amoy...bru jap td p bli brg2 umrah...tpi tak complete lgi...yanie rasa bdebar2,rasa mcm masih blum cukup ilmu di dada nk p umrah ni...kursus pun yanie tak p lg..sbb TA ckp p kursus sebulan sebelum berangkat...!
saya tak beli apa2 pun cuma telekung ja..yg lain pakai je yg mana ada...
berdebar tu ...
amoy257 Post at 12-4-2012 00:37
mmg rs berdebar ms nak pegi ni perkara biasa kan!! x pyh risau sbb brg2 kalo takde kat sana byk berlambak.. rege pun lebih kurang jek rege kat mesia nih!!! huhuhu.. rindunya nak pegi lg!!!
Insya Allah, cuti sekolah bulan 5 nanti saya akan mengerjakan umrah bersama keluarga. So nak tanya ttg lafaz untuk niat bersyarat. saya hanya ada niat bersyarat dlm bahasa melayu. kalau lafaz niat bersyarat dlm bahasa arab bagaimana ye? harap ada yg sudi membantu. tqvm
bole ajar zikir2 khusus yang cik baulu selalu amalkan kat sana tu?
mesmerize Post at 10-4-2012 22:50
1. Pertamanya, sy mmg amalkan zikir mathurat, jadi byk yg diambil dari situ. Yg lain2 tu yg sy dapat dari majlis2 ilmu melalui tips2 ustaz.
2. Bagi sy cari yg mudah. Tak perlu nak stress nak menghafal zikir2 baru. Subhanallah alhamdulillah etc dan selawat pun dah elok kalau kita hayati setiap maksud, makna dan relevancenya pada kita. Generally, sy banyak baca zikir berkaitan taubat masa tawaf. Bila pi spot mustajab doa baru saya keluar karangan doa sy. Jgn lupa, baca doa taubat nabi Adam dan kisah disebaliknya.
3. Penting juga niat dan tetapkan dalam hati yg kita bergantung pd Allah untuk melaksanakan sst perlakuan ibadah. Subhanallah, w/pun dari jauh sy nampak pack je orang bertawaf (dok terfikir kena sesak2 dan berlanggar badan) tapi alhamdulillah sy rasa sungguh amazed, sb sentiasa ada ruang depan saya nak masuk area mana pun dlm kawasan tawaf. Setiap langkah kita berzikir dan tanam keyakinan Allah akan memudahkan sst urusan tu. Kalau tak berjaya sekali, mungkin ada hikmah, buat benda lain dulu, baca quran, zikir lagi, pi minum air zam2.
4. Kena juga ingat, baca quran adalah utama dari zikir. Utamakan zikir dari alquran kemudian yg bersumber Rasulullah.
Lain2;
1. Jgn lupa bawak sunglasses. Bukan setakat nak posing, penting masa tawaf sebab silau tawaf tgh hari. Waktu tawaf paling kurang orang ialah lepas zohor sampai asar. Waktu ni senang nak feeling. Malam cantik sgt pemandangan. Waktu zohor dengan panasnya buat kita terbayang keadaan pdg mahsyar.
2. Supaya tak lupa round tawaf, buat list 7 zikir (or ayat alquran). Stp round satu zikir. Sama jugak untuk saie.
3. Bab stokin. Kalau boleh cari kaler gelap. Yg orang laki punya. Komen saya pasal stokin wudhu ni (dia ada pendek dan panjang), dia senang terbuka part lubang tu. Berapa kali terkena, masa ruku' nampak skin. Mungkin tengok yg quality mcm mana kot. Secondly, dia agak jarang bila dah dipakai. Tak nak rasa guilty belilah yg skin colour. Thirdly, kalau dapat, beli stokin yg ada bintik2 getah kat bawah dia. Amat berguna masa saie. Sebab time naik bukit tu, licin sikit kalau pakai stokin biasa. Kasut bintik getah ni ada kat madinah. boleh beli masa tu, mmg murah. Colourful and fun. Tp takkan nak pakai masa tawaf tak?
Izinkan saya berkongsi sedikit tazkirah daripada mutawif semasa kami dalam ...
msaadhamid Post at 11-4-2012 12:51
Assalamualaikum Hj. MSaadHamid...
Bagus sangat tazkirah ini.... sangat relevan sebagai panduan kepada kita bukan hanya semasa di Tanah Suci, malah di sepanjang kehidupan yang sementara ini.
stoking wuduk tu tak silap saya bhgn berlubang tu kita pakai di atas kaki...bknnye di tapak kaki...ramai yg silap pakai sbb tu terbuka lubang dia bila kita sujud akibat regangan...
stoking wuduk tu tak silap saya bhgn berlubang tu kita pakai di atas kaki...bknnye di tapak kaki...r ...
forselab Post at 12-4-2012 13:55
Sebab pakai belah lubang atas kaki ler yg boleh nampak terbuka. Mungkin yg sy beli tu kureng kualitinya. Tapi saya beli dari 2 tpt berlainan, lain material pulak.
Apa2 pun, disebabkan hotel mekah/madinah next door je, mmg sentiasa boleh balik bilik kalau nak kena renew wudhu. Time lain, sy tengok mungkin kat masjid quba (sb mak sy kata tpt wudhu ramai sgt), jadi dia ambik wudhu kat water dispenser kat luar. Mujur sy bawak back up stokin biasa byk, prefer guna yg ni lagi. Selesa pun selesa sb bila stretch pun tak nampak skin colour.
Apa2 pun untuk keperluan masa depan, sy nak cari penjelasan mengenai cara wudhu tanpa bukak stokin.
ooh ye ke pakai bhgn lubang belah atas pun terbuka jgk..? pelik gak tu...
stoking wuduk saya beli 1 jek..yg lain2 saya beli stoking laki..tebal & pjg sampai ke betis...
soalan ni mmg saya mushkil dr dulu...di Masjidil Haram takde tpt berwuduk ke? sbb saya baca ramai yg balik hotel ambik wuduk semula...pastu TA pun nasihat renew wuduk pakai botol penyembur tu...
Ada..... kat tengah2 jalan antara clock tower dan pintu king abdul aziz. tp tak pernah pulak tengok org pompuan pi situ.
Satu lagi, kat toilet, nun jauh kat marwah, esp bagi orang yg duduk belah clock tower.
Isunya, kat sana kita "amatlah" menjaga aurat sampai tak boleh nampak seinci. Habis umrah, naik bas ke airport Jeddah, stokin ke mana, jambul pun mula keluar. Ironik kan?
Sy terfikir jugak (sb sy ni pun bukan asal pakai tudung labuh dan berstokin selain time umrah ni), kalau cukup kuat setan, rasa sy ni boleh selamber je bukak sikit tudung dan bukak stokin.
Mungkin tu kot hikmah Allah bagi hotel dekat........ nak bantu dlm ujian lawan nafsu.
Dah balik ni, moga2 Allah bantu sy beristiqamah untuk labuhkan tudung tutup dada dan pakai kasut tertutup.
Kami pulang Umrah direct dari Madinah dengan MAS charter flight. Walaupun depature 4:30 petang, group kami sudah berada di airport Madinah sebelum 12 tengah hari. Ini bertujuan agar departure area tidak sesak dengan group dan flight lain.
Tapi pihak airport enggan menerima kami. Jadi kami ber kampong di masjid airport Madinah depan terminal 4. Dapatlah jumaat berjemaah walaupun miss di Masjid Nabawi.
Ada..... kat tengah2 jalan antara clock tower dan pintu king abdul aziz. tp tak pernah pulak tengok org pompuan pi situ. ...
baulu Post at 12-4-2012 14:49
Ada ..... wanita pun ambil wuduk situ .... tapi mak2 arab aje.
Isunya, kat sana kita "amatlah" menjaga aurat sampai tak boleh nampak seinci. Habis umrah, naik bas ke airport Jeddah, stokin ke mana, jambul pun mula keluar. Ironik kan?
baulu Post at 12-4-2012 14:49
Assalamu'alaikum baulu dan forumers sekelian.
Suka dengan statement di atas.
Satu lagi, masa balik Malaysia jika waktu subuh kita masih lagi dalam kapal terbang, saya lihat ramai jemaah yang tidak solat subuh - lena terapung di udara.
... sambung tazkirah dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah
Dhuyuf ar-Rahman, ulama kita ada yang berpendapat bahawasanya berihram ini sama seperti menghadapi kematian.
Cuba kita tenguk, orang yang meninggal itu selepas dia meninggal, dia akan dimandikan. Sama seperti orang yang berihram. Kita sebelum ihram mandi sunat ihram di hotel.
Orang yang meninggal itu selepas dia dimandikan, dia dikafankan. Ibaratnya juga kita selepas solat sunat ihram, kita memakai ihram.
Manusia yang telah meninggal tadi selamat dikafankan, akan disolatkan. Begitulah ibaratnya orang yang berihram. Kita tadi telah solat sunat Ihram di Bir Ali.
Selepas mayat di mandikan, dikafankan dan disolatkan, ia dibawa atau diusung ke kubur dengan keranda. Begitulah pula bagi orang yang telah solat sunat ihram, ia dibawa ke Makkah dengan kenderaan – bas. Kita anggaplah dalam keranda dalam bas ini.
Jika mayat dalam keranda tadi dibawa ke kubur, maka jemaah umrah dibawa dengan bas ke kota Makkah al-Mukarramah.
Bagi mayat tadi, apabila di dalam kubur dia akan menerima pembalasan sama ada baik atau sebaliknya iaitu bergantung kepada amalan-amalannya di dunia ini. Begitu juga dengan para jemaah umrah. Kata para ulama, jemaah yang datang ke Makkah maka ia akan mendapati apa-apa yang biasa dilakukan ditempatnya.
hati dah tak sabar untuk kembali lagi mengerjakan umrah.3 minggu dari sekarang.cuma ilmu perlu ditambah lagi.
ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini,ya Allah.permudahkanlah segala perjalanan pergi,semasa,balik,kesihatan,ibadah kami semua.
ameen3...
1. Pertamanya, sy mmg amalkan zikir mathurat, jadi byk yg diambil dari situ. Yg lain2 tu yg sy ...
baulu Post at 12-4-2012 11:12
thank u dear! berguna sangat info yang u bagi especially zikir berbeza utk senang kira / ingat jumlah tawaf n saei tu.. haha tak poyo ke tawaf pakai sunglasses? .. nanti orang kata "eh saja la tu masa tawaf pun nak menayang gucci/dior/chanel sunnies bagai"