CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 33

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-3-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-3-2021 02:21 PM
Laju je delete...cumill cam twin hari tu

twin? Sapakah? Hahaha harus laju...kot2 ada yg main forum sini knl sy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 02:23 PM | Show all posts
Untuk maklumat dan renungan bersama, teliti perbandingan kompaun maksimum melanggar Peraturan Kawalan Covid-19 di beberapa negara lain.

Menurut rekod, kompaun paling tinggi ingkar SOP ialah di Kanada, iaitu CAD100,000 atau bersamaan RM320,800. Penjarakan fizikal di sana pula ialah dua (2) meter.

Ini diikuti Sepanyol. Kompaunnya ialah Sepanyol 60,000 atau RM293,000. Seterusnya di Qatar pula ialah 200,000 Riyal atau RM225,500.

Seperti Qatar, Arab Saudi juga mengenakan kompaun maksimum 200,000 Riyal. Nilainya ialah RM216,000. Sementara Taiwan pula mengenakan kompaun NT1,000,000 atau RM146,000.

Kompaun di Kuwait ialah KD10,000 atau RM133,800 sementara di Bahrain pula BD10,000 atau RM107,500. Ini diikuti oleh Australia yang mengenakan kompaun A20,000 atau RM63,100.

Negara jiran Singapura mengenakan kompaun S20,000 bersamaan RM60,800. Di Jordan pula kompaunnya JD10,000 atau RM57,100 manakala di United Kingdom 10,000 Pound atau RM56,500.

Emiriah Arab Bersatu pula mengenakan kompaun 50,000 Dirham iaitu RM55,000, diikuti Switzerland CHF10,000 atau RM44,100. Kompaun di Jepun pula 1,000,000 Yen atau RM37,800.

Korea Selatan pula mengenakan kompaun W1,000,000 atau RM36,000, diikuti Brunei B10,000 iaitu RM30,400 serta Indonesia 100,000,000 Rupiah bersamaan RM28,400.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:25 PM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 01:23 PM
twin? Sapakah? Hahaha harus laju...kot2 ada yg main forum sini knl sy...

Ye jugak...tu yg suka boh gambo blur2...x cukup clear



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-3-2021 02:25 PM
Ye jugak...tu yg suka boh gambo blur2...x cukup clear

Hahaha...takpe sepantas kilat sy edit
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:36 PM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 01:31 PM
Hahaha...takpe sepantas kilat sy edit

Hihi...so yg avatar bukan la ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-3-2021 02:36 PM
Hihi...so yg avatar bukan la ye

Yg avatar tu bukan..tu gmbr google hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-3-2021 07:37 AM
Ok koh koh.. nanti kita buat rumsh setingan

Dah menurun...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 02:56 PM
Yg avatar tu bukan..tu gmbr google hehe

Tu le. Tengok cat yg tadi...lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 06:19 PM | Show all posts
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 22 Mac 2021
Kes sembuh= 1,495
Jumlah kes sembuh=318,784
Kes baharu positif=1,116 (1,108 tempatan, 8 import)
Jumlah positif=334,156
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=1,238
Kes dirawat di ICU=156
Bantuan Alat Pernafasan=60



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
.    .    .    .  .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
.   .    .    .   .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:26 PM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 02:56 PM
Yg avatar tu bukan..tu gmbr google hehe


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:28 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,495 kes (318,784 kes kumulatif, 95.4%);
  • Kes baharu : 1,116 kes (334,156 kes kumulatif);
  • Kes import : 8kes (5 warganegara; 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,108 kes [722 warganegara (65.2%); 386 bukan warganegara (34.8%)];
  • Kes aktif : 14,134 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 156 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 60 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,238 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara; 1 bukan warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes (36.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 337 kes (83.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes (14.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 124 kes (11.1 peratus).
Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes), Kluster Tembok Tapah (8 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Jalan Awang (2 kes), Kluster DTI Machap Umboo (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak empat (4) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Mac 2021:
  • Jumlah kluster : 1,307 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 896 kluster (termasuk 15 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bursa, Kluster Selambau, Kluster Jalan Air Hitam, Kluster Jun Heng, Kluster Ladang Tangkarason, Kluster Industri Serkam, Kluster Jalan Seroja, Kluster Jalan Telok Gong, Kluster Jalan Klinik, Kluster Plastik Subang, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Kluster Batu Dua Setengah, Kluster Perdana Tiga,dan Kluster Pasar Jalan Putra);
  • Jumlah kluster aktif : 411 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan (70 kes), Kluster Tanjung Suria (70 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Taman TunkuWP Kuala LumpurTempat Kerja
2Tapak Bina Jalan UsahawanWP Kuala LumpurTempat Kerja
3Batu 22JohorTempat Kerja
4Jalan TenteramJohorTempat Kerja
5Jalan KemajuanWP LabuanTempat Kerja
6Jalan HelangSelangorTempat Kerja
7Jalan GambangPahangTempat Kerja
8Industri PermataNegeri SembilanTempat Kerja
9RajangSarawakKomuniti
10Jalan BelimbingJohorKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 Mac 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR403 (1)112,309
SABAH3654,295
JOHOR8640,100
WP KUALA LUMPUR158 (4)37,225
NEGERI SEMBILAN4116,997
PULAU PINANG8814,725
SARAWAK124 (3)14,374
PERAK3912,709
KEDAH278,117
MELAKA126,298
KELANTAN  445,665
PAHANG424,050
TERENGGANU33,560
WP LABUAN82,287
WP PUTRAJAYA51,119
PERLIS0326
JUMLAH KESELURUHAN1,116 (8)334,156
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,116 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Mac 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 403 kes
    • 221 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Helang;
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes
    • 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan dan Kluster Taman Tunku;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 124 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rajang;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 88 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 86 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu 22, Kluster Jalan Belimbing, dan Kluster Jalan Tenteram;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 42 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gambang;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 41 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Permata;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 39 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 36 kes
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 12 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kemajuan; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan lima (5) kes kematian pada 22 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1234314510Negeri SembilanLelaki (WN)52Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
1235321492SabahLelaki (WN)68Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1236324929PahangPerempuan (WN)84Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1237327929Pulau PinangLelaki (WN)69Hospital Pulau PinangPenyakit jantung dan dislipidemia
1238333712WP Kuala LumpurLelaki (BWN)44Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit jantung
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN HELANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321449 dan kes ke-321450) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Helang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN USAHAWAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak, Titiwangsa. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 278 individu telah disaring, di mana 73 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN TUNKU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329141) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah restoran  yang terletak di Taman Tunku, Bukit Tunku, Kepong. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN TENTERAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327804) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, Johor Bahru. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BATU 22
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327820) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 22, Jalan Air Hitam, Taman Wawasan, Kulai. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN GAMBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330032) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Gambang, Kuantan. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INDUSTRI PERMATA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Permata 1/5, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Seremban. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN KEMAJUAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331711) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan sign off. Kluster ini melibatkan pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Kemajuan, Labuan. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER RAJANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sarikei, Tanjung Manis, dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316080) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah pada 1 hingga 3 Mac 2021. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 271 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BELIMBING
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318632) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Belimbing, Kampung Sri Paya, Kulai. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-3-2021 04:23 PM
Tu le. Tengok cat yg tadi...lain

Hehehe..kucing sy kecik montel je kak sb..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 06:43 PM
Hehehe..kucing sy kecik montel je kak sb..

Hi everyone....hii unty Amanda... I'm snow... Xtaula ngandung ke x ni.. Tapi perut buncit.. Belum scan lagi...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 22-3-2021 07:18 PM
Hi everyone....hii unty Amanda... I'm snow... Xtaula ngandung ke x ni.. Tapi perut buncit.. Belum  ...

Comelnyaaaa! Mata dia unik... nakal tak ni? Hehe..kuat potpetpotpet tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 23-3-2021 06:51 AM
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 09:54 PM
Comelnyaaaa! Mata dia unik... nakal tak ni? Hehe..kuat potpetpotpet tak?


Morning... Kan... Nakal tak jugak cuma xsuka kena peluk.. Ada lagi sekor... Ni semua asal stray cats ...ni ada lagi 3 kittens baru rescue...tgu org adopt... K dila asyik jumpa kittens je now.. So far dah 4 family... So ni tgu la org amek..


@Scheherazade mau ke.. Heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:27 AM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 05:43 PM
Hehehe..kucing sy kecik montel je kak sb..

Kan dah tengok and save gambo tu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:30 AM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 22-3-2021 10:45 AM
Happy monday hahaha..comelnya kucing..

Happy Tuesday



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:31 AM | Show all posts
Buritan replied at 21-3-2021 09:19 PM
Somi pi keje ptrjy.. mmg lalu hari hatri ikut jln tu.. so takde rb.. satu lg nak shopping barang b ...

Wah...berjimba




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 1.719938 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list