|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #45 Happy New Year 2022~
[Copy link]
|
|
Agar2 gula merah
-Agar2 tali 2paket
-Air 2L
-Gula merah 500g
-Gula Melaka seketul
-Gula putih 5sudu besar
-Santan 2kotak (400g)+air 1cawan
-Telur dua biji
-1sdk garam
-Daun pandan
Cara-cara
-masak agar2 dgn 1liter air + daun pandan sehingga semua agar2 larut
-masak air gula dgn 1liter air dan tapis
- campur kedua2 bahan diatas dan biarkan mendidih
-kacau telur dan santan. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 tadi dan kacau sentiasa guna api sederhana.. dah menggelegak boleh tuang dlm loyang 10inci..
Tips: basahkan loyang dgn air baru tuang agar2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sup Daging Siam
BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.
BAHAN-BAHAN TUMIS :
3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah
CARA MEMASAK :
- Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih .
-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah...
tadi kebizian skit..
tari apa kabar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Daging Masak Hitam Penang style
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 sudu besar ketumbar*
3 ulas bawang putih*
2 labu bawang besar*
1 labu bawang besar (hiris)
1 inci halia*
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kati daging
1/2 cawan kicap pekat (kalau tak cukup hitam boleh tambah lagi)
Daun kari
Daun pandan
3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
1/2 kilo daging
Cara-Cara:
Sangai jintan manis, jintan putih, ketumbar sampai wangi. Kisar bersama bahan bertanda *. Tumis 3 sekawan, masukkan bawang yang dihiris dan daun kari, masukkan bahan kisar * dan tumis sampai wangi. Letak daun pandan, cili kering dan rempah kari daging. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan daging dan tak perlu letak apa2 air. Campurkan kicap pekat (jenama ABC - setakat ni saya rasa paling best ????????). Masa letak kicap warna tak nampak hitam sangat tapi nanti bila kuah dah pekat sikit baru warna hitam tu muncul ????. Biar reneh atas dapur tapi make sure api perlahan je macam nak masak rendang. Agak2 dah kering sikit boleh perasakan dengan garam dan hidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
1 kg siput sedut
2 ikat pucuk ubi
5 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
2 inc halia ~ kisar halus
15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
2 batang serai ~ di titik
500 ml santan
Siput sedut di berus hingga bersih
Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
Potong bahagian ekornya
Cuci bersih dan toskan
Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
Rebus hingga empuk, angkat dan toskan
Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan santan, serai dan siput
Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
Masukkan pucuk ubi
Perasakan dengan garam
Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan
|
|
|
|
|
|
|
|
BIHUN GORENG KAMPUNG
Bahan:
-1 biji bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2 sudu besar ikan bilis
-segenggam cili api
-air secukupnya
-1 cawan minyak masak
-2 biji telur
-1/2 biji kobis kecil (hiris)
-1/2 kg udang
-garam dan gula secukup rasa
-1 sudu kecil cuka
-sedikit serbuk perasa
-sebungkus bihun (rendam dalam air sejuk 1/2 jam, bilas dan toskan)
.
Cara:
-kisar bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili api dan sedikit air. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak.
-masukkan telur. Biar beberapa saat. Kacau perlahan.
-tambah kobis dan udang. Kacau sehingga udang berubah warna merah.
-tambah air secukupnya. Kacau rata. Perasakan dengan garam, gula, cuka dan serbuk perasa. Kacau dan biar mendidih.
-bila udang dah masak, masukkan bihun. Kacau sehingga sebati. Jika air dah kering, bihun belum masak, tambah sedikit air panas dan kacau lagi. Ulang sikit demi sikit sehingga bihun lembut dan masak sekata.
-kacau sebati, bila dah masak, tutup api. Siap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cencaru sumbat sambal pedas
Bahan-Bahan:
Bahan untuk memasak:
4 ekor ikan cencaru
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng
1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 3 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 sudu besar jus pekat asam jawa
1 batang serai, optional
1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
garam secukupnya
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk memasak:
Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Cara-cara untuk masak sambal:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
91 mukasurat dah
|
|
|
|
|
|
|
|
LEMPENG KELAPA
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Gaulkan sebati semua bahan.
Panaskan kuali dan selamat melempeng.
Sedap dan konpem lembut. Boleh cicah dengan kari ayam, cicah dengan pure honey. Makan begitu saja pun dah sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahu xpe...smp esok...duh...mujo google meet...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek Lapis 4 Rasa
bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu
.
Cara-cara :
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
.
NOTA :
Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuih lapis utk jualan
BAHAN2
2CAWAN TEPUNG BERAS KALAU BLH PAKAI CAP TERATAI KUIH AKAN LEBIH LEMBUT.
1CAWAN GULA
1/2 CAWAN TRPUNG GANDUM
1/2 CAWANTEPUNG JAGUNG
1KOTAK KECIL SANTAN KARA (200ML)
3 CAWAN AIR
1 SUDU GARAM
1 SUDU SIRAP ROS
SIDIKIT PEWRNA MERAH
sedikit esen ros.
|
|
|
|
|
|
|
|
nk tolak ke?
jom ar, kita berdua je ni
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya memang tak lah....huhuhu
Sha yg patut masuk pasal sha selalu tengok masterchef
|
|
|
|
|
|
|
|
buleh, masak kt kedai je...tunjuk2
|
|
|
|
|
|
|
|
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
4 ekor ketam (cuci bersih dan kerat ikut suka & toskan)
1/2 kg santan (dari 2 biji kelapa)
2 gelas air
2 batang serai (ketuk)
3 helai daun salam
sedikit garam
Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili pada (ikut kepedasan)
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Cara:
1. Ketam dibersihkan dan dipotong dua.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan daun salam dan serai. Masak lagi hingga wangi.
4. Tuangkan air dan santan ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ketam dan jerangkan di atas api sederhana sambil sentiasa dikacau agar santan tidak pecah.
6. Tambahkan garam dan kacau lagi. Biar mendidih lagi.
7. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apam Puri Inti Kastard
Resepi Inti..
1 cwn tepung gandum..
2 sb tepung kastard..
1 cwn gula
3 cwn air
Pewarna kuning
Caranya..
Satukan semua bahan kacau sebati pastu tapis..tuang dlm periuk atau kuali..masak dgn api pelahan..kacau sampai pekat pastu angkat ketepikan..
Bahan Untuk Kulit..
2 cwn tepung gandum..
2 1/2 cwn air..
1 biji telur..
1 sk baking powder..
1/2 sk serbok soda..
Skit garam..
Pewarna
Caranya..
Satukan semua bahan pastu tapis.. kemudian panaskan pan sapu minyak skit dah panas boleh la tuang sikit adunan tepung td.. bila dah masak dah boleh boh pada acuan karipap n bubuh inti td..pastu siap dikapit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahan2 :
*kentang
*ikan bilis
*bawang merah
*cili padi
*belacan (optional)
*kentang potong nipis, kemudian digoreng.
*ikan bilis digoreng.
*cili padi, bawang merah & belacan ditumbuk/blend kasar kemudian tumiskan hingga agak garing.
*perasakan dgn sedikit garam & gula.
*dah siap masak tunggu sejuk sedikit, last baru masukkan ikan bilis & kentang yg dah digoreng. gaul rata. siap
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek Marble Cheese
Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur
*1/3 cawan susu fresh ditambah sbb adunan agak pekat ~ ( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)
Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong sebab kek ni agak lembab (moist).
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|