke sana untuk menandatangani kontrak bersama dua agensi tersebut.

"Kedua-dua agensi itu sudah kukuh di Eropah dan mereka akan mewakili saya dalam usaha mengembangkan rangkaian fesyen dan kecantikan.


"Menjadi hasrat saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam fesyen dalam pasaran di sana memandangkan gaya modest semakin mendapat tempat di Eropah," katanya.


image: https://www.mstar.com.my/spotlig ... 2224ac92.ashx?la=en


Neelofa akan lebih banyak berulang-alik ke Eropah selepas ini.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia sudah lama memasang impian mengembangkan karier dan perniagaan di luar negara namun tidak mempunyai saluran atau mengetahui cara yang tepat untuk berbuat demikian.


Katanya, dia mahu ke luar negara kerana tidak mahu terus berada dalam zon selesanya kini dan perlu melakukan sesuatu yang berbeza dan mencapai matlamatnya.


"Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan seorang ejen dari Amerika Syarikat yang kini adalah pengurus global saya iaitu Norman.


"Norman yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia sangat memahami visi saya malah dia mempunyai kepakaran merialisasikan impian saya.


image: https://www.mstar.com.my/spotlig ... 6efff770.ashx?la=en


Neelofa tidak mahu terus berada dalam zon selesa.

"Beliau juga yang membantu mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis," jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, dia masih berminat untuk berlakon namun sukar untuk memberi komitmen kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti termasuk akan kerap berada di Eropah sepanjang tahun hadapan.


Pun begitu kata Neelofa, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan tanggungjawabnya sebagai hos program MeleTOP yang sudah memasuki tahun keenam.


"Saya ada terfikir hendak berlakon tetapi jadual sudah agak padat tahun hadapan namun saya bersyukur MeleTOP adalah platform untuk peminat melihat saya di televisyen setiap minggu.


"Buat masa ini saya tidak terfikir langsung untuk tinggalkan MeleTOP kerana program itu istimewa dalam hati saya," katanya.


Tags/Kata Kunci:Neelofa

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlig ... jUWRZjs1uUw5YVDh.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 11:12 AM | Show all posts
Edited by pinklepie at 6-12-2018 11:15 AM






HIBURAN»Selebriti
Ahad, 5 Ogos 2018 | 9:42am




PELAKON, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa. - Foto Fariz Iswadi Ismail.
Neelofa ke pentas antarabangsa dengan fesyen Muslimah
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
[email protected]

KUALA LUMPUR: Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 29, menjadi selebriti Malaysia pertama melangkah ke pentas antarabangsa menerusi fesyen Muslimah.


Selepas dilantik menjadi duta bagi pengeluar perhiasan terkemuka dunia, Swarovski, selama tiga tahun berturut-turut, terbaru Neelofa menjalinkan kerjasama dengan jenama Louis Vuitton (LV) Malaysia.


Ia sekali gus membuka ruang buat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 itu menerokai fesyen Muslimah antarabangsa.


"Inilah impian saya yang mahu meneroka pasaran antarabangsa menerusi pintu fesyen Muslimah. Harapan saya, penggemar fesyen dunia membuka mata terhadap fesyen Muslimah dan hijab.


"Saya lihat, tidak ramai selebriti dan ikon bertudung memulakan langkah berani untuk fesyen hijab. Hanya supermodel cantik Amerika Syarikat keturunan Somalia, Halima Aden, yang agak ke depan dalam berbuat demikian.


"Saya mengharapkan kerjasama saya dengan jenama LV memberi nafas dalam fesyen berhijab. Walaupun jenama antarabangsa, tetapi mereka semakin terbuka untuk mencuri perhatian wanita bertudung," katanya yang menyambung kontrak bersama Swarovski selama setahun lagi, baru-baru ini.


Neelofa berkata, LV Malaysia yang terlebih dulu melamarnya untuk menjalinkan kerjasama berkenaan.


"Ia membabitkan kempen untuk baju, kasut dan skaf jenama terkenal ini. Apa yang menarik, mereka bertanya mengenai kisah penghijrahan dan fesyen bertudung sebelum bersetuju untuk bekerjasama," katanya yang akan menyertai Minggu Fesyen Paris pada September depan.

Akuinya, dia juga berhasrat membawa jenamanya, Naelofar Hijab, ke pentas antarabangsa.


"Saya percaya, peluang semakin terbuka apabila menyertai Minggu Fesyen Paris. Saya mahu terbabit dengan kempen global untuk membuktikan wanita berhijab tidak ketinggalan dalam berfesyen.


"Saya pernah menerima kritikan netizen apabila menggayakan pakaian bersaiz besar dilengkapi beg pinggang label jenama terkemuka, tetapi saya tidak gentar kerana saya lihat orang Malaysia sukar menerima fesyen," katanya yang terbang ke Paris pada musim Aidilfitri lalu untuk menghadiri acara anjuran jenama Lancome.












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 6-12-2018 11:12 AM




Semlm kak timah pun ada ke mkn mkn?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cicisweets replied at 6-12-2018 11:27 AM
Semlm kak timah pun ada ke mkn mkn?

Kak Timah mana cici?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cicisweets replied at 6-12-2018 11:27 AM
Semlm kak timah pun ada ke mkn mkn?

Ada...kak raja nurfatimah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapz replied at 6-12-2018 09:19 AM
Tgk igs tasnim smlm terasa mcm bergegar umah dgr lofa & cuzzie dia pekik2 tapi best la berkumpul r ...

Mmg gila betul dorg sepupu sepapat...havoc je dorg..bestnya dpt sepupu yg mcm tu..best betul family Hajah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2018 01:08 PM | Show all posts
lofa pi oversea minggu depan eh..

yg nak pi umrah tu bila pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:14 PM | Show all posts
MekConkey replied at 6-12-2018 12:50 PM
Mmg gila betul dorg sepupu sepapat...havoc je dorg..bestnya dpt sepupu yg mcm tu..best betul famil ...

Tu lah mek,meriah suasana gitu dpt sepupu sepapat sepapan havoc & happening....kecohrable bole buat umah tunggang terbalik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 01:17 PM | Show all posts
pinklepie replied at 6-12-2018 10:33 AM
HIBURANHasrat Neelofa kembangkan karier di Eropah terlaksana
Khamis, 6 Disember 2018 6: ...

Adoi!tk dpt la impian kite2 nk tgk lofa berlakon next year schedule lofa da start packed...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 02:11 PM | Show all posts
Aserehe replied at 6-12-2018 01:08 PM
lofa pi oversea minggu depan eh..

yg nak pi umrah tu bila pulak...

Lofa ke Paris next week.. lepas tu in shaa Allah umrah..in shaa Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 02:13 PM | Show all posts
Cicisweets replied at 6-12-2018 11:27 AM
Semlm kak timah pun ada ke mkn mkn?

Ada. Kak Timah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MekConkey replied at 6-12-2018 12:49 PM
Ada...kak raja nurfatimah

Bukan apa tanya dulu dulukan ala ala tag team dgn juber kes anzalna, alhamdulilah dah ok cuma dgn Bobo di Mana je belum yg tu tak let buat apa kalau dah cemolot dgn tutt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 02:17 PM | Show all posts
Banyaknya article about Hajjah since semalam 'til today wah tak sempat lagi nak baca betul betul
Dah nak Xmas and cuti hujung tahun ni, busy lah pulak.. dengan Xmas lunch & dinner before everyone semua off to destinasi cuti masing masing. I can't wait to sit down and relax, sipping my fav latte, reading all the articles about Hajjah masa cuti nanti. Looking forward!!

Hajjah pun nak ke Paris next Tuesday, syiok ah winter. Hihihi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hajjah semalam lunch with media friends

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 05:49 PM | Show all posts
Inessa replied at 6-12-2018 02:17 PM
Banyaknya article about Hajjah since semalam 'til today wah tak sempat lagi nak baca betul betul {:c ...

Nari 1 ari cite lofa...dr nk gi paris,masih lagi hos meletop & lastly ade cover dewi remaja 2018 dkat MH ig...makin panas & bahang la org2 yg buta,pekak,tuli nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapz replied at 6-12-2018 05:49 PM
Nari 1 ari cite lofa...dr nk gi paris,masih lagi hos meletop & lastly ade cover dewi remaja 2018 d ...

Citer padal arwahAbah lagi...

Hnagt kebaboom Hajah kiter...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 6-12-2018 02:26 PM
Hajjah semalam lunch with media friends

Comel sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 6-12-2018 02:17 PM
Banyaknya article about Hajjah since semalam 'til today wah tak sempat lagi nak baca betul betul {:c ...

Yup...banyak cerita lofa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 07:34 PM | Show all posts
MekConkey replied at 6-12-2018 05:52 PM
Citer padal arwahAbah lagi...

Hnagt kebaboom Hajah kiter...

Oh ye!pesanan arwah abah tu penting ye kna amanah & jgn amik riba dlm perniagaan...berat tu tanggungan nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:50 PM GMT+8 , Processed in 1.536771 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list