Pan Ron-Su Yin makin membara cari gelaran sulung di Masters China
[size=14.399999618530273px]Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin melakar sejarah apabila melangkah ke final Masters China di Shenzen esok. Mereka menundukkan pasangan Hong Kong pada separuh akhir hari ini. – Foto fail NSTP
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Chen Su Yin semakin membara dalam misi memburu gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia apabila turun beraksi di pentas final Masters China di Shenzen, esok. Pasangan ranking ke-23 dunia itu akan membuat perhitungan dengan gandingan nombor dua dunia yang juga wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping. Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Pang Ron-Su Yin tewas di tangan lawan berkenaan ketika suku akhir Terbuka Hong Kong, September lalu. Bagaimanapun, Pang Ron berkata kali ini mereka akan membuat persiapan yang lebih rapi bagi menghadapi juara Terbuka China itu. "Sudah tentu mereka adalah pasangan yang kuat apatah lagi beraksi di laman sendiri. Jadi, kami perlu melakukan analisis yang lebih terperinci mengenai kelebihan dan kelemahan mereka. "Kami akan duduk berbincang dengan pasukan untuk merangka strategi terbaik untuk aksi final itu. Kami harap boleh beri persembahan yang terbaik," kata Pang Ron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Sementara itu, Su Yin, berkata mereka tidak memberi akan laluan mudah kepada Yan Zhe-Dong Ping meskipun gandingan itu diletakkan sebagai pilihan. "Kami akan masuk ke gelanggang dan berjuang habis-habisan. Kami akan cuba beri tetangan sengit kepada mereka," katanya. Terdahulu, Pang Ron-Su Yin melakar pencapaian tertinggi dalam karier mereka apabila buat kali pertama melangkah ke final kejohanan bertaraf Super 750 sejak digandingkan pada November tahun lalu. Kejayaan itu hadir selepas mereka mengejutkan gandingan nombor tujuh dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-14, 17-21, 21-19 pada aksi separuh akhir di Gimnasium Shenzen. Bagi Pang Ron, pencapaian itu sesuatu yang cukup istimewa buat dirinya selepas mengharugi pelbagai cabaran dalam kariernya termasuk sering bertukar pasangan sebelum ini. "Bagi saya pencapaian ini sesuatu yang menakjubkan. Ini adalah final pertama saya selepas beberapa tahun dan selepas sering bertukar pasangan, jadi saya sangat gembira," katanya. Yan Zhe-Dong Ping mara ke final selepas menundukkan satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-18, 21-13 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/11/1327829/pan-ron-su-yin-makin-membara-cari-gelaran-sulung-di-masters-china
|