CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 15-4-2014 10:28 AM | Show all posts
ESSCOM To Introduce New SOP

Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) plans to introduce a standard operating procedure (SOP) that would be adopted by relevant licensing authorities as a requirement for companies planning to set up resorts in this State.

Its director-general Datuk Mohammad Mentek said they will present the SOP during a meeting with resort operators from east coast – those operating under Eastern Sabah Safety Zone (ESSZON) to be held on April 15.

The holistic SOP is to cover all element of security was derived following a workshop in Sandakan two months ago which gathered all resort operators, police, customs and other relevant agencies.

“We need to discuss with authorities especially licensing bodies as we want to suggest this guideline to become a prerequisite to obtain license to open resorts,” said Mohammad.

Source:
http://malaysiaflyingherald.word ... -introduce-new-sop/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 11:39 AM | Show all posts
Setiap Warga TUDM Perlu Miliki Keupayaan Unggul - Raja Muda

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memiliki keupayaan unggul demi mempertahankan kedaulatan negara.

Baginda turut berharap mereka secara berterusan meningkatkan tahap profesionalisme dan memiliki kemahiran tinggi termasuk mengendalikan sistem pesawat yang canggih.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Istana Arau Khamis, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah demikian dalam lawatan kerja ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu semalam.

Baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin juga menyuarakan keyakinan terhadap keupayaan TUDM dalam memperkukuh sistem pertahanan negara bersama-sama perkhidmatan darat dan laut demi keselamatan negara tercinta.

Baginda turut mengingatkan agar semua aset strategik yang dimiliki oleh TUDM sentiasa diselenggara dengan baik dan bersistematik agar dapat diguna dalam apa juga persekitaran keselamatan.

"Ini kerana dalam persekitaran strategik dan keselamatan global yang tidak menentu kini, salah satu tonggak utama dalam memastikan sesebuah negara itu terus kekal sebagai negara berdaulat adalah keupayaan ketenteraannya," titah baginda.

Dalam lawatan kerja itu baginda diberi taklimat oleh Komander Pangkalan TUDM Gong Kedak, Kolonel Zahani Zainal Abidin. Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Udara Lt. Jen. Datuk Seri Roslan Saad dan Panglima Divisyen Pertama Udara Mej. Jen. Datuk Azizool Arif Abdul Ghani.

Dalam lawatan dua hari baginda di Terengganu, Tuanku Faizuddin turut berangkat melawat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Besut.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:22 AM | Show all posts
Skuad Ninja JBS

Oleh NURUL HUDA HASSAN
dan MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar BAAZLAN IBRAHIM




Sulaiman Salleh (depan, dua dari kiri) bergambar bersama Skuad Ninja di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan, baru-baru ini.

NINJA merupakan satu ilmu mempertahankan diri yang popular daripada negara matahari terbit, iaitu Jepun di mana mereka yang terlibat mempelajarinya merupakan pihak yang pakar dalam tugas penyamaran selain mampu bergerak dengan pantas.

Bersandarkan ciri-ciri tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) mewujudkan satu skuad khas dikenali sebagai Skuad Ninja dalam usaha membantu membanteras jenayah jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Nama Ninja itu diambil untuk membayangkan kebolehan skuad yang mempunyai ketangkasan sekali gus mereka mampu bergerak dengan pantas serta efektif terutama di tengah kesibukan kota dalam lingkungan kawasan rondaan yang kecil.

Idea penubuhan skuad tersebut juga datang dari watak Ninja Turtle, yang cukup terkenal dengan ketangkasan mereka dalam membanteras jenayah menerusi seni Ninjutsu iaitu sebuah seni pertahanan diri masyarakat Jepun.

Skuad yang diletakkan di bawah Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh itu juga dilengkapi beberapa peralatan yang diletakkan di dalam sebuah beg galas berwarna Hitam yang dibawa bersama semasa bertugas.

Ditubuhkan pada 2008, skuad tersebut pernah tidak aktif kerana memberi tumpuan kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pada 2013, namun fungsinya diaktifkan semula sejajar usaha memperhebatkan tugas polis membendung jenayah di kawasan terlibat.

Selain itu, penubuhannya juga adalah untuk membantu membanteras serta menghalang kejadian jenayah jalanan seperti ragut dan curi kenderaan sekali gus dilihat memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dijaga.

Skuad itu dianggotai seramai 14 anggota dan membuat penugasan dalam dua syif dengan melakukan rondaan sekitar bandar raya Johor Bahru yang dikenal pasti menggunakan motosikal jenis Kawasaki KLX250 dan kereta peronda polis.

Sulaiman yang memulakan tugasan sebagai Ketua Polis Daerah pada awal tahun 2014 mengakui, skuad berkenaan sudah memberikan impak positif dan ia terbukti dengan pelbagai kejayaan yang dicapai mereka sepanjang ia ditubuhkan.

"Seperti direkodkan tiga bulan pertama tahun ini, Skuad Ninja sudah membuat pemeriksaan ke atas 3,690 individu dan 3,208 kenderaan dan seramai 11 orang ditahan terbabit dalam pelbagai kesalahan," katanya kepada MegaWira baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kewujudan skuad itu juga berjaya memberikan imej positif kepada pegawai dan anggota polis amnya dan IPD Johor Bahru Selatan khususnya melalui hubungan komunikasi yang terjalin sesama mereka.

Menurutnya, menerusi hubungan yang baik itu beliau percaya ia mampu menyumbang kepada peningkatan tahap keyakinan rakyat kepada pasukan polis sekali gus membuktikan bahawa PDRM sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diberi.

"Penubuhan skuad ini berjaya mengeratkan hubungan anggota polis dengan penduduk bandar raya Johor Bahru kerana selain daripada melakukan tugas rondaan, mereka juga berkomunikasi secara terus dengan masyarakat tempatan.

"Secara tidak langsung ia mampu memberi imej positif kepada pihak polis secara keseluruhan kerana masyarakat sedar keselamatan dan harta benda mereka terjamin menerusi pelbagai usaha dilakukan polis," jelasnya.

Selain itu, Sulaiman memberitahu, kewujudan Skuad Ninja itu juga membantu merancakkan industri perniagaan kerana baik peniaga mahu pun pelanggan berasa selamat untuk melakukan aktiviti termasuk berbelanja di pusat bandar.

Tambahnya, aspek keselamatan juga berhubung kait dengan aktiviti perniagaan, sehubungan itu, apabila keselamatan seseorang individu itu terjamin, pastinya mereka akan berbelanja dengan lebih kerap di bandar raya Johor Bahru.

"Justeru, kehadiran Skuad Ninja di bandar raya ini (Johor Bahru) amat dialu-alukan oleh penduduk sekitar kerana mereka tahu kehadiran pihak polis adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan membuat mereka berasa selamat," ujarnya.




ANGGOTA Polis Skuad Ninja memeriksa salah seorang di dalam sekatan jalan raya di Jalan Wong Ah Fook Johor Bahru Selatan, baru-baru ini.

Cadang tubuh lima unit

EKORAN keberkesanan Skuad Ninja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) dalam usaha membanteras kegiatan jenayah terutamanya jenayah jalanan dan ragut, satu lagi unit skuad itu dirancang untuk ditubuhkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, buat masa ini, skuad tersebut meronda dalam lingkungan enam kilometer persegi di kawasan bandar terutama tempat yang menjadi tumpuan.

Menurutnya, antara lokasi rondaan Skuad Ninja adalah seperti kawasan sekitar pusat beli-belah, pejabat pos dan premis pengurup wang serta tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai tidak kira malam mahu pun siang.

"Sejak tertubuhnya Skuad Ninja ini kita dapati ia memberikan kesan positif termasuk berjaya membantu menurunkan peratusan jenayah selain dikatakan mereka ini berjaya menimbulkan kegerunan kepada penjenayah.

"Dengan maklum balas positif diterima terutama dapat menunjukkan kehadiran polis di sesebuah kawasan, kita bercadang untuk tubuhkan sebuah unit lagi dalam usaha memperluaskan kawasan rondaan Skuad Ninja.

"Justeru, kita berharap perancangan kita itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, kawasan rondaan Skuad Ninja adalah kecil kerana beliau percaya ia mampu memberi respon terhadap laporan diterima dengan cepat selain unit lain telah ditugaskan di kawasan seperti perumahan dan perindustrian.

Beliau berkata, kehadiran polis termasuk Skuad Ninja juga membuktikan polis sentiasa bertugas 24 jam dalam usaha memastikan penduduk di kawasan terlibat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak ke mana sahaja.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... a-JBS#ixzz339akgc00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:26 AM | Show all posts
8 anggota wanita dipilih sertai URB

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
Gambar MOHD. NAJIB MOHD. NOR




Sebahagian anggota polis lelaki dan wanita dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pada majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi bulan Mac 2014.

JIKA dahulu penunggang motosikal berkuasa tinggi didominasi oleh lelaki, kini tidak lagi, apabila golongan hawa atau digelar ‘lady bikers’ pun semakin banyak terlibat dalam dunia permotoran.

Seiring dengan perkembangan itu, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut tidak ketinggalan apabila menempatkan polis wanita dalam pasukan tersebut.

Pelaksanaan projek perintis itu jelas meletakkan golongan wanita kini setanding dengan lelaki untuk sama-sama dalam misi PDRM membanteras jenayah.

Buat permulaan, seramai lapan anggota wanita dipilih menyertai URB IPK Kuala Lumpur yang diambil daripada dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Brickfields dan Sentul.

Koperal Aninan Abidin, 51, berkata, sepanjang 27 tahun perkhidmatannya dalam pasukan PDRM, tidak pernah terlintas dalam fikirannya akan terlibat sama dalam unit bermotosikal berkuasa tinggi.

“Jika sebelum ini saya lama dalam pancaragam PDRM, bertugas di bahagian tatatertib dan menjalankan tugas rutin di balai, penglibatan dalam URB sememangnya memberikan satu perspektif bidang kerja berbeza dan pengalaman baharu yang tidak semua berpeluang menyertainya.

“Saya memang langsung tiada asas dalam menunggang motosikal berkuasa tinggi tetapi tidak menyangka terpilih dan apabila menjalani latihan selama dua hari, saya boleh menunggang dengan baik," ujarnya gembira.

Jelas Aninan, inisiatif yang dilaksanakan pihak kepimpinan IPK Kuala Lumpur adalah wajar berikutan tidak semua jenayah atau mangsa melibatkan lelaki sahaja.

“Dalam hal ini, apa yang dilihat adalah dari aspek terbatasnya anggota lelaki apabila melibatkan mangsa atau suspek wanita.

“Contohnya seperti kes ragut, sekiranya ada wanita tercedera, sudah tentu mangsa ingin dibantu oleh anggota polis wanita berbanding anggota lelaki.

“Begitu juga jika melibatkan kes pemeriksaan dadah terhadap suspek wanita," katanya sekadar memberi pandangan sebagai seorang wanita.

Bagi Koperal Marie Heather Edmund Beatie, 34, pula, cubaannya untuk melibatkan diri dalam unit tersebut adalah kerana dapat menjalankan rutin tugas kepolisan sepertimana anggota lelaki selain minatnya dalam dunia permotoran.

“Sejak zaman remaja saya memang berminat dengan motosikal berkuasa tinggi dan sudah memiliki asas tunggangan.

“Minat itu timbul disebabkan saya memang meminati aktiviti lasak dan mencabar. Pada saya, menunggang motosikal berkuasa tinggi adalah mencabar.

&#147enunggang perlu belajar cara pemanduan yang betul, menstabilkan motosikal, mengenali dengan baik jentera yang dibawa, perlu bijak mengawal dan mengukur tahap kelajuan motor," ujar anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.

Berbeza bagi Lans Koperal Nur Fadzilah Zanal Abidin, 27, beliau berpendapat, anggota polis wanita perlu seiring dengan anggota polis lelaki kerana apa sahaja perkara baharu, perlu dipelajari.

“Terus-terang saya tidak mempunyai asas dalam pemanduan motosikal berkuasa tinggi tetapi tiada salahnya jika mencuba.

“Alhamdulillah, ini pengalaman pertama dan saya terpilih selepas dua hari menjalani kursus untuk mengenali dan menunggang motosikal," ujarnya yang memberitahu, jadual tugasan ditetapkan oleh ketua polis balai bersama-sama dua atau tiga lagi rakan setugas lelaki pada setiap syif.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... i-URB#ixzz339bakD5l
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:34 PM | Show all posts
ATM lakar sejarah baharu risikan



ANGKATAN Tentera Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan dengan melakar sejarah dalam aspek risikan apabila Pusat Latihan Perisikan (Pularis) di Mentakab, Temerloh di Pahang secara rasmi dinaik taraf sebagai Kolej Perisikan ATM.

Majlis rasmi penyerapan Pularis sebagai Kolej Perisikan ulung negara itu dilakukan dalam penuh adat istiadat tentera yang dimulakan dengan perbarisan diikuti upacara menandatangani Sijil Penyerapan Pularis ke dalam Kolej Perisikan ATM sebelum diakhiri dengan upacara menurunkan bendera Pularis dan menaikkan Bendera Kolej Perisikan ATM.

Upacara menandatangani Sijil Penyerapan Pularis ke dalam Kolej Perisikan ATM di sempurnakan oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki sambil disaksikan oleh Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya Datuk Nasaruddin Othman.

Menurut Nasaruddin, penyerapan Pularis adalah seiring dengan penstrukturan semula Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) ke-387 pada 29 Januari 2008.

“JPP yang bersidang pada 30 September 2013 telah meluluskan penyerapan Pularis ke dalam Kolej Perisikan ATM agar ia dapat terus beroperasi sebagai entiti yang terlaras dan tersusun serta bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan latihan perisikan peringkat ATM.

“Manakala Majlis Angkatan Tentera yang bersidang pada 6 Januari 2014 telah meluluskan penubuhan Kolej Perisikan ATM dan berikutan itu juga moto, logo dan bendera Kolej Perisikan ATM pula telah diluluskan pada 28 Mei lalu," katanya kepada MegaWira selepas majlis penyerapan itu baru-baru ini.

Mengimbas kembali sejarah penganjuran kursus-kursus perisikan dalam ATM, Nasaruddin berkata, ia bermula seawal 1957 di mana markas unit perisikan Kementah diketuai Kapten E.A Atkinson telah ditugaskan untuk merancang dan menganjurkan kursus-kursus perisikan asas dan keselamatan di kem IMPHAL.

Katanya, Markas Kor Risik kemudian menubuhkan sekolah perisikan Angkatan Tentera (SPAT) pada 3 Mac 1981 dan mula ditempatkan di deretan rumah kedai di Taman Melawati pada April 1982 sehinggalah pada Januari 1983.

“SPAT kemudian telah berpindah ke kem Sungai Buloh pada 2 November 1988 bagi mengatasi masalah penginapan dan bilik kuliah berikutan jumlah kursus yang semakin bertambah.

“SPAT telah didesignasikan semula sebagai Sekolah Perisikan (SP) sehinggalah ia ditukarkan kepada Pusat Latihan Risikan pada 1994, sejajar dengan pertukaran nama pusat-pusat Latihan Tentera Darat," katanya.

Beliau memberitahu, setelah 27 tahun berada di kem Sungai Buloh, Pularis yang telah melatih bukan sahaja warga ATM, malah warga kementerian lain dan agensi keselamatan di dalam dan juga luar negara kini mempunyai kompleksnya sendiri di Kem Mentakab yang mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Dalam pada itu, Nasarudin berkata, penubuhan Kolej Perisikan ATM itu membuka lembaran baharu dalam kelangsungan usaha-usaha membentuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan yang berorientasikan kebersamaan melibatkan ketiga-tiga cabang ATM.

Justeru katanya, kolej perisikan yang akan ditadbir oleh seorang kolonel akan terus menganjurkan pelbagai kursus risikan yang sesuai dan terkini.

Selain itu katanya, kolej tersebut juga akan menjalinkan kerjasama dengan pusat-pusat dan agensi latihan risikan antarabangsa bagi menganjurkan kursus-kursus kepakaran.

“Ini penting dalam usaha membentuk tenaga kerja yang profesional, responsif, dinamik dan mampu mengoptimumkan teknologi terkini dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Jadi adalah diharapkan operator-operator perisikan yang dilatih akan mampu berhadapan dengan senario ancaman yang kompleks dan mencabar selaras dengan perkembangan teknologi semasa," katanya.

Jelas beliau, keupayaan pemantauan perlu bergerak sejajar dengan perkembangan semasa masa hadapan merangkumi semua persekitaran dan spektrum ancaman.

Dalam pada itu, Jurulatih Kolej Perisikan ATM, Mejar Janie Ratib berkata, penyerapan Pularis kepada Kolej Perisikan amat bertepatan, selaras dengan peranan besar kolej berkenaan dalam aspek keselamatan negara.

Katanya, aspek pengajaran dan pembelajaran di kolej berkenaan sentiasa ditambah baik bersesuaian dengan keperluan terkini bagi memastikan ia terus relevan.

“Aspek pengajaran di sini adalah menyeluruh melibatkan pelbagai kaedah pengajaran termasuklah latihan fizikal dan ketahanan mental yang amat penting," katanya yang mengajar dalam kursus risik tempur.

Sementara itu, seorang pelatih, Kapten Azim Hazwan Shamsudin berkata, kursus di kolej itu memberi banyak pendedahan baharu yang penting kepadanya untuk kembali menjalankan tugas.

Menurutnya, selain pengetahuan khususnya mengenai risikan ia juga dapat menguatkan ketahanan mental dan fizikal pelatih yang mengikuti kursus di kolej berkenaan.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... sikan#ixzz3ZLzqSmEF
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:35 PM | Show all posts
MALBATT cemerlang di Lebanon



KELETIHAN menempuh perjalanan selama 25 jam dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seolah-olah hilang apabila melihat wajah-wajah anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-1 di Kem Marakah, Lebanon.

Kehadiran rombongan media bagi membuat liputan lawatan bersejarah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien disambut dengan penuh kemesraan. Malah bermula dari Komander MALBATT Kolonel Arman Rumaizi Ahmad hinggalah kepada anggota lain-lain pangkat mereka cuba memberikan layanan terbaik kepada kami sebagai tetamu.

Kami tidak berasa asing sepanjang tiga malan menginap di kem tersebut, di mana-mana sahaja kami akan disapa, malah pada malam terakhir bersahur, kami disediakan hidangan yang cukup enak.

Ternyata sebagai ‘tuan rumah’ pegawai dan anggota MALBATT cuba memberikan layanan terbaik kepada tetamu mereka supaya nama pasukan itu dikenang.

Tetapi MALBATT hanya menjadi tuan rumah di dalam kem itu sahaja kerana di luar kem, mereka adalah tetamu yang ‘dijemput’ oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (PBB) bagi menjaga keselamatan penduduk-penduduk Lebanon berikutan konflik antara negara itu dengan Israel.

Atas sebab itulah, sikap mesra yang ditunjukkan ketika menyambut tetamu di kem turut menjadi pegangan ketika menjalankan tugas di luar kem. Sememangnya sikap mesra anggota -anggota MALBATT sering sahaja menjadi bualan dan faktor penentu kejayaan misi mereka di bawah PBB.

Begitulah jugalah MALBATT 850-1, senyuman yang sentiasa terukir tetapi tegas menjalankan tugas dengan penuh profesional, berdisiplin dan tidak berat sebelah memungkinkan kehadiran pasukan itu disenangi oleh penduduk tempatan.

Jika sebelum ini kehadiran tentera PBB dari negara lan tidak begitu disenangi oleh penduduk tempatan namun persepsi itu seolah-olah berubah apabila mereka bertemu dengan anggota MALBATT.

Dari semasa ke semasa, melalui pelbagai program dan pendekatan yang dilakukan, mereka semakin memahami MALBATT bukanlah ‘tentera penceroboh’ atau satu pasukan yang harus dimusuhi.

Selain itu, dengan keanggotaan yang disertai oleh pelbagai kaum dan agama, MALBATT cuba menunjukkan kepada penduduk-penduduk Lebanon bahawa perbezaan itu bukanlah satu ancaman yang boleh menggugat keamanan, sebaliknya ia adalah satu kekuatan bagi sebuah negara.

Dan ternyata penampilan itu memudahkan tugas MALBATT sehingga mereka diterima baik oleh masyarakat setempat dan mendapat pujian negara-negara lain.

Satu lagi kelebihan yang ada kepada anggota-anggota MALBATT khususnya mereka yang beragama Islam ialah setiap masa diberikan ‘siraman rohani’ melalui pelbagai program agama yang dikelolakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) .

Mereka menjalankan aktiviti agama termasuklah solat lima waktu secara berjemaah di Masjid Kawkabah - masjid yang dibina sendiri oleh anggota MALBATT.

Menurut Pengarah pengurusan KAGAT, Kolonel Nawawi Daud, pihaknya bersedia menghulurkan apa juga keperluan dengan tujuan memudahkan anggota-anggota MALBATT beribadah.

“Ambil kesempatan daripada waktu terluang untuk meningkatkan ibadah kita kepada Allah dan saya sedia menyediakan kemudahan yang saudara-saudara perlukan," katanya ketika menyampaikan kuliah subuh di Kem Marakah, minggu lalu.

Dalam masa yang sama, semangat perjuangan mereka di bumi asing itu disemarakkan dengan kehadiran Hishammuddin. Sikap Menteri Pertahanan itu yang sentiasa mesra dan mengenepikan protokol ternyata menggembirakan anggota-angota MALBATT.

Walaupun menempuh jadual lawatan yang padat, namun Hishammuddin tetap melayan permintaan wira-wira negara itu bergambar bersama beliau. Hishammuddin dilihat begitu bangga dengan prestasi dan pengorbanan anggota-anggota tersebut, sebab itulah beliau bersedia menjejak kaki ke Lebanon biar pun mendapat nasihat tidak berbuat demikian atas faktor keselamatan.

“Ini adalah impian saya, oleh itu apa juga dugaan dan cabaran akan saya tempuh kerana saya ingin bersama-sama saudara-saudari,’’ kata Hishammuddin ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama anggota-anggota MALBATT.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... banon#ixzz3ZM0FmC47
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2015 06:37 PM | Show all posts
Rondaan Ramadan



SESUDAH tarawih, hampir 20 anggota dan pegawai yang diketuai Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah selaku Ketua Polis Daerah Brickfields tidak pulang ke rumah masing-masing, sebaliknya mereka ditemani motosikal Kawasaki 250 R merencana satu program baharu.

Setelah memberi amanat ringkas dan bacaan doa, kumpulan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal daerah itu dilihat beriringan keluar dari Balai Polis Travers untuk menuju ke beberapa destinasi.

Waktu itu hampir menjengah tengah malam dan turut sama menunggang jentera itu adalah seorang pegawai wanita, Supritendan Aida Abdul Hamid yang juga timbalan ketua polis daerah Brickfields.

Rencana sepasukan pegawai dan anggota polis khas yang sebenarnya adalah membuat rondaan di beberapa daerah berkenaan sempena bulan Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pada peringkat pertama pada 8 Julai itu, tiga kawasan yang dipilih untuk dilawati mereka, iaitu di perumahan sekitar Bukit Gasing, Bukit Damansara dan Sri Petaling.

Perumahan itu dipilih kerana mempunyai antara kepadatan penduduk paling tinggi di daerah itu dan mempunyai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang tersendiri.

Bagaimanapun tiga kawasan penempatan itu juga dikatakan mempunyai potensi untuk berlakunya kadar jenayah yang tinggi khususnya pada waktu awal pagi seperti kejadian pecah rumah dan kecurian kenderaan.

Muhammad Azlee ketika ditemui berkata, pihaknya mengambil inisiatif berkenaan bukan sahaja untuk mengekang kadar jenayah di Brickfields malah untuk meningkatkan kesedaran ‘omnipresence’ di kalangan masyarakat di daerah berkenaan.

“Kita mahu orang ramai tahu bahawa Ramadan tidak menjadi alasan untuk setiap anggota polis bertugas dan untuk tujuan itu, kita melakukan pelbagai usaha termasuklah melakukan rondaan URB ini.

“Kita juga bukan sekadar meronda sebaliknya turut mengambil maklum balas dari pelbagai pihak khususnya jawatankuasa rukun tetangga di setiap kawasan perumahan ini untuk mengetahui masalah berkaitan jenayah.

“Dengan usaha ini kita bukan sahaja mampu membantu masyarakat malah menambah baik lagi perkhidmatan polis," katanya.

Pada peringkat pertama itu, seramai 16 pegawai dan anggota ronda URB terlibat dalam program itu.

Katanya, pada program itu, polis turut bertukar maklumat dengan persatuan penduduk perumahan untuk mendapatkan informasi tentang masalah mereka khususnya berkaitan dengan jenayah.

Ujar Muhammad Azlee, selain itu, polis turut memberi pendedahan kepada mereka supaya mengamalkan cara hidup yang selamat dan peka dengan keadaan sekitar.

“Rondaan ini juga sebagai satu acara untuk mendedahkan masyarakat supaya tidak cuai dan boleh mengundang segala aktiviti jenayah terutama sekali menjelang cuti Aidilfitri ini," katanya.

Muhammad Azlee juga menjelaskan, rondaan sebegitu tidak akan membebankan anggotanya kerana dibuat selepas solat tarawih.

“Kita memberi kelonggaran kepada semua untuk menunaikan ibadah pada setiap malam dan selepas itulah baru kita bertolak untuk meronda di awal pagi.

“Kemudian, kami semua akan bersahur beramai-ramai selepas rondaan ini tamat," katanya.

Sementara itu, Aida ketika ditanya tentang program itu memberitahu, tiada alasan untuk beliau tidak menyertai rondaan itu meskipun beliau seorang wanita dan mempunyai keluarga di rumah.

“Skop tugasan seorang polis ini luas dan tidak hanya berkhidmat ketika waktu bekerja sahaja. Bulan Ramadan juga tidak menjadi alasan untuk kami bekerja untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat dan sejahtera," katanya yang sememangnya memiliki kemahiran dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... madan#ixzz3ZM0eHWCf
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:38 PM | Show all posts
Syawal berjauhan



SAAT takbir raya bergema pada pagi 1 Syawal semestinya kita sudah berpakaian serba baharu dan berada di samping keluarga tercinta.

Ketika itulah, terasa riuh dan suasana Syawal tergambar disamping terhidangnya pelbagai menu seperti lemang, ketupat, dodol, rendang, kuih-muih beserta pelbagai juadah lagi yang memikat selera.

Namun sedarkah kita, semasa itu turut terdapat anggota keselamatan negara tidak dapat merasainya seperti yang kita lalui.

Mereka semestinya hanya meraikan saat berharga tersebut sesama rakan taulan dan hanya dapat berhubung melalui saluran telefon berbual bersama kelurga tercinta.

Demi tugas, amanah, tanggungjawab, iltizam dan jiwa yang kental untuk berkhidmat dan sebagai tulang belakang negara mereka sanggup melepaskan kepuasan bagi memegang dan menyahut peranan yang digalaskan pada peranan badan berunifom ini.

Salah satu badan tersebut adalah tentera mana ianya turut melibatkan sebanyak 1,522 perajurit muda siri 174/14 lelaki dan 36/14 wanita yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Jurulatih Pusasda, Leftenan Kolonel Osman Ahmad berkata, latihan ini turut melibatkan seramai 200 pegawai dan kakitangan yang tidak pulang bercuti hari raya pada tahun ini.

“Sebab utama adalah kerana cuti yang singkat serta ramai warga Pusasda yang kampung halamannya agak jauh membuatkan kita memutuskan untuk tidak pulang berhari raya.

“Walaubagaimanapun, pada hari raya pertama dan kedua kita turut akan meraikannya namun lebih kepada sesama warga Pusasda ini sahaja," ujarnya kepada MegaWira baru-baru ini.

Menurut Osman, terdapat beberapa pengisian acara semasa menyambut hari raya di Pusasda.

“ Pada raya pertama, semua perajurit muda dan anggota akan bersama menunaikan solat sunat raya dan sambutan pada pagi Syawal tersebut.

“ Pada sebelah petangnya serta raya kedua tersebut ahli keluarga mereka dibenarkan melawat anak mereka ini yang mana sebanyak 200 daripadanya terdiri daripada wanita.

“ Perajurit muda ini juga bukan sahaja dapat menimba pengalaman malah mampu memberi gambaran terhadap mereka dalam bidang badan beruniform ini," jelasnya.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... auhan#ixzz3ZM10GUrI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 06:41 PM | Show all posts
Gigih bersama Amanita



DI MANA pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa sendiri dan tidak sesekali boleh untuk dipandang rendah.

Meskipun sering dinilai sebagai tenaga sokongan kepada kaum Adam namun kemampuan wanita hari ini tidak dapat disangkal lagi untuk berdiri bersama-sama dengan golongan lelaki.

Misalnya, Penolong Pengarah Bahagian Perundangan/Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Asisten Komisioner S. Sasikala Devi adalah antara ribuan pegawai dan anggota wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya membuktikan kewibawaan golongan itu untuk berada setaraf dengan lelaki dalam institusi paling berpengaruh dalam negara itu.

Apa tidaknya, sebaik menamatkan latihan Kadet Asisten Supritendan (ASP) di Maktab PDRM Kuala Kubu Baru 25 tahun lalu, S. Sasikala Devi telah dinobat sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan di kalangan 29 pelatih termasuk enam wanita lain.

“Tempoh setahun latihan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami dilatih dari segi mental dan fizikal. Bayangkanlah ketika itu senjata M-16 pun saya rasa lebih berat dari saya untuk dipikul.

“Bagaimanapun saya mampu lalui kerana minat. Malah anugerah sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan itu merupakan penghargaan yang tinggi buat saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bercerita pengalaman beliau menyertai polis, S. Sasikala Devi berkata, minat beliau untuk bersama pasukan itu adalah disebabkan pengaruh persekitaran yang dilalui beliau sejak kecil.

“Ayah saya merupakan ketua kerani di Balai Polis Jalan Bandar dan saya tinggal di kuarters polis berhampiran kawasan itu, jadi memang sejak kecil lagi persekitaran saya ialah kehidupan polis hingga membuatkan saya berminat untuk menyertainya," ujar beliau yang merupakan Ketua Inisiatif unit khas polis Aman Wanita (Amanita).

Menurut ibu kepada seorang anak ini, sepanjang kerjayanya, beliau pernah melalui pengalaman yang mana orang ramai ‘terpaksa’ memberi kerjasama yang baik disebabkan beliau merupakan pegawai polis wanita.

“Itulah antara kelebihan pegawai dan anggota wanita, ada kalanya orang ramai memberi kerjasama yang baik kerana cara pendekatan yang lembut yang ada pada wanita.

“Saya pernah ditugaskan untuk mengetuai operasi menggeledah rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kes liwatnya pada tahun 1999. Ketika itu suasana tegang di rumah beliau kerana orang ramai termasuk beberapa peguam tidak membenarkan pasukan polis masuk.

“Namun setelah saya tampil berbincang, mereka termasuk isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus memberikan kerjasama yang baik," ujarnya yang pernah menerima anugerah daripada polis Australia kerana kejayaan dalam operasi dadah bersama negara terbabit.

Menurut S. Sasikala Devi, sepanjang berada dalam perkhidmatan, bertugas sebagai Pegawai Turus Penyelaras Perhubungan Antarabangsa Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah banyak memberi pengalaman yang berharga buat beliau.

“Ketika itu saya banyak bekerjasama dan berinteraksi dengan polis di seluruh negara dalam pelbagai operasi yang dijalankan. Tugas perlu dilakukan secara berhati-hati dan teliti.

“Jadi secara tidak langsung membentuk keperibadian diri saya semasa menjalankan tugas," ujar beliau yang pernah menjadi Pegawai Penyiasat (IO) bagi kes berprofil tinggi seperti penyelewengan Syarikat Perwaja Steel Sdn. Bhd. semasa bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... anita#ixzz3ZM1a6YHK
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:42 PM | Show all posts
Memperingati perajurit negara



SETIAP kali tanggal 31 Julai, warga pasukan keselamatan pasti akan menyambut Hari Pahlawan. Pada hari tersebut, pesara, pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berhimpun bagi memperingati jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan menjamin kedaulatan negara.

Sambutan Hari Pahlawan merupakan platform bagi mensyukuri keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan pembangunan berjalan tanpa sebarang ancaman daripada anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang ingin menghuru-harakan kemakmurannya.

Negara merakamkan sejarah keramat setiap kali 31 Julai yang menjadi tradisi bagi menyambut Hari Pahlawan selaras dengan tamatnya darurat menentang pengganas komunis pada Julai tahun 1960 lalu.

Upacara menghormati pengorbanan dan jasa kepahlawanan negara ini telah menjadi azimat kekuatan kepada bangsa untuk bangkit sejak tahun 1963 lagi. Sambutan itu bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Simboliknya pahlawan adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah dan perwira yang ditakuti. Oleh itu, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari memperingati pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

Pahlawan negara seharusnya menjadi sejarah yang sentiasa dikenang kerana telah mencipta ketamadunan negara sekali gus menjadi bangsa tuan kepada bumi bertuah ini. Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merdeka mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin ketika ditemui MegaWira menceritakan, semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga Poppy.

“Konvensyen Geneva pada tahun 1945 secara ringkas menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata atau tidak berupaya untuk berperang.

“Mengambil semangat daripada pengiktirafan ini, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua yang dikenang di seluruh dunia menjadikan tarikh itu telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperingati jasa perajurit angkatan tentera dan polis yang terlibat secara langsung dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak berkepentingan dan berlarutan selama bertahun-tahun selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Azizan, menjadi tradisi setiap tahun tarikh 31 Julai merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri bagi mengenang jasa pahlawan negara.

“Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai, namun pada tahun ini, tarikh tersebut adalah bersamaan dengan tarikh menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi pihak kerajaan telah memberikan tarikh 17 Julai untuk sambutan di peringkat pusat dengan mengadakan majlis berbuka puasa, bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

“Acara kemuncak iaitu Istiadat Perbarisan Hari pahlawan pula akan diadakan pada 18 Julai di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini dan diakhiri dengan khutbah khas solat Jumaat di Masjid Negara," kata beliau.

Menurut Azizan, antara kelainan sambutan pada tahun ini adalah daripada aspek persembahan pentomen yang membabitkan anggota ATM daripada Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja yang akan mengisarkan pahit maung pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara demi menjaga kedaulatan negara.

“ Persembahan kali ini mempunyai kelainan berbanding persembahan dalam sambutan terdahulu kerana menampilkan persembahan lakonan semula peristiwa pencerobohan di Lahad Datu yang telah menggemparkan negara serta dunia.

“Jadi, orang ramai tidak harus melepaskan peluang ini bagi menyaksikan realiti kehidupan anggota keselamatan negara menerusi lakonan dalam menjaga dan mempertahankan negara daripada diceroboh oleh musuh," ujarnya.

Katanya, kekuatan anggota dalam istiadat perbarisan tersebut adalah sebanyak 35 orang pegawai dan 883 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanis, Lt. Kol. Razali Kosnan.

“Keanggotaan ini meliputi enam kontinjen iaitu, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), PDRM, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

“ATM sekali lagi diberi penghormatan dalam menganjurkan istiadat berkenaan yang berkonsepkan perbarisan statik tanpa senjata," katanya.

Sumber:  
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... egara#ixzz3ZM20JKNP
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:48 PM | Show all posts
Ibarat mati hidup semula



BERPANTANG maut sebelum ajal. Mungkin itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan Sarjan Nor Azman Mohd. Zain yang pernah ditembak dua kali sepanjang bertugas selama 33 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nor Azman yang memulakan karier sebagai anggota keselamatan setelah menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1981 ditembak dalam dua kejadian berasingan ketika `bertempur’ dengan penjenayah pada 1990-an.

Kali pertama ditembak iaitu pada 1993, ketika Nor Azman yang bertugas di dalam Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang mengejar penjenayah di Balakong, Selangor dengan menunggang motosikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Nor Azman bernasib baik kerana tembakan yang tepat ke dadanya hanya mengenai baju kalis peluru sahaja.

“Walau bagaimanapun, saya tetap mengalami kecederaan dan terpaksa dipapah pulang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di IPK Perak baru-baru ini.

Setahun selepas itu, Nor Azman dipindahkan ke Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan sekali lagi ditembak dalam satu operasi di Taman Cuepacs, Kajang tetapi kali ini kecederaan yang dialaminya parah.

“Ketika itu saya sedang dalam operasi bagi memburu saki-baki kumpulan samun Sabah Finance. Dalam operasi itu, kami berbalas tembakan dengan suspek sehingga saya terkena satu das tembakan.

“Walaupun memakai baju kalis peluru, tetapi tembakan yang dilepaskan suspek mengenai bahagian rusuk kiri saya yang tidak dilindungi. Saya bernasib baik kerana tembakan itu tidak mengenai jantung, tetapi sangat hampir.

“Selepas ditembak, saya tidak terus rebah, sebaliknya menguatkan semangat dan terus berbalas tembakan dengan suspek. Apabila ada anggota sedar saya ditembak, saya telah ditarik keluar dan dikejarkan ke hospital," ujarnya.

Menurut Nor Azman, ketika dalam perjalanan ke hospital, dia mula tidak sedarkan diri.

“Apabila sedar, saya sudah berada di Hospital Kuala Lumpur. Saya tidak pasti berapa lama tidak sedarkan diri dan tidak mahu bertanya dengan orang lain kerana detik itu merupakan sejarah hitam dalam hidup saya," jelasnya.

Berikutan keberaniannya mempertaruhkan nyawa ketika melaksanakan tugas mempertahankan negara, Nor Azman telah dikurniakan Pingat Keberanian Polis oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar pada 1996.

“Ketika penyampaian pingat itu, saya sempat berbual dengan Almarhum Seri Paduka Baginda. Seri Paduka Baginda tanya saya dari mana, saya jawab Negeri Sembilan, `sekampung’ dengan tuanku.

“Seri Paduka Baginda juga sempat berseloroh dengan saya apabila mengatakan saya panjang umur," katanya.

Sumber:  
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... emula#ixzz3ZM3Sb1Sg
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:49 PM | Show all posts
Pulatibang 1 sematang usia



SETIAP kali anda berpeluang menyaksikan aksi aerobatik mahu pun taktikal 'mengecutkan perut' menggunakan aset-aset canggih dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), maka yakinlah bahawa sememangnya individu menerbangkan pesawat berkelajuan tinggi itu adalah anak Malaysia yang mampu menyaingi kemampuan juruterbang-juruterbang dari negara asing.

Selain itu, anda juga perlu tahu betapa juruterbang-juruterbang itu kebanyakannya dilatih sendiri oleh anak tempatan yang sayangnya sehingga hari ini, masih dipandang rendah seolah-olah masih belum mampu untuk mencapai standard 'mat saleh' bagi membuat aksi berbahaya sebegitu.

Sebetulnya, kebanyakan mereka itu hampir kesemuanya pernah menjalani latihan di Kolej Tentera Udara (KTU) atau Pusat Latihan Terbang 1 (Pulatibang 1) di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah yang menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini.

Dalam usia sematang itu, tentunya pelbagai kenangan pahit manis tersimpan di dada warganya yang diyakini sentiasa berbangga untuk mengakui pernah menjadi sebahagian besar daripada keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, bagi mengimbau segala kenangan itu, kesemua mereka yang pernah menjadi pelatih, jurulatih, petugas teknikal atau sesiapa saja di situ dijemput untuk turut serta menyertai Sambutan Jubli Emas pusat latihan itu pada 23 Ogos depan.

Menurut Pegawai Memerintahnya, Kolonel Yee Yit Hong, sambutan itu dijangka akan menjadi penyatuan semula besar-besaran untuk semua yang pernah menimba serta mencurahkan ilmu di situ sejak pusat latihan tersebut dibuka pada 1 Julai 1964.

“Kami menjangkakan lebih 600 tetamu akan hadir termasuk para pegawai memerintah yang pernah memimpin di sini. Lebih istimewa, Pegawai Memerintah pertama, Squadron Leader JF Woodard serta Marsyal Muda Udara (B) Tan Sri Sulaiman Sujak yang merupakan anak tempatan pertama mengambil alih kepimpinan di sini dari Woodard sudah mengesahkan kehadiran.

“Selain itu, rakan-rakan dari negara luar seperti Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dijangka turut serta. Kami mahu menjadikan hari itu sebagai sesuatu yang bersejarah serta mengimbau kenangan semua yang pernah berkhidmat di sini," katanya kepada MegaWira baru-baru ini.

Antara atur cara yang ditetapkan pada hari berkenaan adalah tayangan video serta gambar-gambar lama, lawatan ke sekitar KTU, pertandingan golf melibatkan orang kenamaan serta majlis makan malam di salah sebuah hotel di Alor Setar.

Dalam majlis yang dirasmikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud itu nanti, sebuah buku sambutan jubli emas yang memaparkan sejarah serta pelbagai kisah mengenai pusat latihan tersebut turut akan dilancarkan.

“Untuk maklumat lanjut, sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis sambutan ini boleh berhubung terus dengan Leftenan Kolonel Khairol Muzambi Salehin di talian 019-7572452 atau menghubungi pejabat KTU di talian 04-7144001.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran semua yang pernah menabur bakti di sini. Sambutan ini diharap akan menjadi sesuatu yang diingati untuk semua," katanya.

Dalam pada itu, Khairol Muzambi yang juga Pegawai Eksekutif di pusat latihan tersebut memberitahu, sambutan itu akan membawa erti yang besar terhadap seluruh warganya memandangkan hampir kesemua juruterbang yang berkhidmat di ketiga-tiga cabang ATM sejak sekian lama mendapat pendidikan awal mengenai dunia penerbangan di situ.

“Ramai ‘legenda’ dunia penerbangan dalam ATM dilahirkan di sini. Apabila anda berada di sini, itu merupakan satu kebanggaan kerana bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi antara yang terpilih dari ribuan pemohon saban tahun.

“Setelah masuk ke sini pula, jangan sangka anda sudah pasti lulus. Hampir setiap tahun, akan ada pelatih yang diberhentikan kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan serta memohon untuk berhenti kerana tidak cukup kuat untuk berdepan segala bentuk cabaran di sini," katanya.

Sumber:  
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... -usia#ixzz3ZM3nFn2q
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:51 PM | Show all posts
Fuad orang di sebalik tabir misi siasatan MH17



MENGGADAI nyawa demi maruah negara, itulah ungkapan tepat ditujukan kepada sepasukan 68 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila mereka berlepas ke Ukraine bagi melaksanakan misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, 30 Julai lalu.

Selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khalid yang menjadi tulang belakang misi tersebut, ‘orang di sebalik tabir’ yang banyak mengatur strategi misi berkenaan ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (Pasukan Gerakan Khas/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, 58.

Ketika pertemuan wartawan bersama pegawai kanan komando polis berkenaan di rumahnya di Cheras baru-baru ini, dengan merendah diri beliau berkongsi pengalamannya yang dianggap lain daripada misi-misi yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Menurut Muhammad Fuad, beliau mendapat arahan untuk menjayakan misi ini dua hari sebelum seluruh umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Cabaran pertama saya ketika itu ialah untuk mengumpulkan pegawai dan anggota pasukan dalam masa yang agak suntuk. Namun Alhamdulillah saya berjaya kumpulkan mereka dari Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan lain-lain cawangan.

“Tetapi timbul pula masalah apabila ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pasport. Bagaimanapun masalah dapat diatasi segera dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk anggota yang komited serta teruja mengikuti misi," katanya yang telah 38 tahun berkhidmat bersama PDRM.

Bercerita lanjut, Muhammad Fuad berkata, setibanya di Kiev, Ukraine, pasukan yang membawa misi ‘search and recovery’ itu menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tertinggi bagi tujuan persefahaman dan koordinasi operasi.

“Seterusnya pada 2 Ogos, Tan Sri Khalid, saya dan Komander Operasi Pengecaman Mangsa Nahas (DVI), Asisten Komisioner Hussein Omar Khan bersama 41 petugas bergerak dari Kiev ke Kharkiv menaiki kereta api ekspres yang memakan masa kira-kira lima jam. Perjalanan itu memang dirancang menaiki kereta api bagi tujuan keselamatan.

“Setelah itu, hasil beberapa siri mesyuarat operasi, pasukan DVI Malaysia dibenarkan memasuki ke kawasan nahas bersama pasukan Belanda dan Australia," ujar bapa kepada lima anak ini.

Muhammad Fuad memberitahu, keesokan harinya, seramai 21 petugas yang diketuai Khalid telah bergerak ke Foward Operating Base (FOB) di Soledar dengan kawalan ketat oleh tentera Ukraine.

“Perjalanan sejauh 200 kilometer ini mengambil masa lebih kurang empat jam dan kami terpaksa melalui kira-kira 15 sekatan jalan yang dikendalikan tentera Ukraine dan tentera pemisah.

“Di setiap sekatan tersebut, kami diperiksa di antara 15 ke 45 minit oleh mereka," ujarnya yang banyak mengatur strategi serta membuat keputusan berdasarkan pengalaman beliau sebagai ketua dua pasukan elit PDRM iaitu UTK dan Komando 69.

Ujar Muhammad Fuad, petugas kemudian dibenarkan memasuki lokasi nahas bagi memulakan siasatan iaitu melibatkan pencarian mayat, barangan atau harta milik mangsa dan bahan bukti seperti komponen pesawat itu.

“Operasi pencarian hanya berjalan kira-kira satu jam sahaja kerana ancaman dan desakan oleh pihak tentera pemisah untuk pasukan ini keluar secepat mungkin.

“Malah kami hanya dibenarkan memasuki lokasi tertentu sahaja serta diancam dengan bunyi tembakan kereta kebal di sekeliling, namun pada hari itu kami berjaya menemui beberapa barangan milik mangsa seperti kamera," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kata Muhammad Fuad, pencarian di lokasi nahas seluas kira-kira 24 kilometer persegi itu berjalan selama tiga hari termasuk mengedar risalah serta bertemu penduduk pada hari ketiga bagi mengambil kembali barangan atau harta milik mangsa. Namun misi terpaksa dihentikan ekoran ancaman keselamatan pada hari keempat.

“ Pada 6 Ogos, pasukan Belanda dan Australia membuat keputusan memberhentikan operasi pencarian dan keluar dari kawasan di Soledar dan Kharkiv secepat mungkin sebelum kami terperangkap di sana," katanya yang pernah terlibat dengan misi menawan Al-Maunah di Sauk, Perak serta Op Daulat, Lahad Datu, Sabah.

Ditanya antara syarat yang dikenakan ketika menjalankan operasi, Muhammad Fuad menjelaskan, mereka tidak dibenarkan membawa senjata api dan perkara ini merupakan antara cabaran mereka. Apatah lagi turut sama dalam pasukan terbabit ialah Ketua Polis Negara yang merupakan ‘aset’ dan orang penting negara.

Tambahnya, beliau secara senyap-senyap telah mengarahkan beberapa anggota UTK yang bersama dalam pasukan itu agar melakukan ‘body protection’ sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap Khalid.

Beliau juga akan sentiasa merapati Khalid ketika Ketua Polis Negara itu dihampiri oleh anggota puak pemisah atau mana-mana individu bagi tujuan keselamatan.

“Dalam suasana perang dan keadaan yang luas di sana itu, sekiranya dibekalkan senjata api sekali pun, belum tentu mereka mampu bertindak balas sekiranya diserang dengan senjata yang lebih canggih.

“Jadi saya hanya mengarahkan anggota-anggota pasukan agar bersedia untuk menyelamatkan diri dan juga kawan-kawan mereka serta mencari tempat perlindungan sekiranya berlaku tembak-menembak," ujarnya.

Bercerita lanjut, Muhammad Fuad berkata, setelah kembali ke Amsterdam, beliau agak terkejut apabila pihak polis negara lain amat memuji sikap dan disiplin pasukan PDRM sepanjang misi itu.

“Mereka sebenarnya telah memerhati kita daripada awal misi dan mendapati semua pergerakan kita teratur dan anggota pasukan pula amat berdisiplin dari segi masa dan penyediaan kelengkapan," ujarnya yang mengakui terpaksa berdepan dengan masalah bahasa ketika berkomunikasi bersama tentera Ukraine atau puak pemisah.

Dalam pada itu, kata Muhammad Fuad, beliau melihat penduduk di sekitar lokasi nahas itu turut bersimpati dengan insiden pesawat yang ditembak jatuh pada 17 lalu itu malah turut bersama membantu menyediakan makanan pada pasukan berkenaan.

“Mereka juga berasa teruja untuk melihat orang Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dalam pasukan itu," katanya.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... -MH17#ixzz3ZM48E37Q
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:53 PM | Show all posts
Razak pakar musnahkan jerangkap samar komunis



“KEMERDEKAAN serta keamanan yang dinikmati hari ini bukan sesuatu yang diperoleh semudah menanam benih jagung di ladang, sebaliknya ia hasil daripada titisan darah serta nyawa pejuang-pejuang terdahulu.

“Kami tidak pernah diminta disanjung, cuma apa yang kami mahu hanyalah keamanan dan kemerdekaan ini dapat dipertahankan sampai bila-bila,".

Itulah harapan pesara polis, Sub Inspektor Abdul Razak Abdullah, 68, yang kali terakhir bertugas sebagai Ketua Polis Balai Pandamaran, Klang apabila ditanya tentang kemerdekaan yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1972, Abdul Razak menyertai Batalion 5 Pasukan Polis Hutan (PPH) Briged Tengah di Cheras, Kuala Lumpur yang terbabit secara langsung dalam usaha memerangi ancaman komunis yang begitu kuat di utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, beliau memiliki kemahiran khusus untuk mematikan 'booby trap’ (jerangkap samar) yang biasa dipasang oleh pihak komunis di dalam hutan khususnya di Gerik, Perak serta sempadan di antara Malaysia dan Thailand.

“Ramai anggota kami yang maut serta cedera parah akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang komunis. Malah, salah seorang rakan platun saya sendiri pernah menjadi mangsa akibat jerangkap samar yang dipasang oleh musuh di sempadan.

“Saya telah berjaya mematikan lebih 10 buah jerangkap samar sebesar tin Milo yang dipasang musuh hasil daripada latihan yang diterima menggunakan bahan letupan hidup," katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Kastam, Klang baru-baru ini.

Dalam pada itu, menceritakan pengalaman bertempur dengan komunis di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1970-an, Abdul Razak berkata, strategi musuh yang menyerang secara jauh menyukarkan pihak keselamatan negara untuk menangkap mereka.

Beliau juga memberitahu pernah terbabit dalam empat siri pertempuran di Sabah dan Sarawak menentang Komunis Kalimantan Utara namun tidak pernah menemui mayat musuh sebaliknya hanya kesan darah ditemui.

“Semua yang dilalui sepanjang menyertai PPH, menguatkan saya untuk terus berkhidmat sebaik mungkin bagi pasukan serta negara.

&#147rinsip saya mudah. Tanya diri sendiri dahulu apa sumbangan saya kepada pasukan dan negara kemudian kita pasti akan melakukan yang terbaik,"jelasnya jujur.

Kata Abdul Razak, beliau memulakan tugas sebagai anggota polis pada tahun 1964 yang ditugaskan menjadi pengawal pengiring orang kenamaan termasuklah Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein serta beberapa menteri kabinet lain yang merupakan memori berharga yang tidak akan dilupakannya.

Malah, beliau juga bertugas semasa tragedi berdarah pada 13 Mei 1969 yang juga antara pengalaman yang menyebabkan dirinya sentiasa menghargai keamanan serta kemerdekaan yang dinikmati sekarang.

“Saya bertugas di Balai Polis Jalan Bandar semasa 13 Mei itu. Bila diingatkan balik, saya tidak mahu keadaan sama berulang.

“Mujurlah kita ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu. Jika tidak sudah pasti sukar untuk kerajaan dan pasukan keselamatan menyelesaikan tragedi itu dalam tempoh yang singkat," katanya.

Sumber:  
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... munis#ixzz3ZM4nvBN0
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:55 PM | Show all posts
Tabung Pahlawan bantu veteran ATM



DEMI membela nasib bekas perajurit negara yang pernah memeras keringat bagi mempertahankan kedaulatan negara suatu ketika dahulu, kempen Tabung Pahlawan akan diteruskan bagi melaksanakan kutipan di seluruh negara untuk disalurkan kepada bekas anggota tentera, balu dan keluarga yang kurang bernasib baik.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, Kempen Tabung Pahlawan akan diadakan pada setiap tahun sebagai pelengkap kepada sambutan Hari Pahlawan yang telah pun diadakan pada 31 Julai lalu.

“Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan telah menetapkan bahawa tarikh sambutan Hari Pahlawan ialah pada 31 Julai pada setiap tahun.

“ Pada hari tersebut, kami akan mengadakan satu acara khas bertujuan memperingati pahlawan-pahlawan berani yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Anwar berkata, objektif acara itu adalah untuk mengumpul dana bagi menyediakan bantuan kepada bekas tentera yang kurang bernasib baik terutamanya golongan Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), balu serta anggota perkhidmatan lain yang memerlukan perhatian khas.

“Kempen Tabung Pahlawan akan dilancarkan pada 7 September ini di Auditorium Angkasapuri sempena sambutan Hari Pahlawan demi meneruskan bantuan kepada bekas anggota tentera, balu dan keluarga mereka. Seramai 700 tetamu jemputan akan hadir pada majlis tersebut.

Kesinambungan kepada majlis tersebut, pihak persatuan juga akan menjalankan program di peringkat negeri dan kutipan akan dibuat secara roadshow dari masa ke semasa sama ada di pusat beli-belah, pusat pengajian tinggi mahupun di pejabat-pejabat kerajaan," katanya.

Tambahnya, PVATM menyasarkan sebanyak RM5 juta untuk kutipan tabung bagi tahun ini selain peningkatan jumlah keahlian sebanyak 400,000 orang.

“Tahun lalu kami memperoleh sumbangan berjumlah RM4 juta daripada orang ramai dan sektor korporat manakala untuk tahun ini kami cuba meletakkan sasaran sebanyak RM5 juta.

“Selain itu, kempen ini turut menyasarkan peningkatan keahlian yang kini terdapat lebih 150,000 ahli. Saya jangkakan kira-kira 400,000 veteran di luar sana yang masih tidak mendaftarkan diri sebagai ahli. Jadi saya menyeru kepada ahli keluarga mereka untuk tampil bagi membantu mendaftarkan keahlian para veteran yang uzur," jelasnya.

Sebelum ini, persatuan itu lebih dikenali sebagai Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) tetapi kini telah diubah kepada Persatuan Veteran ATM. Begitu juga dengan logo dan bendera persatuan berikutan penjenamaan semula persatuan ini yang dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad di Dewan Besar Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Utusan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, PVATM memainkan peranan sebagai penyelaras kempen dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung sumbangan yang disalurkan kepada Tabung Pahlawan yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan bekas tentera khususnya yang cacat akibat cedera semasa di perbatasan.

“Kita cuba menerapkan sifat tanggungjawab semua pihak untuk memberikan sumbangan kepada tabung ini bagi membantu atau memberi kemudahan seperti perubatan, perumahan, pendidikan serta pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, susulan daripada kempen itu, PVATM telah melancarkan program 1Veteran 1Malaysia: ‘Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai’ pada tahun lepas dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada semua Veteran OKU di setiap negeri.

“ Persatuan sentiasa komited untuk meneruskan usaha murni ini bagi membantu veteran seluruh negara yang juga merupakan ahli PVATM. Kami juga bekerjasama erat dengan persatuan Srikandi dalam siri lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dengan menghulurkan sumbangan kepada para veteran yang terlantar di wad Bunga Raya," ujarnya.

“Golongan yang diutamakan dalam penyaluran bantuan ini adalah seperti veteran OKU dan bekas tentera yang terlibat semasa konflik bersenjata sehingga era Insurgensi.

“Ini termasuk mereka yang bertempur dengan Korps Komando Angkatan Laut (KKO AL) tentera Indonesia di Labis, Johor pada September 1964 dan juga pemberontakan bersenjata militan komunis di Sarawak pada tahun 1960-an," jelasnya.

Beliau turut menyeru semua organisasi kerajaan dan sektor swasta serta warga Malaysia memberi sokongan padu terhadap kempen Tabung Pahlawan dengan memberi sumbangan sebagai tanda menghargai jasa pahlawan negara yang berkorban untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.

“Saya mengharapkan agar generasi Y dapat memahami pengorbanan bekas tentera sekali gus dapat menyambung legasi yang ditinggalkan para veteran," katanya.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.pbtm.my atau berhubung secara terus di Wisma Pahlawan di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Sumber:   
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... n-ATM#ixzz3ZM57GBoI
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:56 PM | Show all posts
Edited by robotech at 6-5-2015 06:57 PM

Tugas berat kendali kemelut politik Perak



Menggalas jawatan di dalam sesebuah agensi penguat kuasa beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah satu tanggungjawab yang dapat dipikul oleh semua orang. Apatah lagi memikul kepercayaan masyarakat sebagai pelaksana undang-undang bagi mengekalkan keharmonian sejagat.

Namun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Ko-misioner Azisman Alias, 53, peluang berkhidmat dalam bidang kepolisan yang amat mencabar telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman pahit manis.

Menurut Azisman yang mula bertugas sejak tiga dekad lalu, pengalaman berdepan dengan pergolakan perubahan arus politik di Perak merupakan jangka masa paling getir sepanjang perkhidmatannya.

Semuanya berjalan lancar sepanjang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh pada tujuh tahun lalu. Namun, apabila pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh pada 2008 yang memihak kepada Pakatan Rakyat, keadaan mula kucar-kacir.

“Ketika itu, sudah dengar ada ura-ura mengatakan kerajaan baharu akan dibentuk di Perak, Sebaik sahaja keputusan dibacakan, keadaan mula menjadi kecoh apabila para penyokong pembangkang mula mengepung kawasan pejabat Menteri Besar Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Medan Istana.

“ Pasukan polis mula dikerahkan bagi menjamin keselamatan orang awam di kawasan berhampiran. Namun ada sesetengah penyokong bertindak fanatik dengan menghamburkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan," katanya ketika mengimbau kembali kejadian pada penghujung 2008.

Atas kecekapan pimpinan Azisman yang sehingga kini hampir tiga dekad menganggotai polis, proses transformasi tersebut berjaya dilakukan tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah dan kekecohan.

Pengenalan konsep SWAT

Menjangkau 28 tahun perkhidmatannya dalam bidang polis, Azisman kini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Shah Alam. Dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkongsian bersama isteri tercinta, Nurlida Ahmad, beliau begitu dikenali dengan

lagaknya yang bersahaja dan disenangi anggotanya.

Bagi Azisman, beliau mempunyai cara tersendiri dalam setiap jawatan yang pernah dipegangnya. Pengenalan konsep ‘Stop, Walk and Talk’ (SWAT) merupakan salah satu hasil ideanya yang mengambil prinsip merapatkan hubungan polis dan masyarakat setempat.

Bertugas di setiap daerah mempunyai cabaran tersendiri. Setiap kawasan mempunyai jenis-jenis jenayah tertentu seperti ragut, rompak, pecah rumah dan sebagainya.

Menurutnya, hasil perbincangan teliti bersama pasukan yang dibentuk, pencegahan jenayah yang kerap berlaku dapat dikurangkan.

“Terdapat empat prinsip dalam SWAT iaitu, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Konsep ini adalah bagi mendekatkan masyarakat dengan polis.

“Apabila hubungan baik dapat dibentuk antara mereka, pelbagai maklumat seperti kekerapan kejadian jenayah di sesuatu kawasan dapat dikenalpasti dan diberi perhatian," katanya.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... Perak#ixzz3ZM5Ya7zO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 06:59 PM | Show all posts
Selamat tinggal TUDM - Rodzali



DERETAN ‘tragedi hitam’ yang melanda negara antaranya, insiden pencerobohan Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan terbaru tragedi pesawat MH17 yang ditembak di timur Ukraine menuntut kecekalan dan kebijaksanaan pemimpin kerajaan serta pasukan penguat kuasa untuk menangani setiap krisis yang berlaku.

Tragedi silih berganti yang mendatang itu sedikit pun tidak melunturkan semangat Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud malah beliau menganggap segala rintangan tersebut sebagai cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana.

Namun, selepas berkhidmat lebih 41 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), impian anak kelahiran Besut, Terengganu itu untuk terus menabur bakti dalam perkhidmatan tentera bakal berakhir berikutan persaraannya pada 12 September ini.

Menyingkap kembali sejarah karier beliau, Rodzali yang merupakan anak kepada kerani kilang papan membesar sebagai ‘budak kampung’ di Kampung Kepas, Besut dan sejak kecil menanam impian untuk menjadi doktor.

Walaupun beliau kerap melihat pesawat terbang di sekitar kawasan kampungnya, yang terletak berhampiran Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, tidak sedikit pun terlintas dalam fikirannya untuk menjadi juruterbang.

“Walaupun dibesarkan dengan suasana kampung, bapa saya mengutamakan pendidikan kepada kepada anak-anaknya. Saya dihantar belajar ke sekolah aliran Inggeris terulung di Terengganu, Sekolah Tengku Mahmood (TMS) untuk memastikan saya mendapatkan ilmu secukupnya.

“Bagi memastikan saya dapat belajar dengan baik, bapa membelikan saya sebuah ensiklopedia dan melanggan surat khabar Inggeris. Satu pengorbanan besar yang dilakukannya walaupun gajinya agak kecil bagi menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya kepada MegaWira ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Segala-galanya berubah selepas Rodzali berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dan kemudian terpilih untuk melanjutkan pengajian tingkatan empat di Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kuala Lumpur.

Pada awalnya, bapanya menentang hasrat beliau memasuki MTD kerana mahu beliau menjadi seorang doktor tetapi lama-kelamaan menyokong kemahuan Rodzali.

Menurut beliau, cita-cita untuk menjadi juruterbang hanya hadir selepas tamat peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE). Di situlah beliau mula menanam azam menjadi seorang juruterbang walaupun pada asalnya melihat kerjaya tersebut menguntungkan kerana menawarkan gaji yang besar.

“Selepas menamatkan latihan Pegawai Kadet, saya ditauliahkan sebagai juruterbang pada 31 Oktober 1973 dan kemudian dihantar menjalani kursus asas dan lanjutan penerbangan di Australia pada 1974 dan sebaik sahaja tamat menjalani latihan, saya ditugaskan menjadi juruterbang Skuadron No. 6 bagi menerbangkan pesawat Tebuan CL-41G dan Skuadron No.12 (5-5E).

“Antara pengalaman awal saya sebagai pegawai pemerintah termasuk menyandang jawatan Pemangku Komandan Pusat Latihan Terbang 3, menerbangkan pesawat PC 7 dan Aemacchi MB 339A, Pegawai Memerintah Skuadron No. 12 (F5) dan Skuadron No. 17 (MiG-29N) serta menyandang jawatan Komander Pangkalan Udara Kuantan," katanya.

Menurut Rodzali, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, beliau turut menjalankan tugas pengurusan dan pentadbiran di luar negara sejak 1988 seperti memegang jawatan Pegawai Staf di Air Defence Command, Ketua Tim Projek MiG-29N di Moscow, Rusia dan Penasihat Pertahanan di Moscow.

Katanya, beliau pernah menyandang jawatan Panglima Operasi Udara di Markas Operasi Udara, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan Panglima No. 1 Divisyen Udara.

Rodzali dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada 1 September 2009. Bagi beliau misi mencari pesawat MH370 benar-benar menguji kredibiliti beliau sebagai Panglima Tentera Udara.

Menurut beliau, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku di negara ini dan Rodzali mengambil pendekatan terbaik dalam mengendalikan proses pencari pesawat berkenaan dan menganggapnya sebagai salah satu cabaran terbesar sepanjang kariernya.

“ Pencarian pesawat MH370 merupakan cabaran buat diri saya tetapi pada masa sama saya dapat mewujudkan kerjasama dua hala antara pasukan tentera negara-negara ASEAN," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas bersara daripada angkatan tentera, Rodzali berkata, beliau dalam proses menyiapkan sebuah buku autobiografi kehidupannya sebagai anggota TUDM.

“Saya mahu berkongsi pengalaman saya dengan masyarakat terutama golongan muda tentang pengalaman saya dari mula menyertai TUDM sehingga ke kemuncaknya supaya mereka tahu nilai tinggi yang terdapat dalam TUDM," ujarnya.

Beliau juga yakin pucuk pimpinan TUDM akan datang untuk meneruskan agenda yang ada dan salah satunya adalah mentransformasikan pertahanan udara ke tahap lebih tinggi.

“Saya berharap anggota TUDM terus mempertingkatkan mutu kerja yang terbaik. Dapatkan nombor satu, bukan yang kedua," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... dzali#ixzz3ZM65Ts8Z
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 07:00 PM | Show all posts
Tugas pegawai penjara mencabar



BUMI mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Memang kalau boleh diatur perjalanan hidup ini, tidak ada manusia yang mahu bergelar banduan.

Namun akibat kegagalan mengawal diri, ada di antara kita yang terpaksa menerima hukuman dan menjalani kehidupan di sebalik jeriji besi.

Secara kasar, jeriji besi dilihat sebuah kamar kejam memisahkan banduan-banduan ini dengan dunia luar, tetapi hakikatnya, di sebalik tembok inilah terdapat satu ruang pemulihan bagi membentuk sahsiah diri melewati kesilapan yang pernah dilakukan.

Sel dikelilingi tembok batu bukan sahaja mampu menyalakan lilin keinsafan kebanyakan penghuni, sebaliknya menjadi ruang kepada permulaan kehidupan baharu mereka.

Lebih penting lagi, ia menyaksikan kehidupan para warden dan pegawai penjara yang turut ‘terkurung’ akibat kerjaya yang mereka sendiri pilih itu.

Seiring dengan peredaran masa, peranan setiap anggota penjara juga telah banyak berkembang.

Dalam erti kata sebenar, tugas pegawai penjara kian mencabar apabila institusi penjara kini berfungsi sebagai institusi pembangunan atau pembentukan semula modal insan.

Selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa, Jabatan Penjara telah membangunkan satu institusi latihan di Maktab Penjara untuk menampung keperluan latihan pegawai-pegawai kanannya.

Penubuhannya sentiasa memainkan peranan penting dalam menyuntik motivasi dan semangat kepada para pegawai penjara yang telah memilih kerjaya mencabar ini.

Sungguhpun, tidak banyak diperkatakan mengenainya, tidak banyak sorotan atau liputan media diberikan terhadap aktiviti jabatan ini namun aspek-aspek pengukuhan disiplin, semangat bekerjasama, berdaya tahan, pembentukan sikap dan etika yang positif terus tersemat kukuh dalam diri setiap pegawai dan pelatih di sini.

Pengarah Maktab Penjara, Timbalan Komisioner Penjara Ibrisam Abdul Rahman berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, penglibatan semua peringkat daripada pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat bawahan diperlukan.

Menurutnya, setiap pelatih yang berada di Maktab Penjara akan diberi pendidikan dan pendedahan awal mengenai ilmu kepenjaraan selain menitikberatkan budaya dan ciri-ciri anggota penjara yang berkualiti.

“Di Maktab Penjara, pelatih akan menjalani latihan selama enam bulan sebagai langkah dalam melengkapkan prasarana dan modul latihan yang bersesuaian dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan, berdaya saing dan mempunyai minda kelas pertama seiring dengan anjakan paradigma globalisasi dunia masa kini.

“Oleh demikian, dengan pendedahan latihan yang berterusan pegawai-pegawai kanan penjara dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Tambahan pula, penubuhan maktab itu mampu menjadikan satu tempat membekalkan ilmu-ilmu yang relevan mengenai kepenjaraan kepada pegawai kanan penjara bagi menghadapi cabaran persekitaran penjara yang semakin berkembang pesat," katanya ketika ditemui Mega Wira baru-baru ini.

Berkongsi cerita mengenai nisbah perbezaan yang terlalu tinggi di antara banduan dan pegawai penjara di negara ini, Ibtisam memberitahu, kebiasaannya setiap blok yang mempunyai 300 orang banduan, hanya tiga warden sahaja yang dapat ditugaskan untuk mengawal mereka.

“Menjaga banduan memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan kerana pendekatan terhadap setiap banduan itu adalah berbeza-beza.

“Itu merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi setiap pegawai penjara, pekerjaan mereka lebih terdedah dengan ancaman.

“Jadi, di Maktab Penjara akan dilatih bagaimana cara-cara untuk berhadapan dengan banduan, di samping diajar mempertahankan diri apabila berhadapan dengan risiko yang tinggi," tegasnya.

Tambah beliau lagi, penjara bukan hanya bertindak sebagai pelaksana hukuman tetapi aspek kemanusiaan dari segi pemulihan itu juga mesti diberi perhatian agar tidak berlaku jenayah berulang melibatkan banduan selepas habis tempoh hukuman.

“Tugas membimbing insan yang pernah tercalit noda akibat kealpaan ini tidak mudah untuk dijayakan kerana ianya banyak menguji kesabaran setiap anggota dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.

“Kita mahu mengubah persepsi masyarakat kerana peranan kita sebenarnya adalah melahirkan semula penghuni penjara menjadi insan yang berguna," katanya.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... cabar#ixzz3ZM6Z1rzk
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 07:03 PM | Show all posts
Demonstrasi Kuasa Tembakan 2014 gegar Gemas



BAGI mereka yang tidak biasa dengan dengan bunyi letupan bertalu-talu, pastinya anda menyangkakan bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku.

Manakan tidaknya, dentuman itu sememangnya mengejutkan ibarat halilintar yang memecah keheningan pagi di kawasan bersempadan dengan tempat pelancongan utama yang cukup sinonim dengan negeri Johor iaitu Gunung Ledang.

Bukan sekadar letupan malah ia turut diiringi dengan tembakan tanpa henti dilepaskan, tetapi soalnya bagi mereka yang tidak memasuki lapang sasar ini ada yang tertanya-tanya siapakah musuh yang berada di kawasan berkenaan?.

Bagaimanapun bagi mereka yang menetap di sekitar kawasan ini sejak dahulu, situasi itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dikhuatiri malah boleh dikatakan berlaku setiap tahun di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat Malaysia iaitu Demonstrasi Kuasa Tembakan 2014.

Program yang bermula pukul 9.30 pagi menyaksikan beberapa aset ketenteraan milik ATM menonjolkan kehebatan dalam menggempur ‘musuh’ yang turut disaksikan oleh Panglima tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Yang turut hadir dalam demonstrasi berkenaan Pemangku Timbalan Tentera Darat Brunei, Kolonel Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud; Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

Tidak keterlaluan jika pada hemat penulis yang menyaksikan acara itu, demonstrasi berkenaan bukan sekadar menunjukkan kehebatan aset ketenteraan milik Tentera Darat malah memperlihatkan keupayaan pengendalian aset.

Kecekapan mereka dalam mengendalikan aset ketenteraan wajar dipuji berdasarkan pengamatan penulis, mereka mempunyai kepakaran masing-masing untuk memastikan musuhnya yang disasarkan habis binasa dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Boleh dikatakan pada hari berkenaan, Tentera Darat menunjukkan hampir kesemua aset tempur miliknya dalam demonstrasi selama setengah hari itu iaitu persenjataan artileri, armor, jentera dan infantri.

Antara aset yang dipertontonkan termasuk peluru berpandu Anza buatan Pakistan yang mempunyai keupayaan mengenai sasaran musuh pada jarak lima kilometer dan peluru berpandu antikereta kebal, Baktar Shikan keluaran Pakistan dengan kebenaran berlesen dari China. Sistem pelancar aset ini boleh digalas oleh anggota tentera.

Turut dipamerkan kehebatan termasuk kereta kebal pengangkut jenis Condor 20mm Oelikon yang mampu membawa lapan anggota pada satu-satu masa ketika operasi.

Aset Kor Armor Diraja itu juga pernah mendapat pengiktirafan besar ketika berkhidmat di Lebanon di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, turut menghangatkan suasana pagi tersebut termasuk kemunculan kereta kebal Pendekar (PT-91M) buatan Poland dengan mempamerkan aksi membedil sasaran.

Diterima pada 16 April 2009, PT-91M bukan sahaja mempunyai kuasa tembakan malah kuasa daya mobiliti dan perlindungan terbaik kepada krew, selain direka bentuk dengan kadar graviti dan ‘sillhouette’ yang rendah bagi mengurangkan pengesanan pihak musuh.

Turut mengambil tempat pada demonstrasi berkenaan adalah dua pesawat pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM dan juga pesawat Hawk yang berlegar-legar di ruang angkasa dengan pelbagai formasi sebelum membedil kawasan sasaran.

Antara formasi yang dilakukan termasuk teknik membedil sasaran musuh seperti yang pernah dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah ke atas pengganas Sulu.

Sheikh Mokhsin dalam kata-kata aluan yang diterbitkan pada program berkenaan, menjelaskan demonstrasi ini memperlihatkan keupayaan formasi dan impak dalam sistem persenjataan.

Lebih daripada itu katanya, demonstrasi tahunan yang diadakan ini bertujuan memperlihatkan kecekapan selain mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pasukan keselamatan yang bergabung untuk melaksanakan misi.

“Menerusi demonstrasi ini, kita mahu tunjukkan bahawa persenjataan ATM jika dirancang dan digunakan dengan betul, mampu menghasilkan kuasa pemusnah yang dikehendaki dan menghalang sebarang ancaman musuh pada negara.

“Malah juga dapat memberikan kesan yang mana jalinan erat kerjasama dalam sayap ATM ini dapat diterapkan ketika di medan pertempuran. Bukan itu sahaja, demonstrasi itu diharap dapat memberikan maklumat kepada khalayak," katanya.

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa, ATM sebagai pasukan keselamatan negara merupakan satu-satu pasukan yang mampu mempertahankan negara menerusi impak ketumbukannya yang padu.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... Gemas#ixzz3ZM796bmc
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 07:05 PM | Show all posts
Abdul Latif bantu tewaskan Bentong Kali



TANGGAL 13 April, 1975 menjadi tarikh bermakna buat Sub Inspektor Abdul Latif Harun, 60, kerana itulah permulaan beliau menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukan sekadar minat, tetapi keinginannya untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa menyebabkan beliau memilih polis sebagai karier selama 39 tahun.

Meskipun gagal diterima pada kali pertama pada 1973 kerana tidak menepati syarat-syarat fizikal, beliau terus mencuba membuat permohonan kali kedua pada tahun berikutnya dan hanya diterima pada tahun 1975 iaitu permohonan kali ketiga.

Bagi Abdul Latif, gagal diterima pada awalnya tidak langsung mematahkan semangatnya untuk terus mencuba menyertai pasukan keselamatan itu dan kecintaannya terhadap tugas yang dilakukan selama ini menyebabkan beliau seolah-olah sukar menerima yang tempoh perkhidmatannya semakin hampir ke penghujungnya.

Ini kerana ujar beliau, suka duka yang dilalui sepanjang tempoh bertugas begitu berharga dan akan menjadi ingatan terindah selepas menamatkan perkhidmatan pada 1 Oktober tahun ini dengan jawatan terakhir sebagai Sub Inspektor Unit Tindakan Khas bahagian Tatatertib dan Kebajikan.

Namun beliau berjanji akan sentiasa bersedia membantu negara dan pasukan PDRM jika keadaan memerlukan kelak.

Menyingkap sejarah perkhidmatannya dalam pasukan polis, Abdul Latif yang berasal dari Rantau, Negeri Sembilan memulakan kerjaya dalam bidang kepolisan selepas menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1975.

Selepas itu beliau dihantar menyertai Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-6 di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dari 1975 hingga 1979 dan sebelum ditukarkan ke Unit Tindakan Khas (UTK) sehingga kini.

Beliau dengan penuh teruja memberitahu amat meminati tugasan di UTK yang disifatkan sangat berbeza dan mencabar daripada aspek fizikal dan mental.

Pelbagai pengalaman ditempuhinya sepanjang tempoh itu, antaranya pengalaman terlibat dalam operasi berhadapan penjenayah kejam yang dikenali Bentong Kali pada Jun, 1993.

Jelas Abdul Latif, mereka yang mengenali siapa penjenayah ini pastinya berasa gerun dengan suspek yang terkenal dengan kekejaman membunuh dan terlibat pelbagai aktiviti jenayah.

Malah, banyak kali juga dia dan rakan-rakan sepasukan terlibat dalam serbuan menangkap penjenayah itu dan sering diminta bersiap sedia berikutan kelicikan Bentong Kali dalam meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun Bentong Kali akhirnya maut dalam kejadian berbalas tembak ketika Abdul Latif dan rakan-rakan sepasukan berjaya memasuki markas persembunyian penjenayah itu dan kumpulannya di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur.

&#147ada saya, Bentong Kali adalah seorang suspek yang ganas dan kejam. Dia tidak teragak-agak untuk menembak orang yang menegurnya.

“Ketika operasi itu, empat anggota diminta ke tingkat atas sementara yang lain termasuk saya membantu selepas bunyi tembakan kedengaran di dalam rumah berkenaan.

“Kami mendapati ada dua suspek telah mati terkena tembakan di tingkat bawah rumah namun tidak menemui Bentong Kali. Selepas membuat pemeriksaan lanjut, kami menemui kesan darah di balkoni rumah berkenaan sebelum menemui jasad penjenayah itu yang terkena tembakan," ceritanya lagi.

Kata Abdul Latif lagi, pelbagai operasi yang membabitkan berbalas tembakan telah ditempuhinya namun syukur Allah melindunginya sepanjang beliau berkhidmat sepanjang 34 tahun dalam unit UTK PDRM.

Ujarnya, walaupun sesekali berasa gentar namun perkara itu bukanlah penghalang baginya untuk terlibat dalam apa juga operasi bahaya.

Sumber:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... -Kali#ixzz3ZM7YZSeX
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.333400 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list